Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Mau ikut kata-kata BANGSA atau AGAMA?

Di suatu sudut kota, kedengaran ada individu yang meraung di dalam keadaan ketidakpuasan hati berkata: " Bangsa itu pendengki, bangsa itu iri hati", dan yang berkata itu bukan saja datangnya dari bangsa yang bertentangan malah kata-kata itu dilontarkan dari bangsanya sendiri mengambil kata-kata bangsa lain yang akhirnya seperti tindakan meludah ke langit. Lagaknya bagaikan seorang intelektual yang penuh ilmunya padahal hanya individu yang mengalami sindrom cetek-bual yang bersifat RACIST (cuba dinafikan). Bagi Hang Lapor (bukan nama sebenar), apa yang lebih penting dalam hal ini, kita sendiri perlu ingat, adakah kita sudah cukup bagus?, cukup hebat?, cukup sempurna? hinggakan tidak menyedari bahawa hati mereka sudah buta? Mau nasihatkan orang lain, padahal tindakan sendiri penuh topeng-topengan akibat hati yang sudah dan makin membuta itu. Apalah ertinya susunan kata-kata yang mereka saja rasakan menarik kalau pengisiannya entah ke mana? Ah! yang paling penting, kita JANGAN h

"Macam tok ceritanya..., bukan giya bah...": SINDARELA (CINDERELLA) DI JULAU.

Sindarela, Oh Sindarela... itulah nasib Sindarela. Suatu kisah yang diadaptasikan dari cerita CINDERELLA yang telah sekian lama ditontoni mahupun didengari khususnya ketika zaman kanak-kanak. Itulah kisah yang dipentaskan oleh para peserta seni teater sempena penutupan program PRAKTIKUM SENI yang telah berlangsung di SMK JULAU, bahagian SARIKEI. PRAKTIKUM SENI yang diadakan mulai 10 hingga 14 November 2008 itu telah dihadiri seramai lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar SMK JULAU. Pementasan 'SINDARELA' yang disertai 13 orang peserta seni teater itu telah berjaya mendedahkan mereka tentang asas dan proses-proses dalam melakukan kerja teater. Sepertimana pada masa-masa yang lepas, para peserta sememangnya belum pernah mengenali teater. Rata-ratanya mereka ini berumur di antara 13 dan 14 tahun. Sepanjang bengkel dijalankan, mereka telah menunjukkan semangat serta komitmen yang baik walaupun dalam keadaan pengurusan (individu) yang tidak berapa teratur. Di akhi

MA-ALA-AM sememangnya....."malaaaaam".

Seawalnya bila masuk ke Auditorium MPBL, saya terpandang pameran yang disediakan sebelum pementasan. Sebetulnya saya belum tahu tajuk cerita yang hendak dipentaskan pada malam itu. Apabila melihat pamerannya, barulah saya mengetahui apa tajuknya: MA ALA AM. Yang terlintas difikiran apabila membaca tajuk tersebut, ianya mungkin terhasil dari sebutan "MALAAAAAM......."yang kebiasaannya diucapkan oleh golongan tertentu ketika bergurau. Kalau dari tafsiran saya, lebih kurang bermaksud 'lambat ceritanya' begitu. Pementasan sempena Program Teater Berkala anjuran JKKNS pada malam 8 November 2008 itu merujuk kepada persoalan-persoalan dari bencana alam, masalah perparitan dan kecurian besi, masalah kebersihan, masalah sosial, masalah pencemaran bunyi, masalah dan masalah yang seterusnya hinggakan bermasalah bagi penonton untuk memberi tumpuan. Sememangnya terdapat isu-isu yang cuba ditimbulkan, namun penghuraian kepada sesuatu isu itu amat singkat dan kurang sekali. Adakalany

AWAS! BUKAN ZOMBI KAMPUNG PISANG.

Hidup ini sungguh indah bila kita memperolehi sesuatu yang kita inginkan. Alangkah lebih bermakna jika kita juga dapat berkongsi kebahagian itu dengan orang lain. Namun, ada juga individu mahupun golongan yang sedar tak sedar, hanya senang untuk mengecapinya sendiri mahupun kroninya sahaja. Sedih, sebab tak sedar-sedar oleh keegoaan mereka yang telah berkarat. Begitulah mereka, sememangnya mereka ini sudah dinampakkan oleh-NYA dengan merasa tersisih dan sengsara bila hanya membahagiakan diri sendiri.Hinggakan mereka hanya merasa masih bernyawa tapi hilang rasa hormat mahupun simpati pada orang lain kerana keadaan diri yang sudah bagaikan bangkai bernyawa. Bukan penagih dadah yang tegar saja yang menjadi ZOMBI tapi mereka-mereka yang berfikir dirinya tidak pernah salah pun sama juga layaknya semacam ZOMBI. Siapa yang suka memBANTAI orang lain sembarangan? Kalau tidak kerana OLAH mereka-mereka yang bersifat HIPOKRIT itu sendiri. Kesian. Bilakah semuanya akan lenyap? (Tulisan ini adalah

LEMBU TERCUCUK HIDUNGNYA SENDIRI?

Ramadhan telah berlalu, Syawal pun begitu, sudah lama juga blog ini tidak di UPDATE. Beberapa peristiwa mendapat perhatian bila menonton atau mendengar siaran berita di sepanjang bulan-bulan itu. Berita untuk perubahan, berita untuk peralihan, berita untuk masa depan katanya. Entah sampai bila semuanya akan selesai. Persoalannya, bukan tidak setuju maupun setuju terhadap sesuatu pandangan tetapi ada pihak yang seolah-olah dalam keadaan terdesak. Adakah satu pihak yang terdesak? atau kedua-duanya sekali? Rakyat? terdesak atau tersesak? Mana 'INHALER' nya? Dalam pada itu, ada yang memihak pada itu dan ini. Mereka yakin dengan memberi sokongan kepada yang terpilih atau yang ingin mengambil alih akan dapatlah keadaan hidup atau masa depan mereka diperbaiki. Kalau tidak diperbaiki pun, sekurang-kurang terjamin keselesaan mereka. Tak kiralah pada golongan yang memerintah atau bercita-cita untuk memerintah. Itu harapan mereka. Jangan nanti bila sudah tercapai hasrat, semuanya itu dil

Mencincang erti KEINSAFAN?

Begitulah kehidupan kita sehari-hari, adakala terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan demi menampung keperluan hidup mahupun untuk kepuasan sendiri. Puas sendiri tidak apa asalkan tidak lalai dan tidak menghancurkan orang lain. Biar puas berkarya untuk memurnikan kehidupan asalkan jangan menghasilkan sesuatu yang memesongkan mata hati orang lain atas nama sahabat, seni mahupun entah apa alirannya. INSAF? Ya, acap kali di bulan Ramadhan, kita mulai memahami dan menghayati perkataan itu. Sebetulnya hasutan setan-setan telah terbelenggu di bulan yang mulia ini. Harapnya penghayatan Ramadhan dapat diteruskan di bulan-bulan yang lain. KONTEMPLASI? Menghasilkan sesuatu seharusnya punya kontemplasi. Agar kita dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk semua. Bukan sekadar melepaskan cakap atau memutar-belitkan kata-kata. Makhluk seumpama itu sememangnya pernahku jumpa. Mereka manis dengan kata-kata namun realitinya, pahit melebihi hempedu. Mereka sememangnya iri hati dengan apa yang dimiliki

Entah sampai bila...

Suatu pagi di bulan Ramadhan, aku mengemaskan almari buku. Terlihat album foto yang sudah lama tidak ku buka. Imbas kembali kenangan silam, sewaktu pertama kali mengikuti teater keliling. Ya, dalam hidup ini, yang banyak membawa aku ke tempat-tempat yang belum pernahku lihat adalah teater. Kalau tidak, sudah semestinya aku terperap di rumah mahupun di tempat kerja. Entah sampai bila punya kesempatan lagi untuk ke tempat orang kalau sudah tidak berteater lagi. Foto yang dirakam pada tahun 1994, mengimbau salah satu kenangan keliling tersebut. He,He,He...Betapa peritnya menghafal skrip di saat akhir (pyian), bila salah seorang pelakon tidak dapat meneruskan keliling. SAHABAT yang masih aktif berteater, cuma tinggal..? Al-Fatihah buat saudara Jumat Hassan. > eD Senggora

Selamat Beribadah & Beramal di bulan Ramadhan.

Ramadhan Al Mubarak menjelma kembali. Alhamdulillah kita sempat menemuinya sekali lagi di tahun 1429 Hijrah ini. Sama-samalah kita membersihkan diri dari kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Hayati detik-detik Ramadhan, agar kita terus berjaya dunia akhirat. Tingkatkan usaha ke arah kejayaan. Teruskan kemurnian seni dari-NYA. Selamat beribadah dan beramal di bulan Ramadhan. Semoga kita senantiasa diredhai-NYA. Amin Amin Ya Rabal Alamin.

MERDEKAkan diri dari hipokrit kesenian. MERDEKA!

Dengan penuh kesyukuran SIFAR mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51. Agar kemakmuran MALAYSIA dapat dikecapi bersama sampai bila-bila. Negara kita telah pun merdeka dan kita seharusnya memerdekakan diri dari sifat-sifat yang bisa merosakkan keharmonian negara malah keharmonian sesama penggiat seni. Merdekakan diri dari hipokrit kesenian. Usah habiskan masa dengan melayan provokasi dan polimik dari golongan yang bukan sejujurnya ber-'nawaitu' ke arah penyelesaian. Teruskan berkarya walau sekecil manapun. Kibarkan Jalur Gemilang bukan saja di halaman rumah tapi juga senantiasa di hati. Syukur, kita masih mampu berkarya di bumi damai dan merdeka. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Secara Rasminya HALAMANSIFAR dilancarkan.

Majlis kesyukuran SIFAR telah diadakan di hotel Grand Continental, Kuching pada malam 23 Ogos 2008. Majlis yang serba ringkas ini adalah sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan buat ahli keluarga produksi Tukang Ensera. Semestinya telah banyak pengorbanan masa dan keringat daripada individu serta keluarga sewaktu produksi ini berlangsung dalam tempoh hampir dua tahun. Terima Kasih yang tidak terhingga buat semuanya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh tetamu undangan, antaranya En. Ramli Ali serta isteri, En. Ahmad Badwi Narawi, Hj. Awang Bujang Awang Hamdan (A.B.Nor), En. Zainoren Jack, En. Tuah Matnor, En. Zaini Oje serta isteri dan tidak ketinggalan, Presiden MANTERA, Datu Dr Adi Badiozaman Tuah serta isteri beliau Yang Berhormat Datin Hajjah Fatimah Abdullah. Majlis juga dihadiri ibubapa dan saudara-mara ahli produksi SIFAR. Kehadiran para tetamu undangan kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga ianya dapat dijadikan peransang dan dorongan kepada generasi muda untuk terus berkarya

EPIK SEBUAH KEMERDEKAAN bergema di kota Pontianak.

Malam 18 Ogos 2008, SIFAR sekali lagi melakar sejarahnya tersendiri apabila berjaya mementaskan puisi karya Marzuki Ali di kediaman Walikota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Pengalaman yang amat bermakna ini merupakan suatu lagi dorongan buat SIFAR untuk terus memurnikan kesenian secara berterusan. Sudah semestinya "Epik sebuah kemerdekaan" telah memberi kesan yang pelbagai buat penonton di malam persembahan itu. Apa yang pastinya, tahap pemikiran seseorang saja yang dapat membezakan sama ada mereka itu dapat menerimanya secara positif mahupun negatif terhadap mesej yang disampaikan. Melalui respon, rata-ratanya penonton warga pontianak tertarik terhadap persembahan tersebut. InsyaAllah SIFAR akan terus memaknakan kata-kata dengan menghasilkan serta mementaskan karya-karya yang mantap dan lebih bermutu. Pementasan ini adalah salah satu acara yang dipersembahkan sempena PROGRAM INTEGRASI SOSEK MALINDO 2008 : Lawatan pemimpin-pemimpin belia ke Kalimantan Barat yang dian

KARYA DIGITAL pertamanya

Alhamdulillah, sekembalinya dari Kuala Lumpur, beberapa anggota SIFAR telah menunjukkan usaha dan daya cipta yang semakin menyubur. Semoga dapat diteruskan penghasilan karya dalam media yang berbagai. Tahniah buat saudara Wezan yang telah menghasilkan karya digitalnya yang pertama melalui 'PC'nya yang pertama. Ternyatanya kita bukan saja berbakat mengerjakan seni teater tetapi punya kemahuan dan usaha untuk mempelbagaikan kemahiran dalam bidang-bidang seni dan reka bentuk yang lain di samping bidang-bidang selain daripada kesenian. Syabas sekali lagi. "Jangan hanya petah berbicara seperti burung tiong tapi realitinya TONG kosong." > eD Senggora

'MENCARI' di Kem Belia Mukah.

Foto kenangan bersama tetamu kehormat, urus setia dan peserta bengkel. 25 hingga 27 Julai 2007, sekali lagi saya berkesempatan ke Mukah untuk mengendalikan bengkel asas teater anjuran KPSU. Pengalaman menaiki pesawat 'twin otter' sememangnya mencabar bagi saya. Itulah pengalaman pertama saya menaiki pesawat sekecil itu. Sepanjang bengkel, para peserta telah memberikan kerjasama yang baik walaupun kadangkalanya ada di kalangan mereka yang 'blur' (namun masih dapat diselamatkan :)) Pesertanya terdiri daripada individu-individu serta pelajar dari beberapa buah sekolah dan persatuan di sekitar bahagian Mukah. Persatuan yang dimaksudkan adalah 'MESRA', kesinambungan 'PERMATA' seperti dimaklumkan oleh salah seorang ahli MESRA yang mengikuti bengkel iaitu Encik Abdul Khalik yang lebih mesranya Abg. Alik. Walaupun pengalaman beliau sememangnya lebih lama daripada saya dalam berteater, namun atas dasar untuk terus menyuburkan ilmu dan berkongsi pengalaman, beliau

Sebuah Karya Seribu Kenangan Suatu Pengajaran

'Tukang Ensera' sudah selesai dipentaskan di MATIC. Sekitar tempat latihan kembali sepi. Semestinya perasaan rindu untuk berlatih bersama akan muncul. InsyaAllah, sesi latihan untuk produksi seterusnya akan menyusul. Walaupun pementasan sudah hampir 2 minggu berlalu, masih ada cakap-cakap yang seumpama produksi 'Tukang Ensera' sanggup mengorbankan nilai-nilai persahabatan. Persahabatan manakah yang dikorbankan? Sedarkah mereka erti persahabatan? Adakah sahabat itu hanya seperti topengan.? Salahkah kita berterus-terang? Salahkah jika kita memperbaiki sesuatu khususnya sewaktu berkarya jikalau sudah berkali-kali cuba diperbetulkan tapi tidak dihiraukan? Sedarkah tugas kita dalam produksi? Jangan hanya kita merasakan kita dikatakan bagus tapi sebenarnya hancus !. Hancus kerana syok sendiri, tidak tahu tanggungjawab dalam produksi hingga bisa menjahanamkan seluruh produksi. Apa tidaknya, jikalau sudah berkali-kali diingati dan dinasihat supaya melakukan seperti yang dikehe

SIFAR di Akhbar Perdana.

Di ruang Akhbar BERITA HARIAN: Di ruang Akhbar UTUSAN MALAYSIA: Mungkin perkara ini sudah terlalu biasa dan tidak berapa bermakna bagi sesetengah pihak namun di usia SIFAR yang masih muda, ia merupakan suatu dorongan yang amat bermakna untuk terus maju ke hadapan demi memangkinkan serta memartabatkan seni teater tanah air. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada teman-teman dan pihak yang terlibat dalam menyampaikan berita kejayaan ini khususnya kepada para petugas media. Kami amat bersyukur di atas kejayaan ini dan senantiasa sedar, "Kejayaan hari ini bukan jaminan untuk kejayaan seterusnya. Yang paling penting adalah Kemurnian Jiwa, Usaha dan Doa untuk terus menghasilkan yang terbaik dari yang terbaik secara konsisten."

'Tukang Ensera' ke Istana Budaya?

Wah, ini sudah cukup bagus walaupun pementasan itu cuma di Lambang Sari. Setidak-tidaknya dapatlah menimba pengalaman dari pakar-pakar di situ. Bukan hanya syok sendiri apatah lagi untuk bermegah-megah. Bangga itu tetap ada demi memotivasikan generasi baru khususnya di Sarawak dalam meneruskan seni teater. Translasi petikan tulisan Jawi dari Utusan Melayu, 28 Julai 2008, Ruangan Seni dan Warisan muka surat 7 : SIFAR DIBERI PELUANG KE ISTANA BUDAYA Johan Festival Teater Malaysia 2008, Persatuan Seni Persembahan Sifar akan diberi peluang mementaskan 'Tukang Ensera' di Lambang Sari, Istana Budaya tahun depan sebagai hadiah tambahan kejayaan mereka. Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Dato' Norliza Rofli ketika ditemui berkata, peluang tersebut sama seperti johan dua tahun yang lalu. SIFAR dari Kuching telah mengalahkan lima wakil negeri lain untuk meraih wang tunai RM15,000, piala pusingan dan piala iringan. Kumpulan tersebut pada keseluruhannya membawa pulan

O....Ha...... (petikan dari laman PEKASA SARAWAK)

19 Julai 2008 . Sekali sejarah telah terukir di persada Festival Teater Malaysia di Kuala Lumpur. Sarawak berjaya mengukir nama sebagai Johan Festival. Kemenangan yang dikatakan (oleh juri dan aktivis teater seluruh Malaysia) sebagai yang luar biasa. Hampir semua kategori yang dipertandingkan dibolot oleh Sarawak pada malam tersebut. Antaranya: Sarawak: 1. Johan 2. Pengarah Terbaik (Suffian Bin Haji Jalet) 3. Pelakon Lelaki Terbaik (Malek Bin Hassan) 4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hassan Bin Ahmad) 5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Serivina Sanina -pelajar sek. seni) 6. Pelakon Harapan Lelaki (Alik Bin Hassan) Selangor: 1. Naib Johan 2. Pelakon Wanita Terbaik 3. Pelakon Harapan Wanita Kedah: 1. Tempat Ketiga Sekembalinya kami dari Festival (20 Julai) jam 8:30pm. Terharu rasa hati apabila melihat saudara Hashim Tahot sedang melambai-lambai dengan ukiran senyuman gembira. Semua peserta dipeluk dan dirangkul oleh beliau. Untuk saya, beliau merangkul dan berbisik : "Tahniah! B

TERKILAN dengan SIFAR?

Respon kepada saudara yang TERKILAN dengan SIFAR, buat pengetahuan saudara, kami TIDAK PERNAH untuk memutuskan erti persahabatan atau mengorbankan nilai persahabatan hanya semata-mata untuk mencapai sesuatu kemenangan. Bangga? Ya, bangga itu memang ada tapi berpada-pada dan insyaAllah, kami sentiasa ingat itu sampai bila-bila. Terima Kasih kerana selalu mengingat. Yang pastinya, Kemenangan kami di FTM2008 adalah rezeki yang dianugerahkan oleh-NYA (hanya ekstra, kalau tidak ada pun tidak apa). KEMENANGAN YANG PALING BESAR bagi kami adalah berjaya mengangkat karya penulis Sarawak, budaya tradisi Sarawak dan membawa generasi baru (selidik dulu lapisan peringkat umur ahli produksinya...) ke peringkat Kebangsaan. Kemenangan SIFAR sememangnya bukan untuk dimegah-megahkan. Kami tuntut apa yang hak (sampai bila kita hanya mengiyakan sesuatu yang tidak betul? sampai bila hanya berani bercakap di belakang?), kami tidak pernah memutuskan persahabatan tapi kami seringkali saja di salah ertikan. Ba

SIFAR : JOHAN FESTIVAL TEATER 2008

Malam 19 Julai 2008 merupakan suatu detik bersejarah buat SIFAR dan aktivis teater negeri Sarawak apabila telah dinobatkan sebagai JOHAN bagi Festival Teater Malaysia 2008. Syukur ke hadrat Illahi dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dan sokongan. Insya Allah, SIFAR akan terus melangkah jujur dan lebih jauh. Kategori yang dimenangi: Pengarah Terbaik : Suffian Hj. Jalet Pelakon Lelaki Terbaik : Malek Hassan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Hassan Ahmad Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Serivina Sanina ak Rumpang Pelakon Lelaki Harapan : Alik Hassan

SIFAR akhirnya ke Kuala Lumpur

Setelah hampir 2 tahun menanti, akhirnya SIFAR dapat mementaskan TUKANG ENSERA di Auditorium TAR, Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur. Apa yang paling bermakna, SIFAR berjaya mengangkat budaya tradisi Sarawak serta membawa generasi muda dan baru untuk terus memangkinkan seni teater.

Lagaknya 'Superstar'

Dalam banyak perkara, kita seharusnya muhasabah diri. Kenapa dan mengapa sesuatu itu berlaku begitu begini. Itulah yang selalu saya fikirkan. sememang-Nya telah menyampaikan mesej-mesej tapi kita saja yang tak tahu. Lagaknya 'superstar' (entah bila sebetulnya menjadi), merasa bagus tapi hangus! PARASIT!. Itulah pengalaman saya dan rakan-rakan tempuhi sewaktu persediaan untuk ke FTM2008. Kalau Ingin belajar, berguru, tapi biadap dan kurang ajar sememangnya akan jadi sesat lagi menyesatkan.> eD Senggora 17 julai 2008 Hotel Dynasty, 7.16am KL. Bilik 2186

Cobaan Demi Cobaan

Sakit, sakit, sakit......itulah yang saya alami semenjak sebulan yang lalu. Walau apa pun, semuanya itu harus dihadapi dengan tenang. Semalam 3 Julai 2008 merupakan latihan terakhir Tukang Ensera sebelum pementasan di peringkat kebangsaan yang dijadualan pada 17 Julai 2008 ini. Debar itu memang ada, namun semangat untuk mempersembahkan yang terbaik harus dikekalkan sampai bila-bila. SIFAR bertuah pada malam itu kerana ada penonton yang hadir itu dari Kuantan Pahang. Mereka mewakili sebuah kumpulan teater yang akan mempersembahkan pementasan yang berjudul ANAK ADAM di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada 4 dan 5 Julai 2008. Segala komen rakan-rakan dari Pahang itu SIFAR ucapkan jutaan terima kasih. Semoga Tukang Ensera akan dapat dipentaskan dengan mantap nanti. Eh! sebelum terlupa,macam kenal lah pakcik tu......oh ya!, rupanya PAK TAM dari rancangan raja lawak 2 Astro ada juga bersama rakan-rakan dari kuantan. Pak Tam.....tengok Tukang Ensera.....HeHeHe.....> eD Senggora (

Pengalaman Menonton: ANAK ADAM

Khamis 4 Julai 2008, saya berkesempatan menonton teater yang berjudul ANAK ADAM karya Suezanna MS, suatu pementasan dari Kelab Teater Prosenium Shahputra yang berjaya menyampaikan mesej dengan baik. Tahniah buat Sutradara dan juga keseluruhan ahli produksi. Setiap kumpulan pasti punya cara dan gaya tersendiri dalam menghasilkan suatu pementasan teater dan saya senang menonton pementasan tersebut. Pengolahan set berserta simbolik-simbolik, nyatanya suatu yang menarik untuk dipertontonkan. Setiap pementasan sudah semestinya ada yang perlu dan dapat diperbaiki. Antaranya, penggunaan 'stroke light' di permulaan dan di akhiran cerita dalam masa yang agak panjang bisa menyakitkan pandangan penonton di samping menganggu fokus penonton, mungkin dapat diusahakan dengan teknik yang lain untuk 'intro ' dan 'outro' tersebut. Aksi pergelutan antara Osama, Delilah dan Rawona boleh diperbaiki lagi, agar Osama kelihatan betul-betul mengalami kemalangan yang tidak disengajakan.

Di Waktu Sepi...Salam Takziah

Lama sudah tidak mengemaskinikan blog ini. Dalam detik waktu yang semakin pantas, beberapa perisitiwa dilalui. Ada yang mengembirakan ada yang menyedihkan. Berita sedih buat SIFAR, di atas pemergian saudara Jumat bin Hassan, adik kepada saudara Malek Hassan ke rahmahtullah pada petang Khamis, 30 Mei 2008. Sesungguhnya jasamu sentiasa dikenang sehingga ke akhir hayat. Berita sedih menyelubungi lagi, Takziah buat saudara Wezan Saili di atas pemergian bonda beliau pada Selasa 23 Jun 2008. Salam takziah sekali lagi dari SIFAR buat keluarga.> eD Senggora

SIFAR latari seni tari silat

Atas dasar untuk berkembang dan memajukan individu dan masyarakat melalui kesenian, SIFAR memurnikan lagi jiwa dengan mendalami seni musik tradisonal kreatif. Sememangnya usia SIFAR di dalam seni musik tradisonal kreatif masih terlalu muda, namun dengan adanya ilmu, pengalaman dan kesungguhan Encik Jamahari Mat dalam memberi tunjuk ajar, ternyata ia mula menampakkan hasil yang positif. SIFAR berjaya melatari serta mewarnai seni tari silat untuk beberapa buah sekolah bahagian kuching sempena karnival seni silat di SMK Bandar Samariang yang berlangsung dari 20 hingga 23 Mei 2008. Karnival selama empat hari ini disertai lebih daripada 20 buah sekolah dari bahagian Kuching. Pertandingan ini diadakan sebagai mencari wakil untuk kejohanan peringkat sekolah-sekolah kebangsaan. Semoga seni silat sarawak dan kesenian yang lain akan terus berkembang dan semakin mantap. SIFAR mengucapkan syabas kepada para pesilat dan ribuan terima kasih diatas kepercayaan yang telah diberikan oleh sekolah-sekola

KEINGINAN adalah sumber penderitaan

Sesuatu keputusan kadangkalanya agak berat untuk diterima dan ianya bisa melukakan perasaan seseorang. Walau apa pun, ianya bukan alasan untuk kita terus menyimpan perasaan dendam. > eD Senggora Hayati lirik dan lagu ini: SEPERTI MATAHARI (Iwan Fals) Keinginan adalah sumber penderitaan Tempatnya di dalam pikiran Tujuan bukan utama Yang utama adalah prosesnya Kita hidup mencari bahagia Harta dunia kendaraannya Bahan bakarnya budi pekerti Itulah nasehat para nabi Ingin bahagia derita didapat Karena ingin sumber derita Harta dunia jadi penggoda Membuat miskin jiwa kita Ada benarnya nasehat orang-orang suci Memberi itu terangkan hati Seperti matahari Yang menyinari bumi Yang menyinari bumi Dengarkan: SEPERTI MATAHARI

SIFAR memaknakan kata-kata.

Bermulanya dengan keinginan untuk terus berkembang di dalam kesenian serta kesungguhan untuk memaknakan kata-kata, SIFAR telah muncul dengan beberapa pementasan. Setelah "Terput,...put!, Tercis,...cis! (Skrip eD Senggora) pada 28 April 2007, SIFAR kemudiannya mementaskan "Tukang Ensera" (Skrip Awangku Merali Pengiran Mohamed) pada 18 Julai 2007, 14 Disember 2007 dan 12 April 2008. Sepanjang kemunculan ini, beberapa artikel telah ditulis berkenaan SIFAR. Atas sebab Blog SIFAR yang pada ketika itu masih di dalam proses pembikinan, maka artikel itu telah dipaparkan di akhbar Utusan Sarawak. Berikut adalah antara artikel-artikelnya: SIFAR bangkit sesudah SEDAR Oleh: SUFFIAN HAJI JALET Persatuan Seni Persembahan SIFAR (SIFAR) telah dilahirkan pada 26 November 2006. Kali pertama nama ini didengar ketika mementaskan teater “Terput,...put!, Tercis,...cis!” di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Pembuka tirai projek teater berkala anjuran Pejabat Kebudayaan Negeri Sarawak

Ke mana perginya EMBRIO?

Video ini saya jumpa ketika mengemaskinikan ‘folder’ di dalam komputer peribadi saya. Teater ini dipentaskan sekitar tahun 2004 di Festival Teater Negeri Sarawak. Pada ketika itu saya terlibat dengan Grup Teater Embrio dari Kampung Bako, Kuching. Rata-rata mereka semuanya remaja lepasan sekolah. Menyingkap kembali tentang penglibatan saya di dalam Grup Teater Embrio ini, ianya bermula apabila rakan saya iaitu Jamshari Saili mempelawa saya untuk membantu serta berlakon di dalam sebuah pementasan teater arahan beliau (2003) berjudul ”Istiqamah” (Skrip Ismail Kassan). Perlawaan itu disampaikan kepada saya ketika kami menyertai produksi teater yang berjudul ”Pemberontakan Di Kuching” (Skrip Abang Padeli Abang Muhi) sempena Dialog Borneo Kalimantan 2003 yang diadakan di Banjarmasin, Indonesia. Pada mulanya saya agak keberatan untuk menerima perlawaan tersebut. Ini disebabkan saya sudah lama tidak berlakon kerana lebih tertumpu kepada aspek teknikal. Sejak itu, semangat saya mula semakin ban

W.S. RENDRA Membaca Sajaknya

”Apalah erti berfikir bila terpisah dari masalah kehidupan, Apalah erti kesenian bila terpisah dari derita lingkungan” Itulah kata-kata W.S. Rendra dalam salah satu sajaknya yang sering terlintas di fikiran. Sesungguhnya ia amat memberi kesan yang mendalam terhadap saya. Video dan Audio ini saya perolehi di internet sekitar tahun 2003. Ketika itu saya sememangnya ingin menonton persembahan penyair tersohor Indonesia ini. Namun, sampai ke saat ini saya masih belum berpeluang untuk menontonnya secara langsung. Walaupun begitu, ternyatanya AURA kepenyairan beliau sentiasa segar dan memberi beribu makna kepada saya dan rakan-rakan. Rakan-rakan yang telah berpeluang menemui malah berguru dengan Mas Willi pasti amat beruntung bukan?. Harapnya ilmu yang diperolehi TIDAK di salah tafsirkan mahupun lupa dari mana datangnya. Rindu?.....pasti ada. > eD Senggora SAJAK BURUNG-BURUNG KONDOR WS Rendra - Yogya, 1973 Dengarkan Angin gunung turun merembes ke hutan, lalu bertiup di atas permukaan

Imbasan Teater Berkala 2007, Kemunculan SIFAR.

Menyingkap kembali kemunculan pertama SIFAR dengan produksi Terput,…put!, Tercis,…cis!. Suatu permulaan kemunculan SIFAR yang sudah sekian lama dinantikan oleh rakan-rakan seperjuangan. Dengan munculnya SIFAR, diharap ianya akan dapat memberi nafas baru dalam pementasan teater di bumi kenyalang. Sememangnya pementasan Terput,...put! Tercis,...cis! telah berjalan dengan lancar namun diakui masih terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki dari segi pengolahan skrip dan juga aspek pengarahan. Terima Kasih kepada para penonton yang hadir serta komentar-komentar yang diberikan.

Bengkel Teater di Belaga

Pada 27 April hingga 1 Mei 2008 yang lepas, saya telah berpeluang untuk memberi bengkel asas teater di Belaga bersempena Program Praktikum Seni 2008 anjuran Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Negeri Sarawak. Rata-ratanya mereka belum pernah mengenali teater malah jarang mahupun tidak pernah menonton persembahan teater. Terima Kasih kepada Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Negeri Sarawak kerana telah memberi peluang kepada beberapa penggerak SIFAR untuk memperkembangkan seni teater kepada para pelajar sekolah khususnya dan masyarakat amnya. Terima kasih juga diucapkan kepada para peserta di atas komitmen dan kerjasama anda sepanjang berbengkel. Sememangnya perjalanan mengharungi gaung-gaung, bukit-bukau di bahagian pendalaman, jalan-jalan tanah yang becak, berbatu serta menggegarkan seluruh anggota badan dari hujung kaki ke hujung kepala yang semestinya meletihkan sudah tidak dirasai lagi apabila anda semua mula mengenali, mencambah serta menyuburkan seni tea

Pengalaman menonton teater: WRONGSANG

Tiap kali melangkah masuk ke dalam dewan pementasan, sudah pasti saya akan mencari ruang yang paling selesa untuk menonton. Pada kebiasaannya, saya pasti akan cuba untuk menyelami set yang digunakan sebelum sesuatu pementasan bermula. Begitu juga untuk pementasan WRONGSANG dari Persatuan Kias Kasturi, karya dan arahan Zakaria Hassan bersempena program pementasan teater berkala yang dipentaskan 10 Mei 2008 di Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak, Kuching. Detik pertama di hati saya apabila melihat rekabentuk dan kedudukan set yang disediakan, saya sudah merasakan akan timbul masalah untuk menonton dari bahagian tengah mahupun belakang tempat duduk di dalam dewan. Maka saya pun naik ke tempat duduk di bahagian atas. Sesampai sahaja di bahagian atas dewan, saya mengamati lagi set untuk pementasan. Sekali lagi, saya masih tidak selesa di tempat tersebut lalu saya dan rakan pun mengambil keputusan untuk duduk di kerusi paling hadapan iaitu berdekatan dengan ruang pementasan. Sewak

Teater Peringkat Sekolah. Apa Sebenarnya?

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Antara Sekolah-sekolah Menengah Bahagian Kuching telah diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan pada 8 hingga 9 Mei 2008 yang lalu. Saya berpeluang pergi menonton persembahan dari SMK Bako, SMK Bau, SMK Green Road dan SMK Matang Hilir. Rata-ratanya mereka punya bakat namun masih banyak latihan dan ruang yang perlu diperbaiki. Sememangnya pertandingan dilangsungkan dalam bahasa inggeris dan sewajarnya bahasa tersebut diucapkan dengan betul dan jelas. Ini perlu dilakukan agar mesej yang dibawa dapat difahami secara langsung mahupun tidak langsung. Tahniah buat adik-adik dari SMK Bako kerana dapat mementaskan drama dalam bahasa inggeris walaupun persediaan ke arah produksi dilakukan dalam waktu yang agak singkat. Kelemahan pada sebutan masih perlu diperbaiki lagi namun secara keseluruhan persembahan mereka berjalan secara lancar dan menghiburkan. Di harap mereka ini dapat mendalami seni teater ini lagi agar ianya dapat memberi manfaat

PEMANGKIN SIFAR

SIFAR mempersembahkan TUKANG ENSERA

SINOPSIS O……Ha……. Tabik bala kaban akik dan inik,.. Antara realiti dan illusi. “Tukang Ensera” membawa makna ‘Tukang Cerita’. Bercerita tentang dewa-dewa, tentang kebaikan jua kemungkaran, perasaan dendam dan tentang harapan merupakan warisan tradisi kaum Iban. Akik (datuk), seorang tua yang masih mempertahankan tradisi bercerita tentang alam buana dan harapan pendengarnya pada cucunya Sunti. Akik dalam penghujung perjalanan hidupnya amat berharap agar cucunya Sunti dapat mewarisi tradisi dan meneruskan kemahiran bercerita darinya. “Bercerita mestilah sungguh-sungguh….” Itulah kata Akik pada Sunti. Bagaimanakah sungguh-sungguh yang dimaksudkan oleh Akik? Mungkinkah Sunti, generasi muda akan menyambung warisan tradisi bercerita atau cerita Akik sudah kehilangan pendengarnya? Saksikanlah penceritaan Akik dalam ”Tukang Ensera”...... O……Ha…… Aku ceritakan satu kisah pendek…. Kisah Remong dan Mengga, Putera Iban ternama, Diturunkan kebumi oleh Ratu Senayan, O……Ha…..

SIFAR : PEMBUKA TIRAI PROGRAM TEATER BERKALA 2007

SINOPSIS Ter…put! put! Ter…cis! cis! Sedar atau pun tidak, kita mungkin pernah terdengar bunyian seumpama itu. Entah dari mana datangnya. Yang pasti ianya boleh terhasil daripada manusia mahupun benda di sekeliling kita. Ter…put! put! mungkin pernah kita dengar di suatu tempat yang dikenali sebagai jamban atau tandas. Ter…cis! cis! pula kemungkinan hasil daripada lanjutan bunyi ter…put! put! atau daripada benda-benda yang digunakan di dalam jamban sebelum suasananya menjadi sepi. Kedengarannya bunyi-bunyian ini sudah semestinya bergantung kepada kepekaan dan kekerapan manusia menggunjungi jamban. Setiap hari dan ketika, pasti manusia terpanggil untuk ke jamban. Jamban yang menyimpan berbagai rahsia dan peristiwa. Dalam keadaan sekeliling yang semakin maju dan pantas, masih ada golongan yang tahu akan jamban tapi tak pernah ambil tahu tentang apa yang tersurat dan tersirat di sebalik sebuah jamban. Nasib masih menyebelahi jamban apabila ada golongan yang masih tegar dan sanggup memeliha

Suatu Permulaan Kemunculan SIFAR