Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008

SIFAR latari seni tari silat

Atas dasar untuk berkembang dan memajukan individu dan masyarakat melalui kesenian, SIFAR memurnikan lagi jiwa dengan mendalami seni musik tradisonal kreatif. Sememangnya usia SIFAR di dalam seni musik tradisonal kreatif masih terlalu muda, namun dengan adanya ilmu, pengalaman dan kesungguhan Encik Jamahari Mat dalam memberi tunjuk ajar, ternyata ia mula menampakkan hasil yang positif. SIFAR berjaya melatari serta mewarnai seni tari silat untuk beberapa buah sekolah bahagian kuching sempena karnival seni silat di SMK Bandar Samariang yang berlangsung dari 20 hingga 23 Mei 2008. Karnival selama empat hari ini disertai lebih daripada 20 buah sekolah dari bahagian Kuching. Pertandingan ini diadakan sebagai mencari wakil untuk kejohanan peringkat sekolah-sekolah kebangsaan. Semoga seni silat sarawak dan kesenian yang lain akan terus berkembang dan semakin mantap. SIFAR mengucapkan syabas kepada para pesilat dan ribuan terima kasih diatas kepercayaan yang telah diberikan oleh sekolah-sekola

KEINGINAN adalah sumber penderitaan

Sesuatu keputusan kadangkalanya agak berat untuk diterima dan ianya bisa melukakan perasaan seseorang. Walau apa pun, ianya bukan alasan untuk kita terus menyimpan perasaan dendam. > eD Senggora Hayati lirik dan lagu ini: SEPERTI MATAHARI (Iwan Fals) Keinginan adalah sumber penderitaan Tempatnya di dalam pikiran Tujuan bukan utama Yang utama adalah prosesnya Kita hidup mencari bahagia Harta dunia kendaraannya Bahan bakarnya budi pekerti Itulah nasehat para nabi Ingin bahagia derita didapat Karena ingin sumber derita Harta dunia jadi penggoda Membuat miskin jiwa kita Ada benarnya nasehat orang-orang suci Memberi itu terangkan hati Seperti matahari Yang menyinari bumi Yang menyinari bumi Dengarkan: SEPERTI MATAHARI

SIFAR memaknakan kata-kata.

Bermulanya dengan keinginan untuk terus berkembang di dalam kesenian serta kesungguhan untuk memaknakan kata-kata, SIFAR telah muncul dengan beberapa pementasan. Setelah "Terput,...put!, Tercis,...cis! (Skrip eD Senggora) pada 28 April 2007, SIFAR kemudiannya mementaskan "Tukang Ensera" (Skrip Awangku Merali Pengiran Mohamed) pada 18 Julai 2007, 14 Disember 2007 dan 12 April 2008. Sepanjang kemunculan ini, beberapa artikel telah ditulis berkenaan SIFAR. Atas sebab Blog SIFAR yang pada ketika itu masih di dalam proses pembikinan, maka artikel itu telah dipaparkan di akhbar Utusan Sarawak. Berikut adalah antara artikel-artikelnya: SIFAR bangkit sesudah SEDAR Oleh: SUFFIAN HAJI JALET Persatuan Seni Persembahan SIFAR (SIFAR) telah dilahirkan pada 26 November 2006. Kali pertama nama ini didengar ketika mementaskan teater “Terput,...put!, Tercis,...cis!” di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Pembuka tirai projek teater berkala anjuran Pejabat Kebudayaan Negeri Sarawak

Ke mana perginya EMBRIO?

Video ini saya jumpa ketika mengemaskinikan ‘folder’ di dalam komputer peribadi saya. Teater ini dipentaskan sekitar tahun 2004 di Festival Teater Negeri Sarawak. Pada ketika itu saya terlibat dengan Grup Teater Embrio dari Kampung Bako, Kuching. Rata-rata mereka semuanya remaja lepasan sekolah. Menyingkap kembali tentang penglibatan saya di dalam Grup Teater Embrio ini, ianya bermula apabila rakan saya iaitu Jamshari Saili mempelawa saya untuk membantu serta berlakon di dalam sebuah pementasan teater arahan beliau (2003) berjudul ”Istiqamah” (Skrip Ismail Kassan). Perlawaan itu disampaikan kepada saya ketika kami menyertai produksi teater yang berjudul ”Pemberontakan Di Kuching” (Skrip Abang Padeli Abang Muhi) sempena Dialog Borneo Kalimantan 2003 yang diadakan di Banjarmasin, Indonesia. Pada mulanya saya agak keberatan untuk menerima perlawaan tersebut. Ini disebabkan saya sudah lama tidak berlakon kerana lebih tertumpu kepada aspek teknikal. Sejak itu, semangat saya mula semakin ban

W.S. RENDRA Membaca Sajaknya

”Apalah erti berfikir bila terpisah dari masalah kehidupan, Apalah erti kesenian bila terpisah dari derita lingkungan” Itulah kata-kata W.S. Rendra dalam salah satu sajaknya yang sering terlintas di fikiran. Sesungguhnya ia amat memberi kesan yang mendalam terhadap saya. Video dan Audio ini saya perolehi di internet sekitar tahun 2003. Ketika itu saya sememangnya ingin menonton persembahan penyair tersohor Indonesia ini. Namun, sampai ke saat ini saya masih belum berpeluang untuk menontonnya secara langsung. Walaupun begitu, ternyatanya AURA kepenyairan beliau sentiasa segar dan memberi beribu makna kepada saya dan rakan-rakan. Rakan-rakan yang telah berpeluang menemui malah berguru dengan Mas Willi pasti amat beruntung bukan?. Harapnya ilmu yang diperolehi TIDAK di salah tafsirkan mahupun lupa dari mana datangnya. Rindu?.....pasti ada. > eD Senggora SAJAK BURUNG-BURUNG KONDOR WS Rendra - Yogya, 1973 Dengarkan Angin gunung turun merembes ke hutan, lalu bertiup di atas permukaan

Imbasan Teater Berkala 2007, Kemunculan SIFAR.

Menyingkap kembali kemunculan pertama SIFAR dengan produksi Terput,…put!, Tercis,…cis!. Suatu permulaan kemunculan SIFAR yang sudah sekian lama dinantikan oleh rakan-rakan seperjuangan. Dengan munculnya SIFAR, diharap ianya akan dapat memberi nafas baru dalam pementasan teater di bumi kenyalang. Sememangnya pementasan Terput,...put! Tercis,...cis! telah berjalan dengan lancar namun diakui masih terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki dari segi pengolahan skrip dan juga aspek pengarahan. Terima Kasih kepada para penonton yang hadir serta komentar-komentar yang diberikan.

Bengkel Teater di Belaga

Pada 27 April hingga 1 Mei 2008 yang lepas, saya telah berpeluang untuk memberi bengkel asas teater di Belaga bersempena Program Praktikum Seni 2008 anjuran Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Negeri Sarawak. Rata-ratanya mereka belum pernah mengenali teater malah jarang mahupun tidak pernah menonton persembahan teater. Terima Kasih kepada Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Negeri Sarawak kerana telah memberi peluang kepada beberapa penggerak SIFAR untuk memperkembangkan seni teater kepada para pelajar sekolah khususnya dan masyarakat amnya. Terima kasih juga diucapkan kepada para peserta di atas komitmen dan kerjasama anda sepanjang berbengkel. Sememangnya perjalanan mengharungi gaung-gaung, bukit-bukau di bahagian pendalaman, jalan-jalan tanah yang becak, berbatu serta menggegarkan seluruh anggota badan dari hujung kaki ke hujung kepala yang semestinya meletihkan sudah tidak dirasai lagi apabila anda semua mula mengenali, mencambah serta menyuburkan seni tea

Pengalaman menonton teater: WRONGSANG

Tiap kali melangkah masuk ke dalam dewan pementasan, sudah pasti saya akan mencari ruang yang paling selesa untuk menonton. Pada kebiasaannya, saya pasti akan cuba untuk menyelami set yang digunakan sebelum sesuatu pementasan bermula. Begitu juga untuk pementasan WRONGSANG dari Persatuan Kias Kasturi, karya dan arahan Zakaria Hassan bersempena program pementasan teater berkala yang dipentaskan 10 Mei 2008 di Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak, Kuching. Detik pertama di hati saya apabila melihat rekabentuk dan kedudukan set yang disediakan, saya sudah merasakan akan timbul masalah untuk menonton dari bahagian tengah mahupun belakang tempat duduk di dalam dewan. Maka saya pun naik ke tempat duduk di bahagian atas. Sesampai sahaja di bahagian atas dewan, saya mengamati lagi set untuk pementasan. Sekali lagi, saya masih tidak selesa di tempat tersebut lalu saya dan rakan pun mengambil keputusan untuk duduk di kerusi paling hadapan iaitu berdekatan dengan ruang pementasan. Sewak

Teater Peringkat Sekolah. Apa Sebenarnya?

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Antara Sekolah-sekolah Menengah Bahagian Kuching telah diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan pada 8 hingga 9 Mei 2008 yang lalu. Saya berpeluang pergi menonton persembahan dari SMK Bako, SMK Bau, SMK Green Road dan SMK Matang Hilir. Rata-ratanya mereka punya bakat namun masih banyak latihan dan ruang yang perlu diperbaiki. Sememangnya pertandingan dilangsungkan dalam bahasa inggeris dan sewajarnya bahasa tersebut diucapkan dengan betul dan jelas. Ini perlu dilakukan agar mesej yang dibawa dapat difahami secara langsung mahupun tidak langsung. Tahniah buat adik-adik dari SMK Bako kerana dapat mementaskan drama dalam bahasa inggeris walaupun persediaan ke arah produksi dilakukan dalam waktu yang agak singkat. Kelemahan pada sebutan masih perlu diperbaiki lagi namun secara keseluruhan persembahan mereka berjalan secara lancar dan menghiburkan. Di harap mereka ini dapat mendalami seni teater ini lagi agar ianya dapat memberi manfaat

PEMANGKIN SIFAR

SIFAR mempersembahkan TUKANG ENSERA

SINOPSIS O……Ha……. Tabik bala kaban akik dan inik,.. Antara realiti dan illusi. “Tukang Ensera” membawa makna ‘Tukang Cerita’. Bercerita tentang dewa-dewa, tentang kebaikan jua kemungkaran, perasaan dendam dan tentang harapan merupakan warisan tradisi kaum Iban. Akik (datuk), seorang tua yang masih mempertahankan tradisi bercerita tentang alam buana dan harapan pendengarnya pada cucunya Sunti. Akik dalam penghujung perjalanan hidupnya amat berharap agar cucunya Sunti dapat mewarisi tradisi dan meneruskan kemahiran bercerita darinya. “Bercerita mestilah sungguh-sungguh….” Itulah kata Akik pada Sunti. Bagaimanakah sungguh-sungguh yang dimaksudkan oleh Akik? Mungkinkah Sunti, generasi muda akan menyambung warisan tradisi bercerita atau cerita Akik sudah kehilangan pendengarnya? Saksikanlah penceritaan Akik dalam ”Tukang Ensera”...... O……Ha…… Aku ceritakan satu kisah pendek…. Kisah Remong dan Mengga, Putera Iban ternama, Diturunkan kebumi oleh Ratu Senayan, O……Ha…..

SIFAR : PEMBUKA TIRAI PROGRAM TEATER BERKALA 2007

SINOPSIS Ter…put! put! Ter…cis! cis! Sedar atau pun tidak, kita mungkin pernah terdengar bunyian seumpama itu. Entah dari mana datangnya. Yang pasti ianya boleh terhasil daripada manusia mahupun benda di sekeliling kita. Ter…put! put! mungkin pernah kita dengar di suatu tempat yang dikenali sebagai jamban atau tandas. Ter…cis! cis! pula kemungkinan hasil daripada lanjutan bunyi ter…put! put! atau daripada benda-benda yang digunakan di dalam jamban sebelum suasananya menjadi sepi. Kedengarannya bunyi-bunyian ini sudah semestinya bergantung kepada kepekaan dan kekerapan manusia menggunjungi jamban. Setiap hari dan ketika, pasti manusia terpanggil untuk ke jamban. Jamban yang menyimpan berbagai rahsia dan peristiwa. Dalam keadaan sekeliling yang semakin maju dan pantas, masih ada golongan yang tahu akan jamban tapi tak pernah ambil tahu tentang apa yang tersurat dan tersirat di sebalik sebuah jamban. Nasib masih menyebelahi jamban apabila ada golongan yang masih tegar dan sanggup memeliha

Suatu Permulaan Kemunculan SIFAR

PERIHAL PERSATUAN SENI PERSEMBAHAN SIFAR, KUCHING (SIFAR)

SIFAR ditubuhkan pada 26 November 2006 bagi merealisasikan kesinambungan perjuangan SEDAR dengan merubah beberapa perkara dalam pentadbirannya termasuklah visi dan misi yang dimurnikan mengikut masa sezaman. Moto SIFAR “Implementasi Kemurnian Jiwa” membawa erti keindahan seni yang akan menjurus ke arah murninya jiwa dengan aktiviti-aktiviti mendukung kemurnian serta kesejahteraan sosial setempat. DASAR Dasar SIFAR ialah untuk menyemarak suasana kesenian di Sarawak dengan matlamat untuk menjadikan seni persembahan sebagai sumber pembangunan moral dan mental generasi-generasi baru serta sebagai mata fikir masyarakat. ANGGOTA (AHLI) Terdiri dari aktivis-aktivis seni teater yang telah lama bergiat dan juga peminat seni teater yang baru. OBJEKTIF Menjadikan seni persembahan sebagai pergerakan sosio-budaya yang serius dan berorganisasi teratur. Mengembang dan memajukan seni persembahan tempatan. Menyemarakan dan memeriahkan aktiviti seni persembahan. Memperjuang dan mempertahankan hak-ha

MUKADIMAH

Sepanjang dekad 90an SEDAR (nama asal kumpulan Teater sebelum ini) tumbuh dan berkembang dan mengalir sebagai daya yang punya pengaruh mencorakkan atmosfera teater di Sarawak. SEDAR nalar bersama ekspresi surealisme bilang tahun. Satu dekad yang lalu menyaksikan SEDAR mementaskan hampir 20 produksi yang jelas menggambarkan kesejatian SEDAR yang punya jerit yang bara. Kali terakhir SEDAR hadir dipentas dengan PEMBURU, sebuah DRAMA KARYA Wolf Mankowitz yang diadaptasi oleh Rendra, aktivis teater tersohor Indonesia. Kehidupan yang sentiasa menuntut kewajaran antara material dan spiritual telah mendewasakan dan menjadikan SEDAR lebih matang dan punya “world view” yang semakin luas. Terpanggil dengan keadaan itu, SEDAR beriltizam untuk terus mewarnai kanvas teater di Sarawak dengan warna SEDAR yang akan menggunakan nama baru bagi persatuannya yakni PERSATUAN SENI PERSEMBAHAN SIFAR, KUCHING yang hanya akan dikenali dengan nama SIFAR untuk produksinya. Warna yang segar dan dinamik. Dengan se