Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

'MENCARI' di Kem Belia Mukah.

Foto kenangan bersama tetamu kehormat, urus setia dan peserta bengkel. 25 hingga 27 Julai 2007, sekali lagi saya berkesempatan ke Mukah untuk mengendalikan bengkel asas teater anjuran KPSU. Pengalaman menaiki pesawat 'twin otter' sememangnya mencabar bagi saya. Itulah pengalaman pertama saya menaiki pesawat sekecil itu. Sepanjang bengkel, para peserta telah memberikan kerjasama yang baik walaupun kadangkalanya ada di kalangan mereka yang 'blur' (namun masih dapat diselamatkan :)) Pesertanya terdiri daripada individu-individu serta pelajar dari beberapa buah sekolah dan persatuan di sekitar bahagian Mukah. Persatuan yang dimaksudkan adalah 'MESRA', kesinambungan 'PERMATA' seperti dimaklumkan oleh salah seorang ahli MESRA yang mengikuti bengkel iaitu Encik Abdul Khalik yang lebih mesranya Abg. Alik. Walaupun pengalaman beliau sememangnya lebih lama daripada saya dalam berteater, namun atas dasar untuk terus menyuburkan ilmu dan berkongsi pengalaman, beliau

Sebuah Karya Seribu Kenangan Suatu Pengajaran

'Tukang Ensera' sudah selesai dipentaskan di MATIC. Sekitar tempat latihan kembali sepi. Semestinya perasaan rindu untuk berlatih bersama akan muncul. InsyaAllah, sesi latihan untuk produksi seterusnya akan menyusul. Walaupun pementasan sudah hampir 2 minggu berlalu, masih ada cakap-cakap yang seumpama produksi 'Tukang Ensera' sanggup mengorbankan nilai-nilai persahabatan. Persahabatan manakah yang dikorbankan? Sedarkah mereka erti persahabatan? Adakah sahabat itu hanya seperti topengan.? Salahkah kita berterus-terang? Salahkah jika kita memperbaiki sesuatu khususnya sewaktu berkarya jikalau sudah berkali-kali cuba diperbetulkan tapi tidak dihiraukan? Sedarkah tugas kita dalam produksi? Jangan hanya kita merasakan kita dikatakan bagus tapi sebenarnya hancus !. Hancus kerana syok sendiri, tidak tahu tanggungjawab dalam produksi hingga bisa menjahanamkan seluruh produksi. Apa tidaknya, jikalau sudah berkali-kali diingati dan dinasihat supaya melakukan seperti yang dikehe

SIFAR di Akhbar Perdana.

Di ruang Akhbar BERITA HARIAN: Di ruang Akhbar UTUSAN MALAYSIA: Mungkin perkara ini sudah terlalu biasa dan tidak berapa bermakna bagi sesetengah pihak namun di usia SIFAR yang masih muda, ia merupakan suatu dorongan yang amat bermakna untuk terus maju ke hadapan demi memangkinkan serta memartabatkan seni teater tanah air. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada teman-teman dan pihak yang terlibat dalam menyampaikan berita kejayaan ini khususnya kepada para petugas media. Kami amat bersyukur di atas kejayaan ini dan senantiasa sedar, "Kejayaan hari ini bukan jaminan untuk kejayaan seterusnya. Yang paling penting adalah Kemurnian Jiwa, Usaha dan Doa untuk terus menghasilkan yang terbaik dari yang terbaik secara konsisten."

'Tukang Ensera' ke Istana Budaya?

Wah, ini sudah cukup bagus walaupun pementasan itu cuma di Lambang Sari. Setidak-tidaknya dapatlah menimba pengalaman dari pakar-pakar di situ. Bukan hanya syok sendiri apatah lagi untuk bermegah-megah. Bangga itu tetap ada demi memotivasikan generasi baru khususnya di Sarawak dalam meneruskan seni teater. Translasi petikan tulisan Jawi dari Utusan Melayu, 28 Julai 2008, Ruangan Seni dan Warisan muka surat 7 : SIFAR DIBERI PELUANG KE ISTANA BUDAYA Johan Festival Teater Malaysia 2008, Persatuan Seni Persembahan Sifar akan diberi peluang mementaskan 'Tukang Ensera' di Lambang Sari, Istana Budaya tahun depan sebagai hadiah tambahan kejayaan mereka. Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Dato' Norliza Rofli ketika ditemui berkata, peluang tersebut sama seperti johan dua tahun yang lalu. SIFAR dari Kuching telah mengalahkan lima wakil negeri lain untuk meraih wang tunai RM15,000, piala pusingan dan piala iringan. Kumpulan tersebut pada keseluruhannya membawa pulan

O....Ha...... (petikan dari laman PEKASA SARAWAK)

19 Julai 2008 . Sekali sejarah telah terukir di persada Festival Teater Malaysia di Kuala Lumpur. Sarawak berjaya mengukir nama sebagai Johan Festival. Kemenangan yang dikatakan (oleh juri dan aktivis teater seluruh Malaysia) sebagai yang luar biasa. Hampir semua kategori yang dipertandingkan dibolot oleh Sarawak pada malam tersebut. Antaranya: Sarawak: 1. Johan 2. Pengarah Terbaik (Suffian Bin Haji Jalet) 3. Pelakon Lelaki Terbaik (Malek Bin Hassan) 4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hassan Bin Ahmad) 5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Serivina Sanina -pelajar sek. seni) 6. Pelakon Harapan Lelaki (Alik Bin Hassan) Selangor: 1. Naib Johan 2. Pelakon Wanita Terbaik 3. Pelakon Harapan Wanita Kedah: 1. Tempat Ketiga Sekembalinya kami dari Festival (20 Julai) jam 8:30pm. Terharu rasa hati apabila melihat saudara Hashim Tahot sedang melambai-lambai dengan ukiran senyuman gembira. Semua peserta dipeluk dan dirangkul oleh beliau. Untuk saya, beliau merangkul dan berbisik : "Tahniah! B

TERKILAN dengan SIFAR?

Respon kepada saudara yang TERKILAN dengan SIFAR, buat pengetahuan saudara, kami TIDAK PERNAH untuk memutuskan erti persahabatan atau mengorbankan nilai persahabatan hanya semata-mata untuk mencapai sesuatu kemenangan. Bangga? Ya, bangga itu memang ada tapi berpada-pada dan insyaAllah, kami sentiasa ingat itu sampai bila-bila. Terima Kasih kerana selalu mengingat. Yang pastinya, Kemenangan kami di FTM2008 adalah rezeki yang dianugerahkan oleh-NYA (hanya ekstra, kalau tidak ada pun tidak apa). KEMENANGAN YANG PALING BESAR bagi kami adalah berjaya mengangkat karya penulis Sarawak, budaya tradisi Sarawak dan membawa generasi baru (selidik dulu lapisan peringkat umur ahli produksinya...) ke peringkat Kebangsaan. Kemenangan SIFAR sememangnya bukan untuk dimegah-megahkan. Kami tuntut apa yang hak (sampai bila kita hanya mengiyakan sesuatu yang tidak betul? sampai bila hanya berani bercakap di belakang?), kami tidak pernah memutuskan persahabatan tapi kami seringkali saja di salah ertikan. Ba

SIFAR : JOHAN FESTIVAL TEATER 2008

Malam 19 Julai 2008 merupakan suatu detik bersejarah buat SIFAR dan aktivis teater negeri Sarawak apabila telah dinobatkan sebagai JOHAN bagi Festival Teater Malaysia 2008. Syukur ke hadrat Illahi dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dan sokongan. Insya Allah, SIFAR akan terus melangkah jujur dan lebih jauh. Kategori yang dimenangi: Pengarah Terbaik : Suffian Hj. Jalet Pelakon Lelaki Terbaik : Malek Hassan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Hassan Ahmad Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Serivina Sanina ak Rumpang Pelakon Lelaki Harapan : Alik Hassan

SIFAR akhirnya ke Kuala Lumpur

Setelah hampir 2 tahun menanti, akhirnya SIFAR dapat mementaskan TUKANG ENSERA di Auditorium TAR, Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur. Apa yang paling bermakna, SIFAR berjaya mengangkat budaya tradisi Sarawak serta membawa generasi muda dan baru untuk terus memangkinkan seni teater.

Lagaknya 'Superstar'

Dalam banyak perkara, kita seharusnya muhasabah diri. Kenapa dan mengapa sesuatu itu berlaku begitu begini. Itulah yang selalu saya fikirkan. sememang-Nya telah menyampaikan mesej-mesej tapi kita saja yang tak tahu. Lagaknya 'superstar' (entah bila sebetulnya menjadi), merasa bagus tapi hangus! PARASIT!. Itulah pengalaman saya dan rakan-rakan tempuhi sewaktu persediaan untuk ke FTM2008. Kalau Ingin belajar, berguru, tapi biadap dan kurang ajar sememangnya akan jadi sesat lagi menyesatkan.> eD Senggora 17 julai 2008 Hotel Dynasty, 7.16am KL. Bilik 2186

Cobaan Demi Cobaan

Sakit, sakit, sakit......itulah yang saya alami semenjak sebulan yang lalu. Walau apa pun, semuanya itu harus dihadapi dengan tenang. Semalam 3 Julai 2008 merupakan latihan terakhir Tukang Ensera sebelum pementasan di peringkat kebangsaan yang dijadualan pada 17 Julai 2008 ini. Debar itu memang ada, namun semangat untuk mempersembahkan yang terbaik harus dikekalkan sampai bila-bila. SIFAR bertuah pada malam itu kerana ada penonton yang hadir itu dari Kuantan Pahang. Mereka mewakili sebuah kumpulan teater yang akan mempersembahkan pementasan yang berjudul ANAK ADAM di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada 4 dan 5 Julai 2008. Segala komen rakan-rakan dari Pahang itu SIFAR ucapkan jutaan terima kasih. Semoga Tukang Ensera akan dapat dipentaskan dengan mantap nanti. Eh! sebelum terlupa,macam kenal lah pakcik tu......oh ya!, rupanya PAK TAM dari rancangan raja lawak 2 Astro ada juga bersama rakan-rakan dari kuantan. Pak Tam.....tengok Tukang Ensera.....HeHeHe.....> eD Senggora (

Pengalaman Menonton: ANAK ADAM

Khamis 4 Julai 2008, saya berkesempatan menonton teater yang berjudul ANAK ADAM karya Suezanna MS, suatu pementasan dari Kelab Teater Prosenium Shahputra yang berjaya menyampaikan mesej dengan baik. Tahniah buat Sutradara dan juga keseluruhan ahli produksi. Setiap kumpulan pasti punya cara dan gaya tersendiri dalam menghasilkan suatu pementasan teater dan saya senang menonton pementasan tersebut. Pengolahan set berserta simbolik-simbolik, nyatanya suatu yang menarik untuk dipertontonkan. Setiap pementasan sudah semestinya ada yang perlu dan dapat diperbaiki. Antaranya, penggunaan 'stroke light' di permulaan dan di akhiran cerita dalam masa yang agak panjang bisa menyakitkan pandangan penonton di samping menganggu fokus penonton, mungkin dapat diusahakan dengan teknik yang lain untuk 'intro ' dan 'outro' tersebut. Aksi pergelutan antara Osama, Delilah dan Rawona boleh diperbaiki lagi, agar Osama kelihatan betul-betul mengalami kemalangan yang tidak disengajakan.

Di Waktu Sepi...Salam Takziah

Lama sudah tidak mengemaskinikan blog ini. Dalam detik waktu yang semakin pantas, beberapa perisitiwa dilalui. Ada yang mengembirakan ada yang menyedihkan. Berita sedih buat SIFAR, di atas pemergian saudara Jumat bin Hassan, adik kepada saudara Malek Hassan ke rahmahtullah pada petang Khamis, 30 Mei 2008. Sesungguhnya jasamu sentiasa dikenang sehingga ke akhir hayat. Berita sedih menyelubungi lagi, Takziah buat saudara Wezan Saili di atas pemergian bonda beliau pada Selasa 23 Jun 2008. Salam takziah sekali lagi dari SIFAR buat keluarga.> eD Senggora