Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

SYAJAR – DARI NASKAH KE PENTAS Catatan Pengarah

Kejayaan Tukang Ensera menjadi johan Festival Teater Malaysia 2008 merupakan satu tanda aras dalam arkib SIFAR sejak penubuhannya pada Oktober 2006. Kejayaan itu merupakan satu permulaan yang cukup baik untuk sebuah persatuan seperti SIFAR. Lebih manis lagi SIFAR turut meraih lima anugerah individu dalam festival paling berprestij dalam dunia teater melayu Malaysia tersebut. Kejayaan adik Serivina, seorang anak yang baru bertatih dalam dunia teater meraih anugerah pelakon pembantu wanita terbaik adalah madu kepada kejayaan tersebut. Namun kemanisan itu hanyalah sejarah yang tidak menjanjikan apa-apa kejayaan pada masa akan datang. Sepertimana namanya, SIFAR tahu untuk ‘reset’ dan kembali semula kepada ‘nol’ dalam usaha untuk terus berjuang dalam dunia seni dengan mengimplementasikan kemurnian jiwa yang jitu. Justeru Festival Teater Malaysia 2009 peringkat negeri Sarawak menjadi satu medan tempur baru untuk SIFAR dalam usaha meneruskan perjuangannya. Teater berjudul Syajar karya Ismail

FESTIVAL TEATER NEGERI SARAWAK 2009

Festival datang lagi. Nawaitu berbeza-beza. Kemenangan apa yang dicari? Berapa lama ianya akan kekal? Untuk Apa? Yang pasti, muncul SIFAR adalah untuk MEMAKNAKAN KATA-KATA. Bukannya untuk "mengada-ngada, mengena-ngena". eD Senggora

Mana Seninya?

Setiap kali sesuatu yang indah itu ada seninya. Kesenian yang indah lahir dari olahan pengiat seni yang telah dianugerah-NYA bakat dan kemampuan. Saban waktu kita terserempak dengan golongan-golongan yang mengaku tahu istilah seni namun buta pada pengertian dan pelaksanaannya. Mereka saja berlagak pandai namun lagak itu tak ubah seperti seekor kera yang 'Bodoh sombong'. Kalau pun kita tidak bersetuju terhadap karya orang lain sepatutnya ia disusuli dengan kritikan yang membina bukannya dengan pandangan sinis mahupun cemuhan di belakang. Bagi diriku, nyatanya golongan ini bukan saja 'kosong' akan pengertian seni itu malah tidak pernah menghargai seni itu sendiri. Mereka hanya topengan seni yang menjadi virus kesenian yang seterusnya menjahanamkan masa depan generasi baru yang sebetulnya mahu mengenali dan mendalami bidang kesenian. Siapa musuh seni itu? Siapa yang menjahanamkan Seni itu? Tidak lain dan tidak bukan, golongan yang mengaku pandai dan MENGAJAR seni itu sendi

Sajak Terakhir W.S. Rendra

Dalam mencari berita di internet, aku terjumpa sebuah laman blog yang memaparkan sajak terakhir W.S Rendra: WS Rendra -- last poem God, I Love You': WS Rendra's Last Poem Six days before he died, WS Rendra wrote a poem from his hospital bed. In the untitled poem, Rendra expressed his love to God. The handwritten poem was shown at his house in Depok on Friday. I am weak But not helpless I am not complaining about the pain or the itch I want to drink tajin [rice water residue] I never have difficulty breathing but my physique is not satisfactory to have a normal and ideal position I want to cleanse my body from chemical poison I want to return to nature's way I want to improve my dedication to Allah God, I love you Rendra 31 July 2009 Mitra Keluarga Hospital

W.S. Rendra : Perginya Penyair Tersohor

Baru semalam saudara Tuah mengkhabarkan tentang kesihatan penyair tersohor W.S. Rendra yang semakin uzur. Pagi ini aku tersentak oleh khabar yang dipaparkan di Berita Harian Online tentang pemergiannya ke Rahmatullah. Sememangnya pemergian W.S. Rendra aku rasai kerana karya-karyanya mendedahkan aku tentang dunia teater dan kehidupan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah. Berikut petikan beritanya: Penyair terkemuka WS Rendra meninggal duni a JAKARTA: Budayawan dan penyair terkemuka Indonesia W.S Rendra, yang juga mempunyai banyak peminat di Malaysia, meninggal dunia di sebuah hospital di sini malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung. Media massa tempatan melaporkan Rendra, 74, yang juga dikenali "Si Burung Merak" meninggal dunia jam 10.15 malam tadi, dan meninggalkan 11 orang anak daripada tiga orang isteri, yang mana dua daripadanya sudah diceraikan. Setelah memeluk Islam pada Ogos 1970 ketika menikahi isteri keduanya, Si

Kejayaan sebenarnya.....

Kejayaan yang telah dikecapi tidak menjamin kejayaan di masa depan kalau kita tidak mendalami makna kejayaan sebelumnya. Menuju kejayaan masa depan bukanlah sukar jika kita punya pengertian yang mendalam tentang kejayaan yang sebenarnya. Dan, KESATUAN itu amat penting dalam memangkinkan proses penghasilan sesebuah karya. Bukan hanya sekadar ucapan atau ghairah yang melulu. > eD Senggora

Kan, dah terjadi...Bikin susah orang 'sajer'.

Terkawal terkawal terkawal. Hari ini media negara kita telah melaporkan kes penularan wabak H1N1 tempatan pertama yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan. "Salah satu dari kes yang disahkan positif Influenza A (H1N1) adalah kes penularan tempatan yang pertama berlaku di negara ini," begitulah kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Siapa yang menyebarkannya?. Ada yang sembunyi-sembunyi dan akhir rakyat negara kita yang tak pernah jejak tanah luar negara pun dah jadi mangsanya jugak. Suruh lapor diri pun susah . Akhirnya menyusahkan orang lain. Kalau dah tak nak bagi kerjasama dan tak nak bertanggungjawab, usah 'gago-gago' pergi balik luar negara. Ceh! Sendiri mati baru raser. Bikin susah orang sajer . Tapi 'takper'. Cara ini mungkin boleh bantu juger . Klik sini. Hehehe.... > eD Senggora

Oh Bulan...Dan sebenarnya.....

Semalam aku menonton Discovery Channel . Kisahnya tentang pembangunan roket untuk ke angkasa lepas. Tetiba saja aku teringatkan kontroversi tentang pendaratan angkasawan AS di bulan. Betul ker ? Atau sebenarnya selama ini manusia di seluruh dunia telah berjaya dibohongi oleh AS? Dan sekiranya pembohongan itu benar, adakah ianya akan di terima begitu saja oleh generasi-generasi akan datang sebagai fakta perkembangan teknologi special effect atau fakta tektikal perang saraf yang ketika itu digunakan oleh AS untuk menyaingi Russia? Berikut adalah tulisan yang aku dapat di internet tentang isu tersebut: Amerika dituduh reka cerita penjelajahan Neil Armstrong: Kontroversi pendaratan angkasawan AS di bulan SEJAK 33 tahun lalu, tidak ramai penduduk dunia mempersoalkan dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa angkasawannya telah berjaya menjejak kaki ke bulan. Dari sekolah sehinggalah ke universiti, sama ada pelajar, guru mahupun pensyarah, semuanya percaya kepada hakikat itu tanpa perbahasan. Am

'Pandemic' Jangan Panik. Agik Aso...

Terkini-11 Jun 2009 Wabak H1N1 telah ke tahap bahaya. "Pandemic' kata WHO. Lebih 70 buah negara telah dijangkitinya. Dulu spesis burung tak kira yang hidup mahupun mati dilupuskan. Kini babi, senyap jer. Tak dilupus-lupus pun. Mungkin babi tak mati macam spesis burung barangkali. Kalau babi banyak mati, baru-lah spesis babi hidup itu dilupuskan. Babi belum mati, manusia sudah mati. Kesian-kesian... > eD Senggora

Awas! Dalam Diam...Mereka Mencari Peluang

Hari ini, aku menonton berita tentang kematian akibat Denggi di Malaysia tahun 2009 yang meningkat dari tahun sebelumnya. Suatu situasi yang semestinya membimbangkan ramai pihak. Dalam penularan virus H1N1, tentera nyamuk mengambil peluang melancarkan operasi gerilla mereka. Begitu juga sekiranya anasir PKM jika seawalnya tidak di bendung. Andainya kita lalai, bukan saja negara kita akan kucar-kacir di kemudian hari nanti malah nyawa kita dan generasi depan juga akan tergadai. Beri peluang? Mengapa nak beri peluang? Dah! sama-samalah kita hapuskan nyamuk. Nyamuk Aedes dan 'Nyamuk Masyarakat'. Ridsect? Shieldtox? Mortien? Foging? Kalau tak mati jugak, mungkinkah nyamuk sudah memiliki topeng asap? Siapakah yang membekalkannya? Sudah pasti ada pembelot-pembelot yang berselindung atas nama demokrasi, kemanusiaan mahupun kebebasan bersuara. Ingat: RIDSECT, TAK BERI PELUANG! SHIELDTOX?...KUASA DI TANGAN ANDA! > eD Senggora

Akulah Presiden!

Insiden dari Partai Pakatan Peyabung (PPP) Manok.K: Aku Presiden Manok.M: Akulah Presiden Manok.K: Aku... Presiden Manok.M: Akulah Presiden Manok.K: Eh, kau bukan presiden la! Manok.M: Eh, kau jangan nak buat promotion! Manok.K: Woit! muka kau macam kusyen, ada hati nak jadi presiden. Pegi periksa mental la! Manok.M: Woittt!!! kau jangan nak tunjuk eksyen!, nanti kau mati accident. ! (Suara dari luar): Adeh, adeh, adeh.....dua-dua 'musti' pegi tuition sebelum take action . > eD Senggora

Argh!!!.....terasa tenggelam, 'kotak hitam'

Argh!!!... Tenggelam Tenggelam Tenggelam Rasanya Terus Tenggelam Menuju ke hujung dasar Bagaikan 'kotak hitam' Air France 447 di lautan Atlantik Mungkinkah akan ketemui? > eD Senggora

Seniman @ Sinimain?

Seniman adalah Seniman. Kalau tak tahu apa itu seniman, usah perasan jadi seniman. Akhirnya nanti semuanya palsu. Membunuh pengertian seniman yang sebenarnya. Aku terbaca tulisan di dalam sebuah majalah berkaitan seniman yang menjurus kepada seni tampak. Kalau tidak silap, memetik kata-kata Zakaria Ali (seorang pengamal seni) "Tidak semua pelukis itu adalah seniman kerana munculnya mereka tanpa asas sebagai seorang pelukis yang menghasilkan lukisan 'instant' lalu dijual dengan harga-harga yang tinggi. Maka lahirlah PELUKIS-PELUKIS PALSU yang membunuh pengertian pelukis yang sebenarnya." Bagi aku, kata-kata itu sememangnya benar. Bila ada lakaran, palitan menggunakan warna di atas sesuatu, apakah itu seni abstrak? Asasnya apa? Anak kecilku pun boleh menghasilkan karya seperti itu. Sinimain... > eD Senggora

Atas nama demokratik & kemanusiaan... Kenapa Komunis cuba dipertahankan?

Ternyatanya Revolusi Komunis sangat kejam. Berpuluh juta manusia telah dibunuh beramai-ramai dan dibunuh dengan biadab. Pemimpin-pemimpin Komunis memerintahkan sesiapa yang menentang mereka mesti dibunuh. Kejadian-kejadian kejam angkara komunis ini pun tidak terkecuali di negara kita. Apakah ini yang kita mahu perjuangkan? Usahlah dibangkitkan lagi usaha membawa balik pemimpin komunis ke negara ini, apatah lagi untuk mengamalkan fahaman yang ternyata memudharatkan negara. Kalau hendak memperjuangkan juga, tinggalkanlah negara ini. Carilah mana-mana negara yang mengamalkan komunis. Kenapa perlu tinggal di Malaysia?. Jasa apa yang komunis berikan untuk rakyat Malaysia? Jasa untuk membunuh orang-orang yang tidak bersalah kerana dikatakan tidak menyebelahi komunis? Kalau penjajah Inggeris saja yang dibunuh, lainlah ceritanya. Ini tidak, anak-anak yang kecil dan kaum ibu pun dibunuh mereka. Adakah golongan yang tidak berdosa ini semuanya proxi penjajah? Masih ingatkah lagi trajedi Bukit K

Apakah akan terjadi...

Sekira berlakunya ledakan nuklear? Apakah berlakunya kiamat? Kalau pun kiamat belum tiba, adakah masa depan untuk generasi baru dunia yang terselamat? Atau mereka hanya menunggu tiupan sangkakala di langit untuk lenyap dan menunggu bangkit ke alam baru? Kalau negara kita di pimpin komunis. Pastinya negara ini membangunkan nuklear untuk persenjataan sebagai alasan untuk mengimbangi kekuatan nuklear negara barat. Akhirnya kedua-duanya pasti hancur bila perang meletus. Jutaan penduduk dunia lenyap dan menderita akibat tindakan segelintir manusia yang menegakkan pendapat dan kepentingan masing-masing. > eD Senggora

Teropong CIA, Adakah Kita Sudah Terperdaya?

Petikan tulisan yang aku dapat dari sebuah blog, mungkin dapat dijadikan pengajaran mahupun panduan. Penulis baru terbaca mengenai tulisan seorang penulis di blognya mengenai Facebook. Selepas selesai membacanya, penulis rasa terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai Facebook ini. Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya penulis kongsikan sekali lagi sebagai info tambahan. Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang penulis ingin kongsikan. Laman web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk

Pembunuh atau Pejuang?

“Selamat tinggal semua…Saya akan menghadap Allah S.W.T. Saya tahu saya tidak bersalah. Suatu hari nanti, biar anak cucu kita mengadili sejarah. Siapa yang benar dan siapa pula pengkhianat”. Saksikan di siaran Astro Prima 7 Jun 2009 Ahad 6.30 petang Mungkin dapat dijadikan 'input' untuk projek akan datang. Kalau ada idea, sila catatkan. Agar pementasan nanti lebih memberi impak. Dalam kepalaku, di usia 17 tahun, pemuda ini sudah punya semangat untuk bertindak demi kemerdekaan tanahairnya dan salah satu persoalan, apakah yang generasi sekarang fikirkan di usia ini? Adakah sejarah cuma sejarah? Kita bukan mendokong tindakan fizikal yang ekstrem tetapi semangat itu yang kita mahukan. Semangat Sayangkan Negara daripada putar-belit penjajah. Penjajah yang kita tidak sedari. > eD Senggora

SENYAP

nyap! nyap! nyap! menyirap senyap nyap! nyap! nyap! terperap senyap nyap! nyap! nyap! siap nyap, kenyang? > eD Senggora

Eh,Tuah yang mana ya?

Kemas punya kemas fail di dalam komputer, aku terjumpa gambar kenangan. Kenangan pahit manis di CITRAWARNA 2004. Masih ter-'ngiang-ngiang' lagu yang dinyanyikan CT No-Hali-Ja...:"Citrawarna Oh Citrawarna....." Malam itu perarakan diadakan di Stadium Bukit Jalil. Lihat saja gelagat di dalam gambar. Kumpulan yang mewakili penggiat teater untuk projek Citrawarna 2004 wakil Sarawak. Kenangan Citrawarna yang tak pernah dilupakan kerana tidak dibayar untuk props yang dihasilkan. Itulah nasib bila terlalu jujur kepada orang yang terlalu mengejar pujian hinggakan lupa berterima kasih pada orang lain. Malah "senjata telah memakan tuannya". Apa-kan tidak, aku terasa semacam di dalam 'oven' sepanjang perarakan malam 'rehearsal' pertama kerana memakai kostum berbentuk periuk kera. Nasib baik tak jadi macam kera kena belacan. Malam keduanya pula, malam sebenar, tangan aku bagaikan nak patah dek sebabkan menjadi burung kenyalang. Aku masih ingat lagi nam

AWAS! Wabak Menular Lagi

Minggu-minggu berlalu, wabak telah menular lagi ke merata dunia. Bermulanya demam yang tidak dapat dikenalpasti apa puncanya yang dihidapi oleh seorang kanak-kanak di sebuah perkampungan di Mexico hinggalah kepada pengumuman oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang wabak yang telah meragut lebih puluhan nyawa dan menyakiti ribuan penduduk di merata dunia. H1N1, itulah istilah yang diberikan. Walaupun begitu, di negara kita lebih dikenali dengan SELSEMA BABI dan terkini dikenali pula sebagai INFLUENZA-'A'. Dulunya burung menghidapi selsema yang mengakibatkan pelupusan ribuan ayam-ayam di seluruh dunia. Dan kini babi pula. Itulah hakikat yang kita terima bila sesuatu yang ternyata kotor dihalalkan saja dalam kehidupan. Sedangkan burung dan ayam ternyata lebih bersih telah menjadi mangsa keadaan selsema itu. Apatah lagi babi yang ternyata kotor. Sudah diketahui umum babi itu kotor tapi ada lagi pihak yang cuba mempertahan untuk memakannya dengan mengatakan makan dagingnya

Mencari Energi

Waktu bergerak Tiada sesuatu yang luar biasa jadinya biasa-biasa Biasa-biasa yang membosankan 'Bar' energi semakin lemah Lesu dalam kebosanan Mencari sesuatu agar terus menyala Terus bersinar dan menyinari untuk semua Sampai waktunya mencari energi Alamak...'plug'nya? > eD Senggora

Kalau Nawaitu.....

Setiap yang kita rancang pasti ada rintangan yang kita lalui. Cuma berapa besarnya rintangan itu, terpulang kepada kehendak-Nya. Apa yang kita dapat lakukan adalah berusaha dan terus berusaha. Kesenian Teater sememangnya mencabar. Bukan setakat perancangan berbentuk individu namun ianya adalah kerja kolektif. Bukan hanya pandai mewar-warkan karya yang hendak dipentaskan dari seniman-seniman ternama (Ye Ker?). Yang penting pelaksanaan sesuatu perancangan itu harus dihadapi dengan jujur dan ikhlas. Datangnya semuanya itu adalah berlandaskan nawaitu seseorang itu. Kalau nawaitu sememangnya bukan ikhlas,.....maka semuanya nampak semacam TONG, TONG KOSONG! Lainlah kalau tong itu berisi minyak petrol, dapat juga digunakan untuk kenderaan. Ada juga faedahnya. Jangan simpan minyak dalam tong bocor sudah! > eD Senggora

Jelajahan Ruang Maya

Dalam mencari sesuatu untuk kehidupan. Aku menjelajah lagi di Angkasa Maya. Sesuatu yang tersembunyi Pasti menyimpan jutaan makna. Carilah sebanyak mungkin Ilmu yang ada Gunakanlah ruang-ruang paparan di depan mata Macam-macam pasti ada owezsearch.com ruang carian milikku yang pertama. Tak percaya? layarilah dulu owezsearch.com selamilah kemunculannya jelajahan ruang maya carilah apa saja owezsearch.com mencari dan terus mencari untuk sesuatu yang pasti berharga!!! (Jangan lupa, "Bookmark"-kan ruang carian ini.) > eD Senggora

Ruang Rezeki & Karya Kini Di Tapak Tanganku

Bagaikan cerita dogeng, kita sebenarnya mampu mencari dan mengolah rezeki walaupun di mana-mana biarpun di tapak tangan. Cuma keberjayaannya itu datangnya dari dalam diri dan disiplin untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan. Dalam zaman teknologi ini terhasilnya gajet-gajet yang canggih. Walaupun begitu, kecanggihan itu terasa berkembang dengan amat pantas hinggakan kita kadangkalanya ketinggalan. Bukan saja gajet-gajet sudah semakin canggih malah cara kerja kita perlu selari dengan kecanggihan itu. Kehadiran gajet-gajet ini bukan sekadar menjadi permainan mahupun hiasan semata-mata. Harus dimanfaatkan semaksima yang mungkin. Dalam menyelami kepesatan arus teknologi di zaman ini, aku teruskan kembara ruang karya dan rezeki di tapak tanganku. > eD Senggora

Bosan-Sepi-Manis

Adakalanya kita terasa bosan. Bosan dalam kesepian. Tapi adakalanya sepi itu manis untuk dihayati. Ada ruang untuk renungan. Renungan terhadap diri tentang kehidupan. Merasa bahagia itu indah dan semua yang normal inginkan kebahagian. Tak kiralah bahagia itu untuk apa asalkan kebahagian diri tidak merosak orang lain. Membahagiakan orang lain semestinya memurnikan lagi kehidupan ini. Entah spesis mana yang kerjanya tak sudah-sudah menimbulkan sengketa atas nama keintelektualan. Padahal yang asas-asasnya tidak dipelihara dengan ikhlas dan jujur. Hidup penuh dengan keinginan yang membuak-buak bersembunyi dalam anyaman kata-kata dan ayat-ayat simbolik. Sampai ketikanya, berlagak seolah-olah semacam ahli filsafat dengan menggunakan khalimah-khalimah-NYA. Menyelusuri jalan-jalan sufi tanpa asas-asas yang kukuh pasti mengundang kesesatan. Kesesatan yang tidak diketahui oleh diri mereka kerana dicengkam oleh nafsu dan keegoaan. Mudah mengatakan orang lain itu sesat padahal yang dirinya itu bel

Detik...Tampil (2009)

Detiknya telah bermula Karya pasti tampil Bukan untuk saja-saja Bukan untuk biasa-biasa Namun masih tetap ingat, Semuanya itu Anugerah Yang ESA Bukan untuk suka-suka Bukan untuk pura-pura > eD Senggora 050409

InsyaAllah, Masanya Pasti Menyusul

"Bukan semua orang Melayu boleh dibuat macam sapi!" -Rosli Dhoby Syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberi ilham untuk produksi-produksi seterusnya. Dengan rasa hormat dan rendah diri, SIFAR mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada saudara Abg.Saifuddin Abg.Bohari kerana telah memberi kepercayaan kepada SIFAR untuk mengangkat novel beliau, Rosli Dhoby Rukun Berdarah ke pentas teater. InsyaALLAH, tugas yang mencabar ini akan kami galas dan realisasikan nanti. Moga-moga segalanya berjalan lancar. Amin. Sinopsis Cerita ini diolah berdasarkan kisah benar pejuang kemerdekaan di Sibu, Sarawak. Beliau adalah Rosli Dhoby. Semuanya bermula apabila Sarawak diserahkan kepada kerajaan Inggeris sebagai ‘Jajahan Mahkota’ pada 1 Julai 1946. Rakyat Sarawak bangun menentang sehingga lahirnya gerakan anti-cession. Rukun Tiga Belas ditubuhkan secara rahsia dengan diketuai oleh Awang Rambli. Matlamat utama Rukun Tiga Belas adalah mencapai kemerdekaan dengan cara agresif memandangkan se

Sedang aku ronda...

Semalam aku meronda di Bandaraya Kuching. Entah tiba-tiba difikiran, terlintas untuk membeli ‘whistle’. Aku pun pergi ke Kedai Robinson di hadapan balai polis central. Sampai di kedai, aku pun mencari ‘whistle’ yang aku inginkan. Dalam pencarian itu, mata aku terlihat kasut-kasut yang dijual dengan harga diskaun. Aku membelek-belek kasut-kasut tersebut. Hendak aku beli waktu itu, duit tak cukup. Jadi aku pun pergi ke mesin wang CIMB yang berdekatan. Dalam mundar-mandir sambil menunggu pengeluar-pengeluar wang yang tak putus-putus, aku terlihat seseorang yang sememangnya aku kenal. Agak lama juga aku tidak berhubung dengannya. Saudara Jamshari Saili, seorang yang pernah memangkinkan aku dalam dunia teater. Khabarnya baik dan dia meminta aku mengirim salam pada rakan-rakan yang kenal padanya. Di sini aku pun menyampaikannya “Ooo…balan kaban adik kakak apai indai akik…..saudara Jamshari Saili kirim salam pada semua!!!” hehehe… Aku pun berbual dengannya di kaki lima berdekatan bilik mesin

Lamunan Si Pemotong Rumput

Di suatu persimpangan lampu isyarat, di tengah kota, kelihatan si pemotong rumput duduk keletihan. Sambil meneguk air dari tabungan, ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Terlintas di fikiran, kejayaan hari ini bukanlah jaminan untuk kegemilangan selamanya. Setidak-tidaknya ia adalah pendorong untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk semua di masa depan. Bukannya semata-mata untuk pernyataan diri atau golongan yang mengaku berbakat besar, teristimewa mahu pun bertuah kerana semuanya itu datangnya dari-NYA. AWAS! bila nanti, hati sudah menyatakan yang semuanya itu adalah hasil usaha diri dan miliknya saja, itu adalah ia dan ia adalah itu, penghujungnya...tetap sepi, dan sepi itu adalah sesepi-sepinya. Hanya mahu berbangga dengan kejayaan yang mereka perolehi tapi susah untuk berkongsi kebanggaan yang dikecapi orang lain. Padahal yang dibanggakan itu...kalau diamati terhadap penerimaan dan pandangan masyarakat, halatujunya entah ke mana. Bila merasakan diri tidak dihargai, mulalah

Teater Perdana 'Tukang Ensera' suatu catatan sejarah SIFAR

(Sumber: Akhbar 'Eastern Times' & 'The Borneo Post')

SIFAR melaksanakan kata-kata dengan Teater Perdana 'TUKANG ENSERA'

Alhamdulillah dengan izin-NYA SIFAR telah melakar sejarahnya lagi diatas kejayaan mementaskan teater perdana TUKANG ENSERA. Ternyata tugas mementaskan teater perdana dengan segala keterbatasan dapat diatasi dengan usaha dan kesabaran. Sesuatu yang paling berharga kali ini adalah SIFAR bukan saja berjaya mementaskan teater perdana malah telah berjaya mendedahkan generasi baru yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 2 dari Sekolah Seni Kuching. Bagi SIFAR, itulah antara matlamat kita, bukan hanya untuk menghasilkan sesuatu pementasan atau menonjolkan bakat yang sedia ada tetapi untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada generasi baru tentang produksi teater yang sebenarnya. Zaman sekarang bukan tidak boleh menghasilkan sesuatu pementasan 'Zero Bajet' tetapi bajet adalah keperluan yang harus digunakan sebijak mungkin bukan hanya pandai bercakap tanpa pelaksanaan. Bagi golongan yang bercakap tentang hendak menghasilkan pementasan "Zero Baj

'TUKANG ENSERA' pembuka tirai pementasan teater SIFAR 2009

Culture, Arts & Heritage Department Deputy Director, Saini Lihi (3rd right), together with the artistes (from right) Suffian Jalet, Malek Hassan, Wiwinarti Jasti, and Serivina Sanina showing the ‘Tukang Ensera’ theatrette promotional poster. PHOTO: JOHN CHAN 'Tukang Ensera'- Award Winning Play By Johnson Kadam KUCHING: Tukang Ensera, the title for the Persatuan Seni Persembahan Sifar (SIFAR) play, that emerged champion for the National Theatre Festival 2008, will be showcased here soon. The State Culture and Arts Department Deputy Director, Saini Lihi, told reporters that the play would be staged at the Tun Ahmad Zaidi Adruce Auditorium in Batu Lintang Teachers’ Training Institute on Thursday and Friday. He said that the Thursday’s performance would be for the general public and the Friday’s show would be specially for the VIPs where Chief Minister Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud would be among those expected to be present. Meanwhile, the play director, Suffi

Lagaknya...persis burung

Lagaknya...persis burung Petah mengucapkan kata-kata dengan berbagai-bagai bahasa Mudah melafaskan bicara dengan kalimat cinta Lagaknya...persis burung Khusyuk mendeklamasikan puisi dengan perasanan mengila Asyik mengalunkan lagu dengan sulaman API menyala Lagaknya...persis burung namun semuanya sia-sia... kerana NUR Ilahi bukan untuk kepura-puraan bukan untuk ditiru diciplak Lagaknya...persis burung buat golongan bertopeng nyalaan kerana sinar-Nya itu suatu anugerah hanya untuk insan sejujurnya ikhlas bukan untuk persis burung >eD Senggora/120209/7.40pm/PetraJaya

Katanya... untuk temboloknya saja (Rintihan peniaga dari orang-orang kita)

Katanya mau bantu bangsanya Katanya mau angkat bangsanya Katanya mau agih kaya bangsanya Katanya mau masuk perut bangsanya padahal, Katanya cuma berbohong... untuk temboloknya saja! (senario zaman pemerintah sorong tarik, tak kiralah apa saja hal ehwal massa sebelum sesuatu projek diagihkan, sekalipun berkaitan dengan pentadbiran agama. Semuanya diHALALkan asalkan perutnya kenyang.)- Rentetan rintihan orang-orang kita yang bertungkus-lumus untuk 'survive' dalam berniaga. > eD Senggora 08022009/1.32am/petra jaya

Biarlah kita, biarkan mereka

Biarlah kita bagaikan lilin, menerangi kegelapan Biarlah kita bagaikan padi, semakin berisi semakin bererti Biarlah kita tak seperti API, terbakar diri mudharatkan yang lain Biarkan mereka dengan keegoan menggila, pasti nanti membutakan hati Biarkan mereka dengan 'camouflage' hipokrit, lantunan imejan kepalsuan duniawi Biarkan mereka... Sesungguhnya segala penghujung, hanya ada pada-NYA. (Buat golongan yang memikirkan diri mereka sudah terlalu hebat.) > eD Senggora 1.17a.m/petra jaya.

Tunggu saja di lubang kubur

Kutuk, kutuk, kutuk, tanpa disedari diri yang terkutuk. Terkutuk oleh keegoan atas nama golongan yang terbaik. Tidak akan senang melihat kesenangan orang lain. Mereka mahu lebih dari yang biasa-biasa sehinggakan terlebih mereka-reka demi meraih simpati. Orang yang sudah buta hati dan keras membatu begitulah keadaannya. Senantiasa perasan dirinya itu 'special' padahal 'spaysial'. Ego itu tanpa disedari sudah tidak terkawal. Lagaknya Zionist mengutukkan zionisme padahal diri itu sudah seperti sebahagian daripadanya. Petah bermain kata-kata, al maklum perasan seorang juara. Nawaitu hanya ingin menjahanamkan orang lain atas alasan mereka tertindas dan tidak diberi keadilan yang sewajarnya. 'Semu' di muka sememangnya tidak dapat disembunyikan lagi. Terserlah dendam yang terbuku di dada. Sering menafikan atas nama CINTA KASIH. Padahal, ALLAH saja yang tahu. Aku teruskan perjalanan, mengamati sesuatu yang lebih bermakna. Mencari bekal sebelum kembali. Biarkan saja mere

Yang Lama Tetap Sedia Berjasa

Buat kali keduanya setelah menolak skuter, kapcai 70 cc yang sudah lama tidak aku tunggangi terpaksa aku tolak untuk ke bengkel. Mungkin minggu ke-4 bulan Januari ini sudah ditakdirkan untuk aku menolak skuter dan motosikal agaknya. Sudah sekian lama juga aku tidak merasainya. Pada mulanya aku sangkakan kapcai itu tidak cukup minyak lalu aku pun menolaknya ke stesen SHELL yang jaraknya lebih kurang 1/2 kilometer dari rumah kedua ibubapaku. Sampai saja di stesen minyak, aku pun cuba mengepam tayar kapcai yang aku ingatkan kurang anginnya. Dalam keadaan hujan yang lebat, aku cuba untuk memasukkan angin ke dalam tayar. Namun usaha aku tidak berhasil. Aku mengambil keputusan untuk mengisi saja tangki minyak sehingga penuh lalu aku pun menolaknya ke bengkel. Nasib aku baik pada hari itu kerana menjumpai bengkel yang sanggup buka pada hari ke-4 Tahun baru Cina ini. Tanpa banyak soal, aku pun minta digantikan 'blaydar' depan dan belakang. Tak sampai 15 minit, kedua-dua 'blaydar

Aduh, sakit Skuterku : Sebuah keikhlasan yang ku kenang sepanjang hayat.

Ketika sedang menyelusuri jalan Tun Hj.Openg yang basah dengan skuterku, aku cuba memotong sebuah kenderaan pacuan 4 roda. Takkala skuterku baru saja melepasi setengah daripada bahagian kenderaan 4 roda itu, tiba-tiba kedengaran bunyi perut skuterku yang meragam. Secara automatik, aku terpaksa melupakan niat untuk pergi lebih jauh pada waktu itu. Aku pun berhenti di tepi jalan untuk memeriksa skuterku yang telah di serang penyakit. Sah, sakitnya pada salah satu urat nadi (belting) yang membuatkannya tidak dapat bergerak biar pun jantungnya masih dalam keadaan baik. Sememangnya kejadian itu berlaku berdekatan dengan hospital umum Sarawak, yang pasti penyakit skuterku tidak ada penawarnya di situ. Disebabkan doktor pakar skuterku, Dr. Meow namanya, masih berada di Kuala Lumpur dan klinik-klinik skuter masih tutup sempena Tahun Baru Cina, dalam keadaan hujan yang turun renyai-renyai, aku terpaksa membimbing skuterku sejauh lebih kurang 5 kilometer merentasi hospital, merentasi jalan-jalan

2009, SIFAR bakal mencipta sejarahnya lagi.

Alhamdulillah, setelah menjuarai FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2008, SIFAR bakal mementaskan TEATER PERDANA: 'Tukang Ensera'. Pementasan yang dijangkakan berlangsung pada 27 dan 28 Februari 2009 ini bakal memberi impak dan penambahan di atas keterbatasan di dalam pementasan untuk festival teater. Sama-samalah kita doakan agar produksi teater perdana ini dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Kuncinya: Belajar dan terus belajar.

Lama benar sudah tidak memberi khabar. Maaf kerana ada urusan peribadi yang hendak disiapkan. Hidup ini nyatanya cukup mencabar dan ianya sebagai pedoman untuk generasi akan datang khususnya buat anak-anak yang ku sayangi. Puas mencuba, nyatanya detik hatiku yang pertama sewaktu memikirkan apa yang akan aku kerjakan bila sudah tamat pengajian akedamik. "Aku tidak mahu makan gaji sepertimana lazimnya kedua orang tuaku." Bukan aku menyalahi mereka tapi aku ingin membuktikan bahawa generasi kita boleh hidup tanpa mengharapkan semata-mata upah dari majikan. Kenapa kita tidak boleh hidup sepertimana bangsa yang mencari makan dengan bekerja sendiri? Apakah kita ini hanya ditakdirkan untuk berkerja makan gaji dari majikan itu dan ini? Aku yakin pasti ada jalannya dan insyaALLAH, ianyanya semakin hampir. Moga-moga aku tidak diselubungi kesempitan lagi. Kuncinya, bak kata Pak Ungku Aziz : Belajar dan terus belajar. > eD Senggora

2009 jangan sampai 'OVERDOSE' akibat terlebih bahasa.

Sepanjang tahun 2008, beberapa peristiwa sudah kita lalui. Ada yang menyenangkan mahupun sebaliknya. Apa yang penting untuk tahun-tahun mendatang kita terus memperbaiki kelemahan dan kesilapan lampau. Jangan lalai oleh anasir PSIKO-SUBERSIF! yang menunggu di sudut-sudut kelelahan jiwa untuk menyerang hendap. Adakah sebetulnya Guerilla atau Gorilla yang menunggu masa untuk menyerang? "Tidak membenarkan yang salah tanpa kebencian?" kalau ada koma (,) selepas perkataan "salah" bukankah sebetulnya lebih ikhlas? Hah! kata-kata bisa saja diputar-belitkan oleh golongan yang merasakan diri mereka pandai berbahasa sehingga TERLEBIH BAHASA. Biasanya yang lebih-lebih tidak akan kekal kerana "OVERDOSE" pastinya membunuh diri. > eD Senggora