Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Yang Lama Tetap Sedia Berjasa

Buat kali keduanya setelah menolak skuter, kapcai 70 cc yang sudah lama tidak aku tunggangi terpaksa aku tolak untuk ke bengkel. Mungkin minggu ke-4 bulan Januari ini sudah ditakdirkan untuk aku menolak skuter dan motosikal agaknya. Sudah sekian lama juga aku tidak merasainya. Pada mulanya aku sangkakan kapcai itu tidak cukup minyak lalu aku pun menolaknya ke stesen SHELL yang jaraknya lebih kurang 1/2 kilometer dari rumah kedua ibubapaku. Sampai saja di stesen minyak, aku pun cuba mengepam tayar kapcai yang aku ingatkan kurang anginnya. Dalam keadaan hujan yang lebat, aku cuba untuk memasukkan angin ke dalam tayar. Namun usaha aku tidak berhasil. Aku mengambil keputusan untuk mengisi saja tangki minyak sehingga penuh lalu aku pun menolaknya ke bengkel. Nasib aku baik pada hari itu kerana menjumpai bengkel yang sanggup buka pada hari ke-4 Tahun baru Cina ini. Tanpa banyak soal, aku pun minta digantikan 'blaydar' depan dan belakang. Tak sampai 15 minit, kedua-dua 'blaydar

Aduh, sakit Skuterku : Sebuah keikhlasan yang ku kenang sepanjang hayat.

Ketika sedang menyelusuri jalan Tun Hj.Openg yang basah dengan skuterku, aku cuba memotong sebuah kenderaan pacuan 4 roda. Takkala skuterku baru saja melepasi setengah daripada bahagian kenderaan 4 roda itu, tiba-tiba kedengaran bunyi perut skuterku yang meragam. Secara automatik, aku terpaksa melupakan niat untuk pergi lebih jauh pada waktu itu. Aku pun berhenti di tepi jalan untuk memeriksa skuterku yang telah di serang penyakit. Sah, sakitnya pada salah satu urat nadi (belting) yang membuatkannya tidak dapat bergerak biar pun jantungnya masih dalam keadaan baik. Sememangnya kejadian itu berlaku berdekatan dengan hospital umum Sarawak, yang pasti penyakit skuterku tidak ada penawarnya di situ. Disebabkan doktor pakar skuterku, Dr. Meow namanya, masih berada di Kuala Lumpur dan klinik-klinik skuter masih tutup sempena Tahun Baru Cina, dalam keadaan hujan yang turun renyai-renyai, aku terpaksa membimbing skuterku sejauh lebih kurang 5 kilometer merentasi hospital, merentasi jalan-jalan

2009, SIFAR bakal mencipta sejarahnya lagi.

Alhamdulillah, setelah menjuarai FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2008, SIFAR bakal mementaskan TEATER PERDANA: 'Tukang Ensera'. Pementasan yang dijangkakan berlangsung pada 27 dan 28 Februari 2009 ini bakal memberi impak dan penambahan di atas keterbatasan di dalam pementasan untuk festival teater. Sama-samalah kita doakan agar produksi teater perdana ini dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Kuncinya: Belajar dan terus belajar.

Lama benar sudah tidak memberi khabar. Maaf kerana ada urusan peribadi yang hendak disiapkan. Hidup ini nyatanya cukup mencabar dan ianya sebagai pedoman untuk generasi akan datang khususnya buat anak-anak yang ku sayangi. Puas mencuba, nyatanya detik hatiku yang pertama sewaktu memikirkan apa yang akan aku kerjakan bila sudah tamat pengajian akedamik. "Aku tidak mahu makan gaji sepertimana lazimnya kedua orang tuaku." Bukan aku menyalahi mereka tapi aku ingin membuktikan bahawa generasi kita boleh hidup tanpa mengharapkan semata-mata upah dari majikan. Kenapa kita tidak boleh hidup sepertimana bangsa yang mencari makan dengan bekerja sendiri? Apakah kita ini hanya ditakdirkan untuk berkerja makan gaji dari majikan itu dan ini? Aku yakin pasti ada jalannya dan insyaALLAH, ianyanya semakin hampir. Moga-moga aku tidak diselubungi kesempitan lagi. Kuncinya, bak kata Pak Ungku Aziz : Belajar dan terus belajar. > eD Senggora

2009 jangan sampai 'OVERDOSE' akibat terlebih bahasa.

Sepanjang tahun 2008, beberapa peristiwa sudah kita lalui. Ada yang menyenangkan mahupun sebaliknya. Apa yang penting untuk tahun-tahun mendatang kita terus memperbaiki kelemahan dan kesilapan lampau. Jangan lalai oleh anasir PSIKO-SUBERSIF! yang menunggu di sudut-sudut kelelahan jiwa untuk menyerang hendap. Adakah sebetulnya Guerilla atau Gorilla yang menunggu masa untuk menyerang? "Tidak membenarkan yang salah tanpa kebencian?" kalau ada koma (,) selepas perkataan "salah" bukankah sebetulnya lebih ikhlas? Hah! kata-kata bisa saja diputar-belitkan oleh golongan yang merasakan diri mereka pandai berbahasa sehingga TERLEBIH BAHASA. Biasanya yang lebih-lebih tidak akan kekal kerana "OVERDOSE" pastinya membunuh diri. > eD Senggora