Skip to main content

Posts

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

Penghargaan dari SIFAR, kami akan terus 'Belayar!' demi Ibu Pertiwi.

SIFAR dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Putu Wijaya - penulis nashkah 'Lautan Bernyanyi', agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019. TERIMA KASIH Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak SK Matang Jaya Panel Juri FTM peringkat negeri Sarawak 2019 Para Media khususnya RTM, BERNAMA, UTUSAN SARAWAK, SARAWAKVOICE dan para media yang membuat liputan FTM peringkat negeri Sarawak 2019. Tetamu-tetamu kehormat, keluarga SIFAR, rakan-rakan serta khalayak kesenian. Semua yang baik adalah dari-Nya, yang sebaliknya adalah kelemahan kami.

PELAYARAN SIFAR 2019

Sudah terlalu lama menyepi di laman ini kerana dibuai media sosial facebook mahupun whatsapp . Sekadar untuk catatan sejarah buat kali ini, SIFAR muncul lagi dengan karya Putu Wijaya dengan judul LAUTAN BERNYANYI. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya datang lagi. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada saudara Anwar Pisang kerana telah memperkenalkan skrip gurunya itu. Mohon kebenaran dan sampaikan salam pada penulis untuk mementaskan nashkahnya. Semoga kita terus berkarya lagi & sentiasa dijalan yang diredhai-Nya. Aamiiin.

FTM 2014, SIFAR JUARA LAGI

Alhamdulillah, sejarah tercipta lagi SIFAR berjaya menjadi Johan Festival Teater Malaysia 2014 setelah enam tahun merangkul Johan pada FTM 2008. Kali ini dengan naskah bertajuk 'Penggali Intan' Karya Kirdjomulyo, Terjemahan & Adaptasi Anwar Mohamad Zulkifli, Arahan Abdillah Untong. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada SIFAR untuk melahirkan karya-karya yang terbaik di masa depan. Terima kasih kepada rakan-rakan seni yang sentiasa memberi sokongan selama ini. Syukur, sukses semua!!!

Terus Cekal Menghadapi Dugaan

Hidup untuk menghambakan diri pada-Nya. Masalah demi masalah yang datang, hadapi dengan tenang. Pasti ada penyelesaiannya. Moga-moga kita dapat menemukan penyelesaian yang terbaik. Jangan mudah mengalah. Jangan mudah mengeluh. Jangan mudah putus asa. Hadapi saja dengan waras dan tenang. Hadapi saja. Salam Ramadhan, bulan penuh barakah, bulan latihan & ujian. Semoga menjadi insan berjaya dunia & akhirat. In Shaa Allah.

Pertama Kali, Sekian Lama

Pertama kali ke daerah ini walaupun sudah sekian lama mengetahui kewujudannya. Hanya pernah ke Belaga suatu ketika dulu melalui jalan darat. Perasaan tenang melihat aliran sungai, membawa ingatan kembali ke masa lampau. Masa terlalu cepat berlalu. Perasaan rindu mudah berputik di saat-saat begini. Semoga kehadiran di sini antara kenangan terindah.

Maklumat lanjut aktiviti SIFAR

Boleh dilayari:

Menjelang Ramadhan 1435H

Telah hampir setahun lagi, sekian lama tiada disini, baru tersentak untuk menulis lagi. Begitu cepat masa berlalu. Semoga terus cekal menghadapi. Datang dan pergi silih berganti, harus terus mengalir dalam seni, selagi belum terhenti. Muhasabahlah diri, menjelang Ramadhan ini. : Kapit 12.40am.

Ramadhan Oh Ramadhan

9 Ramadhan 1434H, Alhamdulillah dah mula masuk pertengahan Ramadhan. Hati sedikit sayu bila mengenangkan yang Ramadhan semakin berlalu. Bulan yang penuh rahmat dari Illahi. Ayuh! kita teruskan & perbanyakan ibadah dibulan yang mulia ini. Semoga kita semua menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat. Allahu Akbar!

TIK TAK TIK TAK Masa BerdeTIK Mencari renTAK

  Tik Tak Tik Tak Tik Tak, saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, bulan demi bulan, sedar tak sedar, dah lebih setahun 'posting' terakhir dihantar. Walaupun kurang 'posting', masing-masing terus aktif dalam melangsungkan aktiviti seni. Walaupun kurang secara berkumpulan, namun aktiviti individu dalam kesenian tetap diteruskan. Ayuh! teruskan saja, teruskan saja.

11.01.2012

Masa berlalu semakin pantas, sedar-sedar sudah setahun berlalu. Masing-masing sibuk dengan tugas demi kelangsungan hidup. Agar hidup lebih bermakna dan memaknakan masa yang berlalu. 11.01.2012 Moga kembali cergas & cerdas berkarya untuk memurnikan kehidupan.

Al-Fatihah Buat Saudara Alik Hassan

Tanggal 8 Januari 2011, SIFAR telah kehilangan seseorang yang punya daya di dalam kerja seni. Seluruh kerabat SIFAR mengucapkan Takziah kepada Malek Hassan serta keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Tahniah! AKHIRNYA SEMANGAT BOLA KEMBALI MEMBARA : Ada apa sebaliknya?

29 Disember 2010, 90 + 4 Minit tambahan berlalu, sepanjang tempoh itu, ramai yang menunggu penuh debaran akan kejayaan penuh bermakna. Akhirnya kemenangan memihak kepada generasi baru bola sepak Malaysia. Apa yang nyata, rata-ratanya generasi baru punya daya untuk terus melakar kegemilangan. Itulah semangat yang patut kita pupukkan. Agar generasi baru terus produktif mencapai kecemerlangan. Tak kiralah apa bidangnya sekali pun. Yang penting golongan muda diberi peluang untuk terus berkembang. Yang lama, jadilah pembimbing kepada yang baru. Jangan asyik melayani persoalan-persoalan yang tiada penghujungnya. Ada mata, lihat. Ada akal, fikir. Ada kudrat, laksanakan saja. Kegemilangan berpasukan lebih manis dari kegemilangan diri.

Ayuh! Mari Membajai Fikiran

Melahirkan karya tidak semudah ucapan yang dilontarkan bila waktu duduk berbual sambil menikmati kopi. Idea mencurah-curah bagaikan siraman hujan yang tidak turun berbulan-bulan lamanya. Mungkin dapat difikirkan kaedah untuk memudah cara merealisasikan idea itu ke pentas. Yang utama, komitmen naluri secara kolektif perlu disuburkan untuk terus menghasilkan karya-karya bukan hanya menghiburkan malah punya kekuatan untuk membuka mata fikir sekeliling. Ayuh! sama-sama kita menbajai fikiran untuk terus berkarya!

Selesai...Yang Pasti, Tak Puas.

Malam ini telah berlangsungnya pementasan ke-2 untuk Teater Rosli Dhoby: Luka Darul Hana. Sememangnya aku rasakan pementasan kali ini agak menurun daripada aspek keseluruhannya. Namun dari sudut individu, beberapa pelakon merasakan sebaliknya. Entah ada sesuatu yang memangkinkan fikiran setelah selesai pementasan. Mungkin, ada sesuatu yang belum dapat aku selesaikan. Yang pasti, kepuasan dalam mengerjakan karya teater belum pernah aku temui, membuatkan aku ingin terus menghasilkan sesuatu yang lebih baik di masa depan. Kekuatan sesuatu karya datangnya dari kesatuan nurani produksi. Persamaan hari ini adalah cambahan dari pengalaman masa lalu dengan luahan nafas baru. Merujuk kepada aspek pembikinan set yang aku kendali, biarpun dikatakan sama namun hakikatnya tak serupa setelah menilai kewajaran kehendak pengarah, masa dan peruntukan. Tindakan ini adalah wajar bagiku daripada membiarkan pentas itu tanpa latar set atas alasan kekurangan pelakon, keterbatasan masa serta ketiadaan peru...

Hasrat, Kritikan & Karya di akhir 2010

5 Jun 2009, aku pernah menulis tentang hasrat untuk mementaskannya. Alhamdulillah tanggal 27 & 28 Disember 2010 telah merealisasikannya walaupun tidak mementaskannya bersama SIFAR. Hampir setahun lebih aku berehat dalam karya pementasan, entah secara tiba-tiba aku dihubungi untuk merekabentuk set untuk sebuah pementasan teater. Tanpa mengetahui topik pementasan, tanpa keberatan, aku menerima pelawaan itu. Rupa-rupanya pementasan itu ada kaitan dengan hasrat yang belum terlaksana. Dunia teater di Kuching sememangnya tidak pernah berubah dan perubahan ke arah positif dan lebih produktif itu hanya akan dapat dilakukan oleh individu-individu yang punya keikhlasan untuk terus mengalir dan berkarya. Kritikan amat perlu untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti namun hentaman emosi usah dilayan kerana hanya menghabiskan masa dan membantutkan akal untuk terus berkarya. Selamat menonton ROSLI DHOBY: LUKA DARUL HANA.

Setahun Sudah Berlalu.....

Hari berlalu bagaikan pecutan jentera F1 dilitar lumba. Setahun sudah tidak terasa lamanya. Ada perkara yang pantas berubah namun ada juga yang masih tetap tidak berubah malah terus tidak berganjak untuk berubah. Berubah ke arah yang lebih positif itu yang paling utama. Yang lama, ada yang mau berubah tapi ada yang merasakan dirinya berubah tapi masih juga ditakuk lama. Biarlah mereka itu melayan diri dalam keegoaan memakan diri, generasi baru harus berubah agar tidak terikut oleh generasi yang hanya merasakan diri mereka berubah tapi tak terubah. Menunggu masa menjadi fosil. Ayuh! generasi baru, terus subur berkarya!

SYAJAR – DARI NASKAH KE PENTAS Catatan Pengarah

Kejayaan Tukang Ensera menjadi johan Festival Teater Malaysia 2008 merupakan satu tanda aras dalam arkib SIFAR sejak penubuhannya pada Oktober 2006. Kejayaan itu merupakan satu permulaan yang cukup baik untuk sebuah persatuan seperti SIFAR. Lebih manis lagi SIFAR turut meraih lima anugerah individu dalam festival paling berprestij dalam dunia teater melayu Malaysia tersebut. Kejayaan adik Serivina, seorang anak yang baru bertatih dalam dunia teater meraih anugerah pelakon pembantu wanita terbaik adalah madu kepada kejayaan tersebut. Namun kemanisan itu hanyalah sejarah yang tidak menjanjikan apa-apa kejayaan pada masa akan datang. Sepertimana namanya, SIFAR tahu untuk ‘reset’ dan kembali semula kepada ‘nol’ dalam usaha untuk terus berjuang dalam dunia seni dengan mengimplementasikan kemurnian jiwa yang jitu. Justeru Festival Teater Malaysia 2009 peringkat negeri Sarawak menjadi satu medan tempur baru untuk SIFAR dalam usaha meneruskan perjuangannya. Teater berjudul Syajar karya Ismail...

FESTIVAL TEATER NEGERI SARAWAK 2009

Festival datang lagi. Nawaitu berbeza-beza. Kemenangan apa yang dicari? Berapa lama ianya akan kekal? Untuk Apa? Yang pasti, muncul SIFAR adalah untuk MEMAKNAKAN KATA-KATA. Bukannya untuk "mengada-ngada, mengena-ngena". eD Senggora