Skip to main content

Posts

PERIHAL PERSATUAN SENI PERSEMBAHAN SIFAR, KUCHING (SIFAR)

SIFAR ditubuhkan pada 26 November 2006 bagi merealisasikan kesinambungan perjuangan SEDAR dengan merubah beberapa perkara dalam pentadbirannya termasuklah visi dan misi yang dimurnikan mengikut masa sezaman. Moto SIFAR “Implementasi Kemurnian Jiwa” membawa erti keindahan seni yang akan menjurus ke arah murninya jiwa dengan aktiviti-aktiviti mendukung kemurnian serta kesejahteraan sosial setempat. DASAR Dasar SIFAR ialah untuk menyemarak suasana kesenian di Sarawak dengan matlamat untuk menjadikan seni persembahan sebagai sumber pembangunan moral dan mental generasi-generasi baru serta sebagai mata fikir masyarakat. ANGGOTA (AHLI) Terdiri dari aktivis-aktivis seni teater yang telah lama bergiat dan juga peminat seni teater yang baru. OBJEKTIF Menjadikan seni persembahan sebagai pergerakan sosio-budaya yang serius dan berorganisasi teratur. Mengembang dan memajukan seni persembahan tempatan. Menyemarakan dan memeriahkan aktiviti seni persembahan. Memperjuang dan mempertahankan hak-ha...

MUKADIMAH

Sepanjang dekad 90an SEDAR (nama asal kumpulan Teater sebelum ini) tumbuh dan berkembang dan mengalir sebagai daya yang punya pengaruh mencorakkan atmosfera teater di Sarawak. SEDAR nalar bersama ekspresi surealisme bilang tahun. Satu dekad yang lalu menyaksikan SEDAR mementaskan hampir 20 produksi yang jelas menggambarkan kesejatian SEDAR yang punya jerit yang bara. Kali terakhir SEDAR hadir dipentas dengan PEMBURU, sebuah DRAMA KARYA Wolf Mankowitz yang diadaptasi oleh Rendra, aktivis teater tersohor Indonesia. Kehidupan yang sentiasa menuntut kewajaran antara material dan spiritual telah mendewasakan dan menjadikan SEDAR lebih matang dan punya “world view” yang semakin luas. Terpanggil dengan keadaan itu, SEDAR beriltizam untuk terus mewarnai kanvas teater di Sarawak dengan warna SEDAR yang akan menggunakan nama baru bagi persatuannya yakni PERSATUAN SENI PERSEMBAHAN SIFAR, KUCHING yang hanya akan dikenali dengan nama SIFAR untuk produksinya. Warna yang segar dan dinamik. Dengan se...