Skip to main content

Posts

AWAS! BUKAN ZOMBI KAMPUNG PISANG.

Hidup ini sungguh indah bila kita memperolehi sesuatu yang kita inginkan. Alangkah lebih bermakna jika kita juga dapat berkongsi kebahagian itu dengan orang lain. Namun, ada juga individu mahupun golongan yang sedar tak sedar, hanya senang untuk mengecapinya sendiri mahupun kroninya sahaja. Sedih, sebab tak sedar-sedar oleh keegoaan mereka yang telah berkarat. Begitulah mereka, sememangnya mereka ini sudah dinampakkan oleh-NYA dengan merasa tersisih dan sengsara bila hanya membahagiakan diri sendiri.Hinggakan mereka hanya merasa masih bernyawa tapi hilang rasa hormat mahupun simpati pada orang lain kerana keadaan diri yang sudah bagaikan bangkai bernyawa. Bukan penagih dadah yang tegar saja yang menjadi ZOMBI tapi mereka-mereka yang berfikir dirinya tidak pernah salah pun sama juga layaknya semacam ZOMBI. Siapa yang suka memBANTAI orang lain sembarangan? Kalau tidak kerana OLAH mereka-mereka yang bersifat HIPOKRIT itu sendiri. Kesian. Bilakah semuanya akan lenyap? (Tulisan ini adalah ...

LEMBU TERCUCUK HIDUNGNYA SENDIRI?

Ramadhan telah berlalu, Syawal pun begitu, sudah lama juga blog ini tidak di UPDATE. Beberapa peristiwa mendapat perhatian bila menonton atau mendengar siaran berita di sepanjang bulan-bulan itu. Berita untuk perubahan, berita untuk peralihan, berita untuk masa depan katanya. Entah sampai bila semuanya akan selesai. Persoalannya, bukan tidak setuju maupun setuju terhadap sesuatu pandangan tetapi ada pihak yang seolah-olah dalam keadaan terdesak. Adakah satu pihak yang terdesak? atau kedua-duanya sekali? Rakyat? terdesak atau tersesak? Mana 'INHALER' nya? Dalam pada itu, ada yang memihak pada itu dan ini. Mereka yakin dengan memberi sokongan kepada yang terpilih atau yang ingin mengambil alih akan dapatlah keadaan hidup atau masa depan mereka diperbaiki. Kalau tidak diperbaiki pun, sekurang-kurang terjamin keselesaan mereka. Tak kiralah pada golongan yang memerintah atau bercita-cita untuk memerintah. Itu harapan mereka. Jangan nanti bila sudah tercapai hasrat, semuanya itu dil...

Mencincang erti KEINSAFAN?

Begitulah kehidupan kita sehari-hari, adakala terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan demi menampung keperluan hidup mahupun untuk kepuasan sendiri. Puas sendiri tidak apa asalkan tidak lalai dan tidak menghancurkan orang lain. Biar puas berkarya untuk memurnikan kehidupan asalkan jangan menghasilkan sesuatu yang memesongkan mata hati orang lain atas nama sahabat, seni mahupun entah apa alirannya. INSAF? Ya, acap kali di bulan Ramadhan, kita mulai memahami dan menghayati perkataan itu. Sebetulnya hasutan setan-setan telah terbelenggu di bulan yang mulia ini. Harapnya penghayatan Ramadhan dapat diteruskan di bulan-bulan yang lain. KONTEMPLASI? Menghasilkan sesuatu seharusnya punya kontemplasi. Agar kita dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk semua. Bukan sekadar melepaskan cakap atau memutar-belitkan kata-kata. Makhluk seumpama itu sememangnya pernahku jumpa. Mereka manis dengan kata-kata namun realitinya, pahit melebihi hempedu. Mereka sememangnya iri hati dengan apa yang dimiliki ...

Entah sampai bila...

Suatu pagi di bulan Ramadhan, aku mengemaskan almari buku. Terlihat album foto yang sudah lama tidak ku buka. Imbas kembali kenangan silam, sewaktu pertama kali mengikuti teater keliling. Ya, dalam hidup ini, yang banyak membawa aku ke tempat-tempat yang belum pernahku lihat adalah teater. Kalau tidak, sudah semestinya aku terperap di rumah mahupun di tempat kerja. Entah sampai bila punya kesempatan lagi untuk ke tempat orang kalau sudah tidak berteater lagi. Foto yang dirakam pada tahun 1994, mengimbau salah satu kenangan keliling tersebut. He,He,He...Betapa peritnya menghafal skrip di saat akhir (pyian), bila salah seorang pelakon tidak dapat meneruskan keliling. SAHABAT yang masih aktif berteater, cuma tinggal..? Al-Fatihah buat saudara Jumat Hassan. > eD Senggora

Selamat Beribadah & Beramal di bulan Ramadhan.

Ramadhan Al Mubarak menjelma kembali. Alhamdulillah kita sempat menemuinya sekali lagi di tahun 1429 Hijrah ini. Sama-samalah kita membersihkan diri dari kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Hayati detik-detik Ramadhan, agar kita terus berjaya dunia akhirat. Tingkatkan usaha ke arah kejayaan. Teruskan kemurnian seni dari-NYA. Selamat beribadah dan beramal di bulan Ramadhan. Semoga kita senantiasa diredhai-NYA. Amin Amin Ya Rabal Alamin.

MERDEKAkan diri dari hipokrit kesenian. MERDEKA!

Dengan penuh kesyukuran SIFAR mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51. Agar kemakmuran MALAYSIA dapat dikecapi bersama sampai bila-bila. Negara kita telah pun merdeka dan kita seharusnya memerdekakan diri dari sifat-sifat yang bisa merosakkan keharmonian negara malah keharmonian sesama penggiat seni. Merdekakan diri dari hipokrit kesenian. Usah habiskan masa dengan melayan provokasi dan polimik dari golongan yang bukan sejujurnya ber-'nawaitu' ke arah penyelesaian. Teruskan berkarya walau sekecil manapun. Kibarkan Jalur Gemilang bukan saja di halaman rumah tapi juga senantiasa di hati. Syukur, kita masih mampu berkarya di bumi damai dan merdeka. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Secara Rasminya HALAMANSIFAR dilancarkan.

Majlis kesyukuran SIFAR telah diadakan di hotel Grand Continental, Kuching pada malam 23 Ogos 2008. Majlis yang serba ringkas ini adalah sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan buat ahli keluarga produksi Tukang Ensera. Semestinya telah banyak pengorbanan masa dan keringat daripada individu serta keluarga sewaktu produksi ini berlangsung dalam tempoh hampir dua tahun. Terima Kasih yang tidak terhingga buat semuanya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh tetamu undangan, antaranya En. Ramli Ali serta isteri, En. Ahmad Badwi Narawi, Hj. Awang Bujang Awang Hamdan (A.B.Nor), En. Zainoren Jack, En. Tuah Matnor, En. Zaini Oje serta isteri dan tidak ketinggalan, Presiden MANTERA, Datu Dr Adi Badiozaman Tuah serta isteri beliau Yang Berhormat Datin Hajjah Fatimah Abdullah. Majlis juga dihadiri ibubapa dan saudara-mara ahli produksi SIFAR. Kehadiran para tetamu undangan kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga ianya dapat dijadikan peransang dan dorongan kepada generasi muda untuk terus berkarya...