Skip to main content

Posts

Mau ikut kata-kata BANGSA atau AGAMA?

Di suatu sudut kota, kedengaran ada individu yang meraung di dalam keadaan ketidakpuasan hati berkata: " Bangsa itu pendengki, bangsa itu iri hati", dan yang berkata itu bukan saja datangnya dari bangsa yang bertentangan malah kata-kata itu dilontarkan dari bangsanya sendiri mengambil kata-kata bangsa lain yang akhirnya seperti tindakan meludah ke langit. Lagaknya bagaikan seorang intelektual yang penuh ilmunya padahal hanya individu yang mengalami sindrom cetek-bual yang bersifat RACIST (cuba dinafikan). Bagi Hang Lapor (bukan nama sebenar), apa yang lebih penting dalam hal ini, kita sendiri perlu ingat, adakah kita sudah cukup bagus?, cukup hebat?, cukup sempurna? hinggakan tidak menyedari bahawa hati mereka sudah buta? Mau nasihatkan orang lain, padahal tindakan sendiri penuh topeng-topengan akibat hati yang sudah dan makin membuta itu. Apalah ertinya susunan kata-kata yang mereka saja rasakan menarik kalau pengisiannya entah ke mana? Ah! yang paling penting, kita JANGAN h...

"Macam tok ceritanya..., bukan giya bah...": SINDARELA (CINDERELLA) DI JULAU.

Sindarela, Oh Sindarela... itulah nasib Sindarela. Suatu kisah yang diadaptasikan dari cerita CINDERELLA yang telah sekian lama ditontoni mahupun didengari khususnya ketika zaman kanak-kanak. Itulah kisah yang dipentaskan oleh para peserta seni teater sempena penutupan program PRAKTIKUM SENI yang telah berlangsung di SMK JULAU, bahagian SARIKEI. PRAKTIKUM SENI yang diadakan mulai 10 hingga 14 November 2008 itu telah dihadiri seramai lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar SMK JULAU. Pementasan 'SINDARELA' yang disertai 13 orang peserta seni teater itu telah berjaya mendedahkan mereka tentang asas dan proses-proses dalam melakukan kerja teater. Sepertimana pada masa-masa yang lepas, para peserta sememangnya belum pernah mengenali teater. Rata-ratanya mereka ini berumur di antara 13 dan 14 tahun. Sepanjang bengkel dijalankan, mereka telah menunjukkan semangat serta komitmen yang baik walaupun dalam keadaan pengurusan (individu) yang tidak berapa teratur. Di akhi...

MA-ALA-AM sememangnya....."malaaaaam".

Seawalnya bila masuk ke Auditorium MPBL, saya terpandang pameran yang disediakan sebelum pementasan. Sebetulnya saya belum tahu tajuk cerita yang hendak dipentaskan pada malam itu. Apabila melihat pamerannya, barulah saya mengetahui apa tajuknya: MA ALA AM. Yang terlintas difikiran apabila membaca tajuk tersebut, ianya mungkin terhasil dari sebutan "MALAAAAAM......."yang kebiasaannya diucapkan oleh golongan tertentu ketika bergurau. Kalau dari tafsiran saya, lebih kurang bermaksud 'lambat ceritanya' begitu. Pementasan sempena Program Teater Berkala anjuran JKKNS pada malam 8 November 2008 itu merujuk kepada persoalan-persoalan dari bencana alam, masalah perparitan dan kecurian besi, masalah kebersihan, masalah sosial, masalah pencemaran bunyi, masalah dan masalah yang seterusnya hinggakan bermasalah bagi penonton untuk memberi tumpuan. Sememangnya terdapat isu-isu yang cuba ditimbulkan, namun penghuraian kepada sesuatu isu itu amat singkat dan kurang sekali. Adakalany...

AWAS! BUKAN ZOMBI KAMPUNG PISANG.

Hidup ini sungguh indah bila kita memperolehi sesuatu yang kita inginkan. Alangkah lebih bermakna jika kita juga dapat berkongsi kebahagian itu dengan orang lain. Namun, ada juga individu mahupun golongan yang sedar tak sedar, hanya senang untuk mengecapinya sendiri mahupun kroninya sahaja. Sedih, sebab tak sedar-sedar oleh keegoaan mereka yang telah berkarat. Begitulah mereka, sememangnya mereka ini sudah dinampakkan oleh-NYA dengan merasa tersisih dan sengsara bila hanya membahagiakan diri sendiri.Hinggakan mereka hanya merasa masih bernyawa tapi hilang rasa hormat mahupun simpati pada orang lain kerana keadaan diri yang sudah bagaikan bangkai bernyawa. Bukan penagih dadah yang tegar saja yang menjadi ZOMBI tapi mereka-mereka yang berfikir dirinya tidak pernah salah pun sama juga layaknya semacam ZOMBI. Siapa yang suka memBANTAI orang lain sembarangan? Kalau tidak kerana OLAH mereka-mereka yang bersifat HIPOKRIT itu sendiri. Kesian. Bilakah semuanya akan lenyap? (Tulisan ini adalah ...

LEMBU TERCUCUK HIDUNGNYA SENDIRI?

Ramadhan telah berlalu, Syawal pun begitu, sudah lama juga blog ini tidak di UPDATE. Beberapa peristiwa mendapat perhatian bila menonton atau mendengar siaran berita di sepanjang bulan-bulan itu. Berita untuk perubahan, berita untuk peralihan, berita untuk masa depan katanya. Entah sampai bila semuanya akan selesai. Persoalannya, bukan tidak setuju maupun setuju terhadap sesuatu pandangan tetapi ada pihak yang seolah-olah dalam keadaan terdesak. Adakah satu pihak yang terdesak? atau kedua-duanya sekali? Rakyat? terdesak atau tersesak? Mana 'INHALER' nya? Dalam pada itu, ada yang memihak pada itu dan ini. Mereka yakin dengan memberi sokongan kepada yang terpilih atau yang ingin mengambil alih akan dapatlah keadaan hidup atau masa depan mereka diperbaiki. Kalau tidak diperbaiki pun, sekurang-kurang terjamin keselesaan mereka. Tak kiralah pada golongan yang memerintah atau bercita-cita untuk memerintah. Itu harapan mereka. Jangan nanti bila sudah tercapai hasrat, semuanya itu dil...

Mencincang erti KEINSAFAN?

Begitulah kehidupan kita sehari-hari, adakala terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan demi menampung keperluan hidup mahupun untuk kepuasan sendiri. Puas sendiri tidak apa asalkan tidak lalai dan tidak menghancurkan orang lain. Biar puas berkarya untuk memurnikan kehidupan asalkan jangan menghasilkan sesuatu yang memesongkan mata hati orang lain atas nama sahabat, seni mahupun entah apa alirannya. INSAF? Ya, acap kali di bulan Ramadhan, kita mulai memahami dan menghayati perkataan itu. Sebetulnya hasutan setan-setan telah terbelenggu di bulan yang mulia ini. Harapnya penghayatan Ramadhan dapat diteruskan di bulan-bulan yang lain. KONTEMPLASI? Menghasilkan sesuatu seharusnya punya kontemplasi. Agar kita dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk semua. Bukan sekadar melepaskan cakap atau memutar-belitkan kata-kata. Makhluk seumpama itu sememangnya pernahku jumpa. Mereka manis dengan kata-kata namun realitinya, pahit melebihi hempedu. Mereka sememangnya iri hati dengan apa yang dimiliki ...

Entah sampai bila...

Suatu pagi di bulan Ramadhan, aku mengemaskan almari buku. Terlihat album foto yang sudah lama tidak ku buka. Imbas kembali kenangan silam, sewaktu pertama kali mengikuti teater keliling. Ya, dalam hidup ini, yang banyak membawa aku ke tempat-tempat yang belum pernahku lihat adalah teater. Kalau tidak, sudah semestinya aku terperap di rumah mahupun di tempat kerja. Entah sampai bila punya kesempatan lagi untuk ke tempat orang kalau sudah tidak berteater lagi. Foto yang dirakam pada tahun 1994, mengimbau salah satu kenangan keliling tersebut. He,He,He...Betapa peritnya menghafal skrip di saat akhir (pyian), bila salah seorang pelakon tidak dapat meneruskan keliling. SAHABAT yang masih aktif berteater, cuma tinggal..? Al-Fatihah buat saudara Jumat Hassan. > eD Senggora