Skip to main content

Posts

Jelajahan Ruang Maya

Dalam mencari sesuatu untuk kehidupan. Aku menjelajah lagi di Angkasa Maya. Sesuatu yang tersembunyi Pasti menyimpan jutaan makna. Carilah sebanyak mungkin Ilmu yang ada Gunakanlah ruang-ruang paparan di depan mata Macam-macam pasti ada owezsearch.com ruang carian milikku yang pertama. Tak percaya? layarilah dulu owezsearch.com selamilah kemunculannya jelajahan ruang maya carilah apa saja owezsearch.com mencari dan terus mencari untuk sesuatu yang pasti berharga!!! (Jangan lupa, "Bookmark"-kan ruang carian ini.) > eD Senggora

Ruang Rezeki & Karya Kini Di Tapak Tanganku

Bagaikan cerita dogeng, kita sebenarnya mampu mencari dan mengolah rezeki walaupun di mana-mana biarpun di tapak tangan. Cuma keberjayaannya itu datangnya dari dalam diri dan disiplin untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan. Dalam zaman teknologi ini terhasilnya gajet-gajet yang canggih. Walaupun begitu, kecanggihan itu terasa berkembang dengan amat pantas hinggakan kita kadangkalanya ketinggalan. Bukan saja gajet-gajet sudah semakin canggih malah cara kerja kita perlu selari dengan kecanggihan itu. Kehadiran gajet-gajet ini bukan sekadar menjadi permainan mahupun hiasan semata-mata. Harus dimanfaatkan semaksima yang mungkin. Dalam menyelami kepesatan arus teknologi di zaman ini, aku teruskan kembara ruang karya dan rezeki di tapak tanganku. > eD Senggora

Bosan-Sepi-Manis

Adakalanya kita terasa bosan. Bosan dalam kesepian. Tapi adakalanya sepi itu manis untuk dihayati. Ada ruang untuk renungan. Renungan terhadap diri tentang kehidupan. Merasa bahagia itu indah dan semua yang normal inginkan kebahagian. Tak kiralah bahagia itu untuk apa asalkan kebahagian diri tidak merosak orang lain. Membahagiakan orang lain semestinya memurnikan lagi kehidupan ini. Entah spesis mana yang kerjanya tak sudah-sudah menimbulkan sengketa atas nama keintelektualan. Padahal yang asas-asasnya tidak dipelihara dengan ikhlas dan jujur. Hidup penuh dengan keinginan yang membuak-buak bersembunyi dalam anyaman kata-kata dan ayat-ayat simbolik. Sampai ketikanya, berlagak seolah-olah semacam ahli filsafat dengan menggunakan khalimah-khalimah-NYA. Menyelusuri jalan-jalan sufi tanpa asas-asas yang kukuh pasti mengundang kesesatan. Kesesatan yang tidak diketahui oleh diri mereka kerana dicengkam oleh nafsu dan keegoaan. Mudah mengatakan orang lain itu sesat padahal yang dirinya itu bel...

Detik...Tampil (2009)

Detiknya telah bermula Karya pasti tampil Bukan untuk saja-saja Bukan untuk biasa-biasa Namun masih tetap ingat, Semuanya itu Anugerah Yang ESA Bukan untuk suka-suka Bukan untuk pura-pura > eD Senggora 050409

InsyaAllah, Masanya Pasti Menyusul

"Bukan semua orang Melayu boleh dibuat macam sapi!" -Rosli Dhoby Syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberi ilham untuk produksi-produksi seterusnya. Dengan rasa hormat dan rendah diri, SIFAR mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada saudara Abg.Saifuddin Abg.Bohari kerana telah memberi kepercayaan kepada SIFAR untuk mengangkat novel beliau, Rosli Dhoby Rukun Berdarah ke pentas teater. InsyaALLAH, tugas yang mencabar ini akan kami galas dan realisasikan nanti. Moga-moga segalanya berjalan lancar. Amin. Sinopsis Cerita ini diolah berdasarkan kisah benar pejuang kemerdekaan di Sibu, Sarawak. Beliau adalah Rosli Dhoby. Semuanya bermula apabila Sarawak diserahkan kepada kerajaan Inggeris sebagai ‘Jajahan Mahkota’ pada 1 Julai 1946. Rakyat Sarawak bangun menentang sehingga lahirnya gerakan anti-cession. Rukun Tiga Belas ditubuhkan secara rahsia dengan diketuai oleh Awang Rambli. Matlamat utama Rukun Tiga Belas adalah mencapai kemerdekaan dengan cara agresif memandangkan se...

Sedang aku ronda...

Semalam aku meronda di Bandaraya Kuching. Entah tiba-tiba difikiran, terlintas untuk membeli ‘whistle’. Aku pun pergi ke Kedai Robinson di hadapan balai polis central. Sampai di kedai, aku pun mencari ‘whistle’ yang aku inginkan. Dalam pencarian itu, mata aku terlihat kasut-kasut yang dijual dengan harga diskaun. Aku membelek-belek kasut-kasut tersebut. Hendak aku beli waktu itu, duit tak cukup. Jadi aku pun pergi ke mesin wang CIMB yang berdekatan. Dalam mundar-mandir sambil menunggu pengeluar-pengeluar wang yang tak putus-putus, aku terlihat seseorang yang sememangnya aku kenal. Agak lama juga aku tidak berhubung dengannya. Saudara Jamshari Saili, seorang yang pernah memangkinkan aku dalam dunia teater. Khabarnya baik dan dia meminta aku mengirim salam pada rakan-rakan yang kenal padanya. Di sini aku pun menyampaikannya “Ooo…balan kaban adik kakak apai indai akik…..saudara Jamshari Saili kirim salam pada semua!!!” hehehe… Aku pun berbual dengannya di kaki lima berdekatan bilik mesin ...

Lamunan Si Pemotong Rumput

Di suatu persimpangan lampu isyarat, di tengah kota, kelihatan si pemotong rumput duduk keletihan. Sambil meneguk air dari tabungan, ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Terlintas di fikiran, kejayaan hari ini bukanlah jaminan untuk kegemilangan selamanya. Setidak-tidaknya ia adalah pendorong untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk semua di masa depan. Bukannya semata-mata untuk pernyataan diri atau golongan yang mengaku berbakat besar, teristimewa mahu pun bertuah kerana semuanya itu datangnya dari-NYA. AWAS! bila nanti, hati sudah menyatakan yang semuanya itu adalah hasil usaha diri dan miliknya saja, itu adalah ia dan ia adalah itu, penghujungnya...tetap sepi, dan sepi itu adalah sesepi-sepinya. Hanya mahu berbangga dengan kejayaan yang mereka perolehi tapi susah untuk berkongsi kebanggaan yang dikecapi orang lain. Padahal yang dibanggakan itu...kalau diamati terhadap penerimaan dan pandangan masyarakat, halatujunya entah ke mana. Bila merasakan diri tidak dihargai, mulalah ...