Skip to main content

Posts

Mana Seninya?

Setiap kali sesuatu yang indah itu ada seninya. Kesenian yang indah lahir dari olahan pengiat seni yang telah dianugerah-NYA bakat dan kemampuan. Saban waktu kita terserempak dengan golongan-golongan yang mengaku tahu istilah seni namun buta pada pengertian dan pelaksanaannya. Mereka saja berlagak pandai namun lagak itu tak ubah seperti seekor kera yang 'Bodoh sombong'. Kalau pun kita tidak bersetuju terhadap karya orang lain sepatutnya ia disusuli dengan kritikan yang membina bukannya dengan pandangan sinis mahupun cemuhan di belakang. Bagi diriku, nyatanya golongan ini bukan saja 'kosong' akan pengertian seni itu malah tidak pernah menghargai seni itu sendiri. Mereka hanya topengan seni yang menjadi virus kesenian yang seterusnya menjahanamkan masa depan generasi baru yang sebetulnya mahu mengenali dan mendalami bidang kesenian. Siapa musuh seni itu? Siapa yang menjahanamkan Seni itu? Tidak lain dan tidak bukan, golongan yang mengaku pandai dan MENGAJAR seni itu sendi...

Sajak Terakhir W.S. Rendra

Dalam mencari berita di internet, aku terjumpa sebuah laman blog yang memaparkan sajak terakhir W.S Rendra: WS Rendra -- last poem God, I Love You': WS Rendra's Last Poem Six days before he died, WS Rendra wrote a poem from his hospital bed. In the untitled poem, Rendra expressed his love to God. The handwritten poem was shown at his house in Depok on Friday. I am weak But not helpless I am not complaining about the pain or the itch I want to drink tajin [rice water residue] I never have difficulty breathing but my physique is not satisfactory to have a normal and ideal position I want to cleanse my body from chemical poison I want to return to nature's way I want to improve my dedication to Allah God, I love you Rendra 31 July 2009 Mitra Keluarga Hospital

W.S. Rendra : Perginya Penyair Tersohor

Baru semalam saudara Tuah mengkhabarkan tentang kesihatan penyair tersohor W.S. Rendra yang semakin uzur. Pagi ini aku tersentak oleh khabar yang dipaparkan di Berita Harian Online tentang pemergiannya ke Rahmatullah. Sememangnya pemergian W.S. Rendra aku rasai kerana karya-karyanya mendedahkan aku tentang dunia teater dan kehidupan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah. Berikut petikan beritanya: Penyair terkemuka WS Rendra meninggal duni a JAKARTA: Budayawan dan penyair terkemuka Indonesia W.S Rendra, yang juga mempunyai banyak peminat di Malaysia, meninggal dunia di sebuah hospital di sini malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung. Media massa tempatan melaporkan Rendra, 74, yang juga dikenali "Si Burung Merak" meninggal dunia jam 10.15 malam tadi, dan meninggalkan 11 orang anak daripada tiga orang isteri, yang mana dua daripadanya sudah diceraikan. Setelah memeluk Islam pada Ogos 1970 ketika menikahi isteri keduanya, Si...

Kejayaan sebenarnya.....

Kejayaan yang telah dikecapi tidak menjamin kejayaan di masa depan kalau kita tidak mendalami makna kejayaan sebelumnya. Menuju kejayaan masa depan bukanlah sukar jika kita punya pengertian yang mendalam tentang kejayaan yang sebenarnya. Dan, KESATUAN itu amat penting dalam memangkinkan proses penghasilan sesebuah karya. Bukan hanya sekadar ucapan atau ghairah yang melulu. > eD Senggora

Kan, dah terjadi...Bikin susah orang 'sajer'.

Terkawal terkawal terkawal. Hari ini media negara kita telah melaporkan kes penularan wabak H1N1 tempatan pertama yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan. "Salah satu dari kes yang disahkan positif Influenza A (H1N1) adalah kes penularan tempatan yang pertama berlaku di negara ini," begitulah kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Siapa yang menyebarkannya?. Ada yang sembunyi-sembunyi dan akhir rakyat negara kita yang tak pernah jejak tanah luar negara pun dah jadi mangsanya jugak. Suruh lapor diri pun susah . Akhirnya menyusahkan orang lain. Kalau dah tak nak bagi kerjasama dan tak nak bertanggungjawab, usah 'gago-gago' pergi balik luar negara. Ceh! Sendiri mati baru raser. Bikin susah orang sajer . Tapi 'takper'. Cara ini mungkin boleh bantu juger . Klik sini. Hehehe.... > eD Senggora

Oh Bulan...Dan sebenarnya.....

Semalam aku menonton Discovery Channel . Kisahnya tentang pembangunan roket untuk ke angkasa lepas. Tetiba saja aku teringatkan kontroversi tentang pendaratan angkasawan AS di bulan. Betul ker ? Atau sebenarnya selama ini manusia di seluruh dunia telah berjaya dibohongi oleh AS? Dan sekiranya pembohongan itu benar, adakah ianya akan di terima begitu saja oleh generasi-generasi akan datang sebagai fakta perkembangan teknologi special effect atau fakta tektikal perang saraf yang ketika itu digunakan oleh AS untuk menyaingi Russia? Berikut adalah tulisan yang aku dapat di internet tentang isu tersebut: Amerika dituduh reka cerita penjelajahan Neil Armstrong: Kontroversi pendaratan angkasawan AS di bulan SEJAK 33 tahun lalu, tidak ramai penduduk dunia mempersoalkan dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa angkasawannya telah berjaya menjejak kaki ke bulan. Dari sekolah sehinggalah ke universiti, sama ada pelajar, guru mahupun pensyarah, semuanya percaya kepada hakikat itu tanpa perbahasan. Am...

'Pandemic' Jangan Panik. Agik Aso...

Terkini-11 Jun 2009 Wabak H1N1 telah ke tahap bahaya. "Pandemic' kata WHO. Lebih 70 buah negara telah dijangkitinya. Dulu spesis burung tak kira yang hidup mahupun mati dilupuskan. Kini babi, senyap jer. Tak dilupus-lupus pun. Mungkin babi tak mati macam spesis burung barangkali. Kalau babi banyak mati, baru-lah spesis babi hidup itu dilupuskan. Babi belum mati, manusia sudah mati. Kesian-kesian... > eD Senggora