Skip to main content

Posts

Tahniah! AKHIRNYA SEMANGAT BOLA KEMBALI MEMBARA : Ada apa sebaliknya?

29 Disember 2010, 90 + 4 Minit tambahan berlalu, sepanjang tempoh itu, ramai yang menunggu penuh debaran akan kejayaan penuh bermakna. Akhirnya kemenangan memihak kepada generasi baru bola sepak Malaysia. Apa yang nyata, rata-ratanya generasi baru punya daya untuk terus melakar kegemilangan. Itulah semangat yang patut kita pupukkan. Agar generasi baru terus produktif mencapai kecemerlangan. Tak kiralah apa bidangnya sekali pun. Yang penting golongan muda diberi peluang untuk terus berkembang. Yang lama, jadilah pembimbing kepada yang baru. Jangan asyik melayani persoalan-persoalan yang tiada penghujungnya. Ada mata, lihat. Ada akal, fikir. Ada kudrat, laksanakan saja. Kegemilangan berpasukan lebih manis dari kegemilangan diri.

Ayuh! Mari Membajai Fikiran

Melahirkan karya tidak semudah ucapan yang dilontarkan bila waktu duduk berbual sambil menikmati kopi. Idea mencurah-curah bagaikan siraman hujan yang tidak turun berbulan-bulan lamanya. Mungkin dapat difikirkan kaedah untuk memudah cara merealisasikan idea itu ke pentas. Yang utama, komitmen naluri secara kolektif perlu disuburkan untuk terus menghasilkan karya-karya bukan hanya menghiburkan malah punya kekuatan untuk membuka mata fikir sekeliling. Ayuh! sama-sama kita menbajai fikiran untuk terus berkarya!

Selesai...Yang Pasti, Tak Puas.

Malam ini telah berlangsungnya pementasan ke-2 untuk Teater Rosli Dhoby: Luka Darul Hana. Sememangnya aku rasakan pementasan kali ini agak menurun daripada aspek keseluruhannya. Namun dari sudut individu, beberapa pelakon merasakan sebaliknya. Entah ada sesuatu yang memangkinkan fikiran setelah selesai pementasan. Mungkin, ada sesuatu yang belum dapat aku selesaikan. Yang pasti, kepuasan dalam mengerjakan karya teater belum pernah aku temui, membuatkan aku ingin terus menghasilkan sesuatu yang lebih baik di masa depan. Kekuatan sesuatu karya datangnya dari kesatuan nurani produksi. Persamaan hari ini adalah cambahan dari pengalaman masa lalu dengan luahan nafas baru. Merujuk kepada aspek pembikinan set yang aku kendali, biarpun dikatakan sama namun hakikatnya tak serupa setelah menilai kewajaran kehendak pengarah, masa dan peruntukan. Tindakan ini adalah wajar bagiku daripada membiarkan pentas itu tanpa latar set atas alasan kekurangan pelakon, keterbatasan masa serta ketiadaan peru...

Hasrat, Kritikan & Karya di akhir 2010

5 Jun 2009, aku pernah menulis tentang hasrat untuk mementaskannya. Alhamdulillah tanggal 27 & 28 Disember 2010 telah merealisasikannya walaupun tidak mementaskannya bersama SIFAR. Hampir setahun lebih aku berehat dalam karya pementasan, entah secara tiba-tiba aku dihubungi untuk merekabentuk set untuk sebuah pementasan teater. Tanpa mengetahui topik pementasan, tanpa keberatan, aku menerima pelawaan itu. Rupa-rupanya pementasan itu ada kaitan dengan hasrat yang belum terlaksana. Dunia teater di Kuching sememangnya tidak pernah berubah dan perubahan ke arah positif dan lebih produktif itu hanya akan dapat dilakukan oleh individu-individu yang punya keikhlasan untuk terus mengalir dan berkarya. Kritikan amat perlu untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti namun hentaman emosi usah dilayan kerana hanya menghabiskan masa dan membantutkan akal untuk terus berkarya. Selamat menonton ROSLI DHOBY: LUKA DARUL HANA.

Setahun Sudah Berlalu.....

Hari berlalu bagaikan pecutan jentera F1 dilitar lumba. Setahun sudah tidak terasa lamanya. Ada perkara yang pantas berubah namun ada juga yang masih tetap tidak berubah malah terus tidak berganjak untuk berubah. Berubah ke arah yang lebih positif itu yang paling utama. Yang lama, ada yang mau berubah tapi ada yang merasakan dirinya berubah tapi masih juga ditakuk lama. Biarlah mereka itu melayan diri dalam keegoaan memakan diri, generasi baru harus berubah agar tidak terikut oleh generasi yang hanya merasakan diri mereka berubah tapi tak terubah. Menunggu masa menjadi fosil. Ayuh! generasi baru, terus subur berkarya!

SYAJAR – DARI NASKAH KE PENTAS Catatan Pengarah

Kejayaan Tukang Ensera menjadi johan Festival Teater Malaysia 2008 merupakan satu tanda aras dalam arkib SIFAR sejak penubuhannya pada Oktober 2006. Kejayaan itu merupakan satu permulaan yang cukup baik untuk sebuah persatuan seperti SIFAR. Lebih manis lagi SIFAR turut meraih lima anugerah individu dalam festival paling berprestij dalam dunia teater melayu Malaysia tersebut. Kejayaan adik Serivina, seorang anak yang baru bertatih dalam dunia teater meraih anugerah pelakon pembantu wanita terbaik adalah madu kepada kejayaan tersebut. Namun kemanisan itu hanyalah sejarah yang tidak menjanjikan apa-apa kejayaan pada masa akan datang. Sepertimana namanya, SIFAR tahu untuk ‘reset’ dan kembali semula kepada ‘nol’ dalam usaha untuk terus berjuang dalam dunia seni dengan mengimplementasikan kemurnian jiwa yang jitu. Justeru Festival Teater Malaysia 2009 peringkat negeri Sarawak menjadi satu medan tempur baru untuk SIFAR dalam usaha meneruskan perjuangannya. Teater berjudul Syajar karya Ismail...

FESTIVAL TEATER NEGERI SARAWAK 2009

Festival datang lagi. Nawaitu berbeza-beza. Kemenangan apa yang dicari? Berapa lama ianya akan kekal? Untuk Apa? Yang pasti, muncul SIFAR adalah untuk MEMAKNAKAN KATA-KATA. Bukannya untuk "mengada-ngada, mengena-ngena". eD Senggora