Skip to main content

Posts

Ramadhan Oh Ramadhan

9 Ramadhan 1434H, Alhamdulillah dah mula masuk pertengahan Ramadhan. Hati sedikit sayu bila mengenangkan yang Ramadhan semakin berlalu. Bulan yang penuh rahmat dari Illahi. Ayuh! kita teruskan & perbanyakan ibadah dibulan yang mulia ini. Semoga kita semua menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat. Allahu Akbar!

TIK TAK TIK TAK Masa BerdeTIK Mencari renTAK

  Tik Tak Tik Tak Tik Tak, saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, bulan demi bulan, sedar tak sedar, dah lebih setahun 'posting' terakhir dihantar. Walaupun kurang 'posting', masing-masing terus aktif dalam melangsungkan aktiviti seni. Walaupun kurang secara berkumpulan, namun aktiviti individu dalam kesenian tetap diteruskan. Ayuh! teruskan saja, teruskan saja.

11.01.2012

Masa berlalu semakin pantas, sedar-sedar sudah setahun berlalu. Masing-masing sibuk dengan tugas demi kelangsungan hidup. Agar hidup lebih bermakna dan memaknakan masa yang berlalu. 11.01.2012 Moga kembali cergas & cerdas berkarya untuk memurnikan kehidupan.

Al-Fatihah Buat Saudara Alik Hassan

Tanggal 8 Januari 2011, SIFAR telah kehilangan seseorang yang punya daya di dalam kerja seni. Seluruh kerabat SIFAR mengucapkan Takziah kepada Malek Hassan serta keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Tahniah! AKHIRNYA SEMANGAT BOLA KEMBALI MEMBARA : Ada apa sebaliknya?

29 Disember 2010, 90 + 4 Minit tambahan berlalu, sepanjang tempoh itu, ramai yang menunggu penuh debaran akan kejayaan penuh bermakna. Akhirnya kemenangan memihak kepada generasi baru bola sepak Malaysia. Apa yang nyata, rata-ratanya generasi baru punya daya untuk terus melakar kegemilangan. Itulah semangat yang patut kita pupukkan. Agar generasi baru terus produktif mencapai kecemerlangan. Tak kiralah apa bidangnya sekali pun. Yang penting golongan muda diberi peluang untuk terus berkembang. Yang lama, jadilah pembimbing kepada yang baru. Jangan asyik melayani persoalan-persoalan yang tiada penghujungnya. Ada mata, lihat. Ada akal, fikir. Ada kudrat, laksanakan saja. Kegemilangan berpasukan lebih manis dari kegemilangan diri.

Ayuh! Mari Membajai Fikiran

Melahirkan karya tidak semudah ucapan yang dilontarkan bila waktu duduk berbual sambil menikmati kopi. Idea mencurah-curah bagaikan siraman hujan yang tidak turun berbulan-bulan lamanya. Mungkin dapat difikirkan kaedah untuk memudah cara merealisasikan idea itu ke pentas. Yang utama, komitmen naluri secara kolektif perlu disuburkan untuk terus menghasilkan karya-karya bukan hanya menghiburkan malah punya kekuatan untuk membuka mata fikir sekeliling. Ayuh! sama-sama kita menbajai fikiran untuk terus berkarya!

Selesai...Yang Pasti, Tak Puas.

Malam ini telah berlangsungnya pementasan ke-2 untuk Teater Rosli Dhoby: Luka Darul Hana. Sememangnya aku rasakan pementasan kali ini agak menurun daripada aspek keseluruhannya. Namun dari sudut individu, beberapa pelakon merasakan sebaliknya. Entah ada sesuatu yang memangkinkan fikiran setelah selesai pementasan. Mungkin, ada sesuatu yang belum dapat aku selesaikan. Yang pasti, kepuasan dalam mengerjakan karya teater belum pernah aku temui, membuatkan aku ingin terus menghasilkan sesuatu yang lebih baik di masa depan. Kekuatan sesuatu karya datangnya dari kesatuan nurani produksi. Persamaan hari ini adalah cambahan dari pengalaman masa lalu dengan luahan nafas baru. Merujuk kepada aspek pembikinan set yang aku kendali, biarpun dikatakan sama namun hakikatnya tak serupa setelah menilai kewajaran kehendak pengarah, masa dan peruntukan. Tindakan ini adalah wajar bagiku daripada membiarkan pentas itu tanpa latar set atas alasan kekurangan pelakon, keterbatasan masa serta ketiadaan peru...