Skip to main content

Mencincang erti KEINSAFAN?


Begitulah kehidupan kita sehari-hari, adakala terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan demi menampung keperluan hidup mahupun untuk kepuasan sendiri. Puas sendiri tidak apa asalkan tidak lalai dan tidak menghancurkan orang lain. Biar puas berkarya untuk memurnikan kehidupan asalkan jangan menghasilkan sesuatu yang memesongkan mata hati orang lain atas nama sahabat, seni mahupun entah apa alirannya. INSAF? Ya, acap kali di bulan Ramadhan, kita mulai memahami dan menghayati perkataan itu. Sebetulnya hasutan setan-setan telah terbelenggu di bulan yang mulia ini. Harapnya penghayatan Ramadhan dapat diteruskan di bulan-bulan yang lain.

KONTEMPLASI? Menghasilkan sesuatu seharusnya punya kontemplasi. Agar kita dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk semua. Bukan sekadar melepaskan cakap atau memutar-belitkan kata-kata. Makhluk seumpama itu sememangnya pernahku jumpa. Mereka manis dengan kata-kata namun realitinya, pahit melebihi hempedu. Mereka sememangnya iri hati dengan apa yang dimiliki orang lain, apa lagi untuk menghargainya. Malah mereka cuma mempergunakan seseorang itu tanpa mereka sedari. Tiada kejujuran, tiada keikhlasan, yang ada cuma topengan-topengan dan lakonan-lakonan bila musibah melanda.

Kalau tidak dilanda musibah pun, mungkin kegagalan atau kekecewaan terhadap sesuatu atau orang lain, yang mendorong seseorang itu untuk melepaskannya dalam bentuk kata-kata mahupun tulisan. Jikalau kekecewaan diatas kegagalan yang dihadapi itu ditanggapi dengan azam dan usaha untuk menghasilkan yang sesuatu yang baik tanpa memudaratkan orang lain, semestinya memberi faedah untuk semua. Jangan sampai nanti, bila GAGAL MERAIH atau mendapatkan sesuatu, ada yang MULA menyalahkan orang lain dan bercakap ITU dan INI, bincang sana, bincang sini tanpa disedari mencincang erti KEINSAFAN yang terpancar di bulan Ramadhan. RENUNGILAH DIRI SEDALAM-DALAMNYA. Jangan hanya menunding jari atau meng-KAMBING HITAM-kan orang lain atas alasan untuk melakukan perubahan. BERUBAH? Tidak salah untuk berubah, asalkan sesuatu perubahan itu bukan untuk kepentingan peribadi dan tidak mengorbankan orang lain. Jangan hanya pandai melafaskan skrip untuk memohon maaf pada setiap tahun di pagi syawal semata-mata untuk menunjukkan diri itu dijalan yang benar dan telah berubah. Sesuatu kebenaran itu akan terpancar dengan adanya KEIKHLASAN yang sebetulnya. Hanya ALLAH yang tahu. Selamat beramal dan melakukan ibadah puasa. > eD Senggora

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

Penghargaan dari SIFAR, kami akan terus 'Belayar!' demi Ibu Pertiwi.

SIFAR dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Putu Wijaya - penulis nashkah 'Lautan Bernyanyi', agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019. TERIMA KASIH Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak SK Matang Jaya Panel Juri FTM peringkat negeri Sarawak 2019 Para Media khususnya RTM, BERNAMA, UTUSAN SARAWAK, SARAWAKVOICE dan para media yang membuat liputan FTM peringkat negeri Sarawak 2019. Tetamu-tetamu kehormat, keluarga SIFAR, rakan-rakan serta khalayak kesenian. Semua yang baik adalah dari-Nya, yang sebaliknya adalah kelemahan kami.