Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2008

Entah sampai bila...

Suatu pagi di bulan Ramadhan, aku mengemaskan almari buku. Terlihat album foto yang sudah lama tidak ku buka. Imbas kembali kenangan silam, sewaktu pertama kali mengikuti teater keliling. Ya, dalam hidup ini, yang banyak membawa aku ke tempat-tempat yang belum pernahku lihat adalah teater. Kalau tidak, sudah semestinya aku terperap di rumah mahupun di tempat kerja. Entah sampai bila punya kesempatan lagi untuk ke tempat orang kalau sudah tidak berteater lagi. Foto yang dirakam pada tahun 1994, mengimbau salah satu kenangan keliling tersebut. He,He,He...Betapa peritnya menghafal skrip di saat akhir (pyian), bila salah seorang pelakon tidak dapat meneruskan keliling. SAHABAT yang masih aktif berteater, cuma tinggal..? Al-Fatihah buat saudara Jumat Hassan. > eD Senggora

Selamat Beribadah & Beramal di bulan Ramadhan.

Ramadhan Al Mubarak menjelma kembali. Alhamdulillah kita sempat menemuinya sekali lagi di tahun 1429 Hijrah ini. Sama-samalah kita membersihkan diri dari kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Hayati detik-detik Ramadhan, agar kita terus berjaya dunia akhirat. Tingkatkan usaha ke arah kejayaan. Teruskan kemurnian seni dari-NYA. Selamat beribadah dan beramal di bulan Ramadhan. Semoga kita senantiasa diredhai-NYA. Amin Amin Ya Rabal Alamin.

MERDEKAkan diri dari hipokrit kesenian. MERDEKA!

Dengan penuh kesyukuran SIFAR mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51. Agar kemakmuran MALAYSIA dapat dikecapi bersama sampai bila-bila. Negara kita telah pun merdeka dan kita seharusnya memerdekakan diri dari sifat-sifat yang bisa merosakkan keharmonian negara malah keharmonian sesama penggiat seni. Merdekakan diri dari hipokrit kesenian. Usah habiskan masa dengan melayan provokasi dan polimik dari golongan yang bukan sejujurnya ber-'nawaitu' ke arah penyelesaian. Teruskan berkarya walau sekecil manapun. Kibarkan Jalur Gemilang bukan saja di halaman rumah tapi juga senantiasa di hati. Syukur, kita masih mampu berkarya di bumi damai dan merdeka. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Secara Rasminya HALAMANSIFAR dilancarkan.

Majlis kesyukuran SIFAR telah diadakan di hotel Grand Continental, Kuching pada malam 23 Ogos 2008. Majlis yang serba ringkas ini adalah sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan buat ahli keluarga produksi Tukang Ensera. Semestinya telah banyak pengorbanan masa dan keringat daripada individu serta keluarga sewaktu produksi ini berlangsung dalam tempoh hampir dua tahun. Terima Kasih yang tidak terhingga buat semuanya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh tetamu undangan, antaranya En. Ramli Ali serta isteri, En. Ahmad Badwi Narawi, Hj. Awang Bujang Awang Hamdan (A.B.Nor), En. Zainoren Jack, En. Tuah Matnor, En. Zaini Oje serta isteri dan tidak ketinggalan, Presiden MANTERA, Datu Dr Adi Badiozaman Tuah serta isteri beliau Yang Berhormat Datin Hajjah Fatimah Abdullah. Majlis juga dihadiri ibubapa dan saudara-mara ahli produksi SIFAR. Kehadiran para tetamu undangan kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga ianya dapat dijadikan peransang dan dorongan kepada generasi muda untuk terus berkarya

EPIK SEBUAH KEMERDEKAAN bergema di kota Pontianak.

Malam 18 Ogos 2008, SIFAR sekali lagi melakar sejarahnya tersendiri apabila berjaya mementaskan puisi karya Marzuki Ali di kediaman Walikota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Pengalaman yang amat bermakna ini merupakan suatu lagi dorongan buat SIFAR untuk terus memurnikan kesenian secara berterusan. Sudah semestinya "Epik sebuah kemerdekaan" telah memberi kesan yang pelbagai buat penonton di malam persembahan itu. Apa yang pastinya, tahap pemikiran seseorang saja yang dapat membezakan sama ada mereka itu dapat menerimanya secara positif mahupun negatif terhadap mesej yang disampaikan. Melalui respon, rata-ratanya penonton warga pontianak tertarik terhadap persembahan tersebut. InsyaAllah SIFAR akan terus memaknakan kata-kata dengan menghasilkan serta mementaskan karya-karya yang mantap dan lebih bermutu. Pementasan ini adalah salah satu acara yang dipersembahkan sempena PROGRAM INTEGRASI SOSEK MALINDO 2008 : Lawatan pemimpin-pemimpin belia ke Kalimantan Barat yang dian

KARYA DIGITAL pertamanya

Alhamdulillah, sekembalinya dari Kuala Lumpur, beberapa anggota SIFAR telah menunjukkan usaha dan daya cipta yang semakin menyubur. Semoga dapat diteruskan penghasilan karya dalam media yang berbagai. Tahniah buat saudara Wezan yang telah menghasilkan karya digitalnya yang pertama melalui 'PC'nya yang pertama. Ternyatanya kita bukan saja berbakat mengerjakan seni teater tetapi punya kemahuan dan usaha untuk mempelbagaikan kemahiran dalam bidang-bidang seni dan reka bentuk yang lain di samping bidang-bidang selain daripada kesenian. Syabas sekali lagi. "Jangan hanya petah berbicara seperti burung tiong tapi realitinya TONG kosong." > eD Senggora