Skip to main content

EPIK SEBUAH KEMERDEKAAN bergema di kota Pontianak.


Malam 18 Ogos 2008, SIFAR sekali lagi melakar sejarahnya tersendiri apabila berjaya mementaskan puisi karya Marzuki Ali di kediaman Walikota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Pengalaman yang amat bermakna ini merupakan suatu lagi dorongan buat SIFAR untuk terus memurnikan kesenian secara berterusan. Sudah semestinya "Epik sebuah kemerdekaan" telah memberi kesan yang pelbagai buat penonton di malam persembahan itu. Apa yang pastinya, tahap pemikiran seseorang saja yang dapat membezakan sama ada mereka itu dapat menerimanya secara positif mahupun negatif terhadap mesej yang disampaikan. Melalui respon, rata-ratanya penonton warga pontianak tertarik terhadap persembahan tersebut. InsyaAllah SIFAR akan terus memaknakan kata-kata dengan menghasilkan serta mementaskan karya-karya yang mantap dan lebih bermutu.

Pementasan ini adalah salah satu acara yang dipersembahkan sempena PROGRAM INTEGRASI SOSEK MALINDO 2008 : Lawatan pemimpin-pemimpin belia ke Kalimantan Barat yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial & Urbanisasi, Sarawak.

"EPIK SEBUAH KEMERDEKAAAN" karya Marzuki Ali dijayakan oleh:
PEMBACA 1 : Abdillah Untong
PEMBACA 2 : Mohd.Addly Mohd.Ali
PEMBACA 3 : Malek Hassan
PEMBACA 4 : Suffian Jalet
PEMBACA 5 : Safian Bujang
PEMBACA 6 : Haslina Hasbi

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

PELAYARAN SIFAR 2019

Sudah terlalu lama menyepi di laman ini kerana dibuai media sosial facebook mahupun whatsapp . Sekadar untuk catatan sejarah buat kali ini, SIFAR muncul lagi dengan karya Putu Wijaya dengan judul LAUTAN BERNYANYI. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya datang lagi. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada saudara Anwar Pisang kerana telah memperkenalkan skrip gurunya itu. Mohon kebenaran dan sampaikan salam pada penulis untuk mementaskan nashkahnya. Semoga kita terus berkarya lagi & sentiasa dijalan yang diredhai-Nya. Aamiiin.

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.