Skip to main content

Secara Rasminya HALAMANSIFAR dilancarkan.

Majlis kesyukuran SIFAR telah diadakan di hotel Grand Continental, Kuching pada malam 23 Ogos 2008. Majlis yang serba ringkas ini adalah sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan buat ahli keluarga produksi Tukang Ensera. Semestinya telah banyak pengorbanan masa dan keringat daripada individu serta keluarga sewaktu produksi ini berlangsung dalam tempoh hampir dua tahun. Terima Kasih yang tidak terhingga buat semuanya.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh tetamu undangan, antaranya En. Ramli Ali serta isteri, En. Ahmad Badwi Narawi, Hj. Awang Bujang Awang Hamdan (A.B.Nor), En. Zainoren Jack, En. Tuah Matnor, En. Zaini Oje serta isteri dan tidak ketinggalan, Presiden MANTERA, Datu Dr Adi Badiozaman Tuah serta isteri beliau Yang Berhormat Datin Hajjah Fatimah Abdullah. Majlis juga dihadiri ibubapa dan saudara-mara ahli produksi SIFAR.

Kehadiran para tetamu undangan kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga ianya dapat dijadikan peransang dan dorongan kepada generasi muda untuk terus berkarya serta bekerja keras dalam menghasilkan seni yang lebih mantap. Sesungguhnya insan seni selayaknya dihargai dan menghargai.

Pada malam 23 Ogos 2008 ini juga, secara rasminya HALAMANSIFAR (halamansifar.blogspot.com) dilancarkan. Pelancaran HALAMANSIFAR telah dilakukan oleh En.Zaini Oje, Timbalan Presiden MANTERA.

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

PELAYARAN SIFAR 2019

Sudah terlalu lama menyepi di laman ini kerana dibuai media sosial facebook mahupun whatsapp . Sekadar untuk catatan sejarah buat kali ini, SIFAR muncul lagi dengan karya Putu Wijaya dengan judul LAUTAN BERNYANYI. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya datang lagi. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada saudara Anwar Pisang kerana telah memperkenalkan skrip gurunya itu. Mohon kebenaran dan sampaikan salam pada penulis untuk mementaskan nashkahnya. Semoga kita terus berkarya lagi & sentiasa dijalan yang diredhai-Nya. Aamiiin.

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.