Hidup ini sungguh indah bila kita memperolehi sesuatu yang kita inginkan. Alangkah lebih bermakna jika kita juga dapat berkongsi kebahagian itu dengan orang lain. Namun, ada juga individu mahupun golongan yang sedar tak sedar, hanya senang untuk mengecapinya sendiri mahupun kroninya sahaja. Sedih, sebab tak sedar-sedar oleh keegoaan mereka yang telah berkarat. Begitulah mereka, sememangnya mereka ini sudah dinampakkan oleh-NYA dengan merasa tersisih dan sengsara bila hanya membahagiakan diri sendiri.Hinggakan mereka hanya merasa masih bernyawa tapi hilang rasa hormat mahupun simpati pada orang lain kerana keadaan diri yang sudah bagaikan bangkai bernyawa. Bukan penagih dadah yang tegar saja yang menjadi ZOMBI tapi mereka-mereka yang berfikir dirinya tidak pernah salah pun sama juga layaknya semacam ZOMBI. Siapa yang suka memBANTAI orang lain sembarangan? Kalau tidak kerana OLAH mereka-mereka yang bersifat HIPOKRIT itu sendiri. Kesian. Bilakah semuanya akan lenyap? (Tulisan ini adalah suatu proses kemunculan pementasan yang akan diusahakan di masa depan. Bukan merapu, hehehehe) > eD Senggora
Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...