Skip to main content

LEMBU TERCUCUK HIDUNGNYA SENDIRI?

Ramadhan telah berlalu, Syawal pun begitu, sudah lama juga blog ini tidak di UPDATE. Beberapa peristiwa mendapat perhatian bila menonton atau mendengar siaran berita di sepanjang bulan-bulan itu. Berita untuk perubahan, berita untuk peralihan, berita untuk masa depan katanya. Entah sampai bila semuanya akan selesai. Persoalannya, bukan tidak setuju maupun setuju terhadap sesuatu pandangan tetapi ada pihak yang seolah-olah dalam keadaan terdesak. Adakah satu pihak yang terdesak? atau kedua-duanya sekali? Rakyat? terdesak atau tersesak? Mana 'INHALER' nya?

Dalam pada itu, ada yang memihak pada itu dan ini. Mereka yakin dengan memberi sokongan kepada yang terpilih atau yang ingin mengambil alih akan dapatlah keadaan hidup atau masa depan mereka diperbaiki. Kalau tidak diperbaiki pun, sekurang-kurang terjamin keselesaan mereka. Tak kiralah pada golongan yang memerintah atau bercita-cita untuk memerintah. Itu harapan mereka. Jangan nanti bila sudah tercapai hasrat, semuanya itu dilupakan atau di buat-buat lupa. Itu cerita peringkat tertinggi negara. Berbalik pada kita yang dibawahnya, sememangnya itu boleh memeningkan kepala. Akhirnya nanti, ada golongan khususnya generasi baru merasa bosan dan seterusnya mengambil jalan mudah untuk tidak ambil tahu atau tidak mahu memikirkannya. Yang kemudiannya tanpa disedari ada di kalangan golongan ini seperti lembu tercucuk hidungnya sendiri akibat cerekarama-cerekarama tersebut. Harapnya kita tidak begitu. Walau apa pun, semoga 'nawaitu' mereka itu sebetulnya IKHLAS, lebih-lebih lagi di bulan yang penuh barakah (Ramadahan) dan Syawal ini. Bukan atas dasar kepentingan peribadi. Walaupun begitu, dari sudut yang lain pula, ada yang berAPI-API mengatakan mereka itu adalah penggiat seni atas nama CINTA KASIH - SILATURAHMI. Ntah apakah bendanya lagi, MOOOOO..... > eD Senggora

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

PELAYARAN SIFAR 2019

Sudah terlalu lama menyepi di laman ini kerana dibuai media sosial facebook mahupun whatsapp . Sekadar untuk catatan sejarah buat kali ini, SIFAR muncul lagi dengan karya Putu Wijaya dengan judul LAUTAN BERNYANYI. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya datang lagi. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada saudara Anwar Pisang kerana telah memperkenalkan skrip gurunya itu. Mohon kebenaran dan sampaikan salam pada penulis untuk mementaskan nashkahnya. Semoga kita terus berkarya lagi & sentiasa dijalan yang diredhai-Nya. Aamiiin.

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.