Buat kali keduanya setelah menolak skuter, kapcai 70 cc yang sudah lama tidak aku tunggangi terpaksa aku tolak untuk ke bengkel. Mungkin minggu ke-4 bulan Januari ini sudah ditakdirkan untuk aku menolak skuter dan motosikal agaknya. Sudah sekian lama juga aku tidak merasainya. Pada mulanya aku sangkakan kapcai itu tidak cukup minyak lalu aku pun menolaknya ke stesen SHELL yang jaraknya lebih kurang 1/2 kilometer dari rumah kedua ibubapaku. Sampai saja di stesen minyak, aku pun cuba mengepam tayar kapcai yang aku ingatkan kurang anginnya. Dalam keadaan hujan yang lebat, aku cuba untuk memasukkan angin ke dalam tayar. Namun usaha aku tidak berhasil. Aku mengambil keputusan untuk mengisi saja tangki minyak sehingga penuh lalu aku pun menolaknya ke bengkel. Nasib aku baik pada hari itu kerana menjumpai bengkel yang sanggup buka pada hari ke-4 Tahun baru Cina ini. Tanpa banyak soal, aku pun minta digantikan 'blaydar' depan dan belakang. Tak sampai 15 minit, kedua-dua 'blaydar...