Skip to main content

Aduh, sakit Skuterku : Sebuah keikhlasan yang ku kenang sepanjang hayat.


Ketika sedang menyelusuri jalan Tun Hj.Openg yang basah dengan skuterku, aku cuba memotong sebuah kenderaan pacuan 4 roda. Takkala skuterku baru saja melepasi setengah daripada bahagian kenderaan 4 roda itu, tiba-tiba kedengaran bunyi perut skuterku yang meragam. Secara automatik, aku terpaksa melupakan niat untuk pergi lebih jauh pada waktu itu. Aku pun berhenti di tepi jalan untuk memeriksa skuterku yang telah di serang penyakit. Sah, sakitnya pada salah satu urat nadi (belting) yang membuatkannya tidak dapat bergerak biar pun jantungnya masih dalam keadaan baik. Sememangnya kejadian itu berlaku berdekatan dengan hospital umum Sarawak, yang pasti penyakit skuterku tidak ada penawarnya di situ.

Disebabkan doktor pakar skuterku, Dr. Meow namanya, masih berada di Kuala Lumpur dan klinik-klinik skuter masih tutup sempena Tahun Baru Cina, dalam keadaan hujan yang turun renyai-renyai, aku terpaksa membimbing skuterku sejauh lebih kurang 5 kilometer merentasi hospital, merentasi jalan-jalan yang pernah aku lalui suatu ketika zaman persekolahan 15 tahun dulu. Mengimbasi zaman itu, aku merasakan waktu berlalu dengan pantas. Apakah keadaannya kalau sudah 15 tahun akan datang? Adakah aku akan berpeluang mengimbasi lagi apa yang sedang aku lalui di saat aku memimpin skuterku ini?

Sampai saja di perhentian bas yang pertama selepas jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub, aku pun duduk melepaskan lelah. Seminit kemudian, muncullah pertolongan dari seorang teman yang sanggup menghulurkan bantuan walaupun beliau sibuk di pejabat. Skuterku lalu di tunda ke Sri Wangi dengan selamat. Insan yang menghulurkan bantuan itu sememangnya seorang yang ikhlas dan sesungguhnya beliau seorang yang bertuah kerana itu namanya... TUAH! Terima kasih, jasa saudara akan aku kenang hingga ke akhir hayat. ( Kejadian berlaku sekitar jam 12.45 - 2.00pm, tanggal 28 Januari 2009) > eD Senggora

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

Penghargaan dari SIFAR, kami akan terus 'Belayar!' demi Ibu Pertiwi.

SIFAR dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Putu Wijaya - penulis nashkah 'Lautan Bernyanyi', agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019. TERIMA KASIH Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak SK Matang Jaya Panel Juri FTM peringkat negeri Sarawak 2019 Para Media khususnya RTM, BERNAMA, UTUSAN SARAWAK, SARAWAKVOICE dan para media yang membuat liputan FTM peringkat negeri Sarawak 2019. Tetamu-tetamu kehormat, keluarga SIFAR, rakan-rakan serta khalayak kesenian. Semua yang baik adalah dari-Nya, yang sebaliknya adalah kelemahan kami.