Skip to main content

Yang Lama Tetap Sedia Berjasa


Buat kali keduanya setelah menolak skuter, kapcai 70 cc yang sudah lama tidak aku tunggangi terpaksa aku tolak untuk ke bengkel. Mungkin minggu ke-4 bulan Januari ini sudah ditakdirkan untuk aku menolak skuter dan motosikal agaknya. Sudah sekian lama juga aku tidak merasainya. Pada mulanya aku sangkakan kapcai itu tidak cukup minyak lalu aku pun menolaknya ke stesen SHELL yang jaraknya lebih kurang 1/2 kilometer dari rumah kedua ibubapaku. Sampai saja di stesen minyak, aku pun cuba mengepam tayar kapcai yang aku ingatkan kurang anginnya. Dalam keadaan hujan yang lebat, aku cuba untuk memasukkan angin ke dalam tayar. Namun usaha aku tidak berhasil. Aku mengambil keputusan untuk mengisi saja tangki minyak sehingga penuh lalu aku pun menolaknya ke bengkel. Nasib aku baik pada hari itu kerana menjumpai bengkel yang sanggup buka pada hari ke-4 Tahun baru Cina ini. Tanpa banyak soal, aku pun minta digantikan 'blaydar' depan dan belakang. Tak sampai 15 minit, kedua-dua 'blaydar'nya sudah siap ditukarkan. Aku pun membonceng motosikal untuk balik ke rumah. Dalam fikiran, sememangnya kapcai 70 cc itu sudah banyak berjasa pada aku sejak di zaman persekolahan. Pada hari kejadian itu, aku diperingatkan lagi agar tidak mengeluh dan redha apa yang aku tempuhi. Apa yang pasti, yang lama tetap sedia berjasa dan terus memberi kesedaran kepada yang baru. > eD Senggora

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

PELAYARAN SIFAR 2019

Sudah terlalu lama menyepi di laman ini kerana dibuai media sosial facebook mahupun whatsapp . Sekadar untuk catatan sejarah buat kali ini, SIFAR muncul lagi dengan karya Putu Wijaya dengan judul LAUTAN BERNYANYI. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya datang lagi. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada saudara Anwar Pisang kerana telah memperkenalkan skrip gurunya itu. Mohon kebenaran dan sampaikan salam pada penulis untuk mementaskan nashkahnya. Semoga kita terus berkarya lagi & sentiasa dijalan yang diredhai-Nya. Aamiiin.

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.