Skip to main content

MA-ALA-AM sememangnya....."malaaaaam".

Seawalnya bila masuk ke Auditorium MPBL, saya terpandang pameran yang disediakan sebelum pementasan. Sebetulnya saya belum tahu tajuk cerita yang hendak dipentaskan pada malam itu. Apabila melihat pamerannya, barulah saya mengetahui apa tajuknya: MA ALA AM. Yang terlintas difikiran apabila membaca tajuk tersebut, ianya mungkin terhasil dari sebutan "MALAAAAAM......."yang kebiasaannya diucapkan oleh golongan tertentu ketika bergurau. Kalau dari tafsiran saya, lebih kurang bermaksud 'lambat ceritanya' begitu.

Pementasan sempena Program Teater Berkala anjuran JKKNS pada malam 8 November 2008 itu merujuk kepada persoalan-persoalan dari bencana alam, masalah perparitan dan kecurian besi, masalah kebersihan, masalah sosial, masalah pencemaran bunyi, masalah dan masalah yang seterusnya hinggakan bermasalah bagi penonton untuk memberi tumpuan. Sememangnya terdapat isu-isu yang cuba ditimbulkan, namun penghuraian kepada sesuatu isu itu amat singkat dan kurang sekali. Adakalanya fakta terhadap isu itu tidak tepat sebagai contoh, isu pencemaran bahan melamin di dalam susu tepung yang terjadi di negeri China. Sultan Negeri entah apa-apa itu menyatakan MELAMIN itu adalah VIRUS, sedangkan melamin itu adalah bahan kimia. Penghuraian yang singkat terhadap sesuatu isu ini seumpama cuba lari dari persoalan yang telah diketengahkan hingga menjejas tumpuan penonton. Itu pandangan saya kepada isi cerita yang cuba disampaikan.

Merujuk kepada pembawaan watak, sepertimana kebiasaannya tanpa disedari atau tidak, penghayatan watak yang tidak berterusan (pecah watak) sememangnya terjadi pada malam tersebut. Pada pengamatan saya, tak kiralah watak itu dipegang oleh golongan baru atau yang sudah lama berlakon, sekiranya produksi itu hanya dianggap semacam 'lepas gian', sudah pasti perkara semacam itu akan terjadi. Sepanjang pementasan, ada yang ketawa terbahak-bahak. Walau bagaimanapun, ketawa kerana apa? Adakah kerana kesedaran atau semata-mata hanya geli hati melihat gelagat pelakon atau watak yang dipegang? Adakah ianya lawak berisi atau lawak basi? Adakah pementasan itu dapat memberi pengajaran kepada penonton tentang sesuatu isu yang cuba disampaikan mahupun memperkenalkan kerja teater itu sendiri kepada orang ramai atau ianya adalah sekadar perbuatan 'syok sendiri'? Lu fikirlah sendiri. (mengambil kata-kata yang biasa disebut NABIL raja lawak ASTRO).

Pementasan lebih kurang satu setengahnya jam dari Grup Teater Ngoncong itu saya rasai HAMBAR dan berkecamuk. Sememangnya ada isu tapi kurang fokus. Itu pandangan saya kerana menonton sesuatu pementasan mengajak saya untuk terus berfikir bukan semata-mata untuk mengkritik. "Malaaaaam".
Kuching-Julau > eD Senggora

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

Penghargaan dari SIFAR, kami akan terus 'Belayar!' demi Ibu Pertiwi.

SIFAR dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Putu Wijaya - penulis nashkah 'Lautan Bernyanyi', agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019. TERIMA KASIH Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak SK Matang Jaya Panel Juri FTM peringkat negeri Sarawak 2019 Para Media khususnya RTM, BERNAMA, UTUSAN SARAWAK, SARAWAKVOICE dan para media yang membuat liputan FTM peringkat negeri Sarawak 2019. Tetamu-tetamu kehormat, keluarga SIFAR, rakan-rakan serta khalayak kesenian. Semua yang baik adalah dari-Nya, yang sebaliknya adalah kelemahan kami.