Skip to main content

"Macam tok ceritanya..., bukan giya bah...": SINDARELA (CINDERELLA) DI JULAU.

Sindarela, Oh Sindarela... itulah nasib Sindarela. Suatu kisah yang diadaptasikan dari cerita CINDERELLA yang telah sekian lama ditontoni mahupun didengari khususnya ketika zaman kanak-kanak. Itulah kisah yang dipentaskan oleh para peserta seni teater sempena penutupan program PRAKTIKUM SENI yang telah berlangsung di SMK JULAU, bahagian SARIKEI. PRAKTIKUM SENI yang diadakan mulai 10 hingga 14 November 2008 itu telah dihadiri seramai lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar SMK JULAU. Pementasan 'SINDARELA' yang disertai 13 orang peserta seni teater itu telah berjaya mendedahkan mereka tentang asas dan proses-proses dalam melakukan kerja teater.

Sepertimana pada masa-masa yang lepas, para peserta sememangnya belum pernah mengenali teater. Rata-ratanya mereka ini berumur di antara 13 dan 14 tahun. Sepanjang bengkel dijalankan, mereka telah menunjukkan semangat serta komitmen yang baik walaupun dalam keadaan pengurusan (individu) yang tidak berapa teratur. Di akhir bengkel itu juga, para peserta seni teater telah bergambung dengan para peserta seni muzik dan seni tari untuk majlis penutupan program PRAKTIKUM. Pementasan berjalan KEMAS dan TERATUR. Itu suatu permulaan yang baik!. Harapannya agar mereka terus bersemangat dalam kerja-kerja kesenian ini di samping memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang. Buat para peserta seni teater, kamu semua berbakat. Asahlah bakat itu sehingga ianya terus berkilau. Walau bagaimanapun buat yang MENGAJAR mahupun yang BELAJAR, janganlah kita mudah merasakan ilmu-ilmu yang dituntut itu sudah mencukupi sehingga kita bermegah-megah. Padahal, ianya nanti akan didengari seperti TONG YANG KOSONG!. > eD Senggora

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

Penghargaan dari SIFAR, kami akan terus 'Belayar!' demi Ibu Pertiwi.

SIFAR dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Putu Wijaya - penulis nashkah 'Lautan Bernyanyi', agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019. TERIMA KASIH Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak SK Matang Jaya Panel Juri FTM peringkat negeri Sarawak 2019 Para Media khususnya RTM, BERNAMA, UTUSAN SARAWAK, SARAWAKVOICE dan para media yang membuat liputan FTM peringkat negeri Sarawak 2019. Tetamu-tetamu kehormat, keluarga SIFAR, rakan-rakan serta khalayak kesenian. Semua yang baik adalah dari-Nya, yang sebaliknya adalah kelemahan kami.