"Bukan semua orang Melayu boleh dibuat macam sapi!" -Rosli Dhoby Syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberi ilham untuk produksi-produksi seterusnya. Dengan rasa hormat dan rendah diri, SIFAR mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada saudara Abg.Saifuddin Abg.Bohari kerana telah memberi kepercayaan kepada SIFAR untuk mengangkat novel beliau, Rosli Dhoby Rukun Berdarah ke pentas teater. InsyaALLAH, tugas yang mencabar ini akan kami galas dan realisasikan nanti. Moga-moga segalanya berjalan lancar. Amin. Sinopsis Cerita ini diolah berdasarkan kisah benar pejuang kemerdekaan di Sibu, Sarawak. Beliau adalah Rosli Dhoby. Semuanya bermula apabila Sarawak diserahkan kepada kerajaan Inggeris sebagai ‘Jajahan Mahkota’ pada 1 Julai 1946. Rakyat Sarawak bangun menentang sehingga lahirnya gerakan anti-cession. Rukun Tiga Belas ditubuhkan secara rahsia dengan diketuai oleh Awang Rambli. Matlamat utama Rukun Tiga Belas adalah mencapai kemerdekaan dengan cara agresif memandangkan se...