Skip to main content

InsyaAllah, Masanya Pasti Menyusul

"Bukan semua orang Melayu boleh dibuat macam sapi!"-Rosli Dhoby

Syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberi ilham untuk produksi-produksi seterusnya. Dengan rasa hormat dan rendah diri, SIFAR mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada saudara Abg.Saifuddin Abg.Bohari kerana telah memberi kepercayaan kepada SIFAR untuk mengangkat novel beliau, Rosli Dhoby Rukun Berdarah ke pentas teater. InsyaALLAH, tugas yang mencabar ini akan kami galas dan realisasikan nanti. Moga-moga segalanya berjalan lancar. Amin.

Sinopsis
Cerita ini diolah berdasarkan kisah benar pejuang kemerdekaan di Sibu, Sarawak. Beliau adalah Rosli Dhoby. Semuanya bermula apabila Sarawak diserahkan kepada kerajaan Inggeris sebagai ‘Jajahan Mahkota’ pada 1 Julai 1946.

Rakyat Sarawak bangun menentang sehingga lahirnya gerakan anti-cession. Rukun Tiga Belas ditubuhkan secara rahsia dengan diketuai oleh Awang Rambli. Matlamat utama Rukun Tiga Belas adalah mencapai kemerdekaan dengan cara agresif memandangkan semua usaha cara baik yang dijalankan selama ini tidak membawa sebarang hasil.

Rosli Dhoby dimaklumkan mengenai pergerakan rahsia itu oleh Bujang Suntong. Awang Rambli memujuk Rosli Dhoby melaksanakan satu tanggungjawab iaitu membunuh Gabenor Sarawak iaitu Sir Duncan George Stewart semasa lawatannya ke Sibu.

Akhirnya, Rosli Dhoby dibantu Morshidi Sidek melaksanakan tugas itu dengan harapan pembunuhan itu membawa kepada kemerdekaan. Pada 3 Disember 1949, terjadilah peristiwa berdarah itu. Rentetan pembunuhan itu, Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong dihukum gantung.

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

Penghargaan dari SIFAR, kami akan terus 'Belayar!' demi Ibu Pertiwi.

SIFAR dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Putu Wijaya - penulis nashkah 'Lautan Bernyanyi', agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019. TERIMA KASIH Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak SK Matang Jaya Panel Juri FTM peringkat negeri Sarawak 2019 Para Media khususnya RTM, BERNAMA, UTUSAN SARAWAK, SARAWAKVOICE dan para media yang membuat liputan FTM peringkat negeri Sarawak 2019. Tetamu-tetamu kehormat, keluarga SIFAR, rakan-rakan serta khalayak kesenian. Semua yang baik adalah dari-Nya, yang sebaliknya adalah kelemahan kami.