Skip to main content

Sedang aku ronda...


Semalam aku meronda di Bandaraya Kuching. Entah tiba-tiba difikiran, terlintas untuk membeli ‘whistle’. Aku pun pergi ke Kedai Robinson di hadapan balai polis central. Sampai di kedai, aku pun mencari ‘whistle’ yang aku inginkan. Dalam pencarian itu, mata aku terlihat kasut-kasut yang dijual dengan harga diskaun. Aku membelek-belek kasut-kasut tersebut. Hendak aku beli waktu itu, duit tak cukup. Jadi aku pun pergi ke mesin wang CIMB yang berdekatan. Dalam mundar-mandir sambil menunggu pengeluar-pengeluar wang yang tak putus-putus, aku terlihat seseorang yang sememangnya aku kenal. Agak lama juga aku tidak berhubung dengannya. Saudara Jamshari Saili, seorang yang pernah memangkinkan aku dalam dunia teater. Khabarnya baik dan dia meminta aku mengirim salam pada rakan-rakan yang kenal padanya. Di sini aku pun menyampaikannya “Ooo…balan kaban adik kakak apai indai akik…..saudara Jamshari Saili kirim salam pada semua!!!” hehehe… Aku pun berbual dengannya di kaki lima berdekatan bilik mesin wang CIMB cawangan Jln. Khoo Hun Yeang itu.

Sedang kami asyik berbual, aku disapa dengan gaya yang selamba oleh Hj. Dollah, orang kuat Persatuan Layang-layang Sarawak (PEWASA). “Pegi sinay ji..?” aku bertanya. “Yalah tok, nak nyucuk mesin dalam ya…” katanya. “Aoklah”, jawab aku. Menyambung kembali perbualan dengan Jamshari setelah bertanya khabar sesama diri, aku dicurahkan berbagai idea difikiran melalui perbualan dengannya. InsyaAllah akan aku zahirkannya nanti. Sesungguhnya sesuatu yang aku inginkan telah aku temui kembali daripada melayan karenah topeng-topeng atas nama seni sejak kebelakangan ini. Seketika kemudian muncul kembali Hj.Dollah, Aku pun bertanya, “Dah ka ji?” Hj. Dollah menjawab, “Udah…..ngeluarnya cepat….ngisiknya lambat” Sambil tersenyum dia terus menaiki skuter modenas hijaunya yang diletakkan di bahu jalan berhadapan bank CIMB itu. Belum puas berbicara di kaki lima, Jamshari dan aku pun pergi ke kedai kopi berdekatan. Boleh tahan juga idea-idea yang diperolehi dari perbualan kami. Atas sebab masa itu sudah pukul 11 pagi, aku pun terpaksa beredar untuk mengambil Aiman di sekolah. InsyaAllah, kalau ada kesempatan aku akan berbincang lagi dengannya. Kasut yang aku belek-belek tadi? Hehehe, sempat jugak aku membelinya sebelum mengambil Aiman. > eD Senggora

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

PELAYARAN SIFAR 2019

Sudah terlalu lama menyepi di laman ini kerana dibuai media sosial facebook mahupun whatsapp . Sekadar untuk catatan sejarah buat kali ini, SIFAR muncul lagi dengan karya Putu Wijaya dengan judul LAUTAN BERNYANYI. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya datang lagi. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada saudara Anwar Pisang kerana telah memperkenalkan skrip gurunya itu. Mohon kebenaran dan sampaikan salam pada penulis untuk mementaskan nashkahnya. Semoga kita terus berkarya lagi & sentiasa dijalan yang diredhai-Nya. Aamiiin.

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.