Skip to main content

Lamunan Si Pemotong Rumput


Di suatu persimpangan lampu isyarat, di tengah kota, kelihatan si pemotong rumput duduk keletihan. Sambil meneguk air dari tabungan, ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Terlintas di fikiran, kejayaan hari ini bukanlah jaminan untuk kegemilangan selamanya. Setidak-tidaknya ia adalah pendorong untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk semua di masa depan. Bukannya semata-mata untuk pernyataan diri atau golongan yang mengaku berbakat besar, teristimewa mahu pun bertuah kerana semuanya itu datangnya dari-NYA.

AWAS! bila nanti, hati sudah menyatakan yang semuanya itu adalah hasil usaha diri dan miliknya saja, itu adalah ia dan ia adalah itu, penghujungnya...tetap sepi, dan sepi itu adalah sesepi-sepinya. Hanya mahu berbangga dengan kejayaan yang mereka perolehi tapi susah untuk berkongsi kebanggaan yang dikecapi orang lain. Padahal yang dibanggakan itu...kalau diamati terhadap penerimaan dan pandangan masyarakat, halatujunya entah ke mana. Bila merasakan diri tidak dihargai, mulalah menuding jari sana sini, menjaja cerita itu dan ini. Padahal diri sendiri lupa untuk direnungi.

Mereka memberontak oleh kesepian yang mencengkam akibat tindakan diri yang hipokrit terhadap keterbukaan minda. Mulutnya saja tercunggap-cunggap bagaikan mulut ikan keli demi menyatakan yang mereka itu ikhlas itu dan ini. Tapi..., semuanya tiada erti, cuma mengisi waktu-waktu yang sunyi sebelum mati. Ah, begitulah sikap manusia yang sudah hilang rasa hormat pada orang lain.

Mahu dihormati, mahu disenangi padahal mereka sukar untuk menghormati atau menyenangi orang lain. Deruman ekzos kenderaan menyedarkan kembali si pemotong rumput dari lamunan. Dia kemudiannya bingkas bangun lalu menyambung kerja yang belum selesai. > eD Senggora

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

Penghargaan dari SIFAR, kami akan terus 'Belayar!' demi Ibu Pertiwi.

SIFAR dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Putu Wijaya - penulis nashkah 'Lautan Bernyanyi', agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019. TERIMA KASIH Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak SK Matang Jaya Panel Juri FTM peringkat negeri Sarawak 2019 Para Media khususnya RTM, BERNAMA, UTUSAN SARAWAK, SARAWAKVOICE dan para media yang membuat liputan FTM peringkat negeri Sarawak 2019. Tetamu-tetamu kehormat, keluarga SIFAR, rakan-rakan serta khalayak kesenian. Semua yang baik adalah dari-Nya, yang sebaliknya adalah kelemahan kami.