Skip to main content

SIFAR melaksanakan kata-kata dengan Teater Perdana 'TUKANG ENSERA'


Alhamdulillah dengan izin-NYA SIFAR telah melakar sejarahnya lagi diatas kejayaan mementaskan teater perdana TUKANG ENSERA. Ternyata tugas mementaskan teater perdana dengan segala keterbatasan dapat diatasi dengan usaha dan kesabaran. Sesuatu yang paling berharga kali ini adalah SIFAR bukan saja berjaya mementaskan teater perdana malah telah berjaya mendedahkan generasi baru yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 2 dari Sekolah Seni Kuching. Bagi SIFAR, itulah antara matlamat kita, bukan hanya untuk menghasilkan sesuatu pementasan atau menonjolkan bakat yang sedia ada tetapi untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada generasi baru tentang produksi teater yang sebenarnya.

Zaman sekarang bukan tidak boleh menghasilkan sesuatu pementasan 'Zero Bajet' tetapi bajet adalah keperluan yang harus digunakan sebijak mungkin bukan hanya pandai bercakap tanpa pelaksanaan. Bagi golongan yang bercakap tentang hendak menghasilkan pementasan "Zero Bajet' di waktu ini, bukannya bajet itu tidak ada tapi sudah lenyap entah ke mana tanpa ada apa-apa pementasan yang dijanjikan sebelumnya. Demi menghilangkan kelenyapan bajet yang sudah ditelan, mulalah mereka bercakap tentang keinginan menghasilkan pementasan 'Zero Bajet' Apalah erti semuanya itu hingga mengorbankan ruang dan peluang kepada mereka-mereka yang sebetulnya hendak memajukan generasi dan kesenian. Usahlah jadi VIRUS-VIRUS atas nama KESENIAN.

Sekali lagi, Syabas! kepada seluruh ahli produksi TEATER PERDANA TUKANG ENSERA. Teruskan berkarya usah dicemari virus-virus kesenian. O...HA...

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

PELAYARAN SIFAR 2019

Sudah terlalu lama menyepi di laman ini kerana dibuai media sosial facebook mahupun whatsapp . Sekadar untuk catatan sejarah buat kali ini, SIFAR muncul lagi dengan karya Putu Wijaya dengan judul LAUTAN BERNYANYI. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya datang lagi. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada saudara Anwar Pisang kerana telah memperkenalkan skrip gurunya itu. Mohon kebenaran dan sampaikan salam pada penulis untuk mementaskan nashkahnya. Semoga kita terus berkarya lagi & sentiasa dijalan yang diredhai-Nya. Aamiiin.

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.