Skip to main content

Atas nama demokratik & kemanusiaan... Kenapa Komunis cuba dipertahankan?


Ternyatanya Revolusi Komunis sangat kejam. Berpuluh juta manusia telah dibunuh beramai-ramai dan dibunuh dengan biadab. Pemimpin-pemimpin Komunis memerintahkan sesiapa yang menentang mereka mesti dibunuh. Kejadian-kejadian kejam angkara komunis ini pun tidak terkecuali di negara kita.

Apakah ini yang kita mahu perjuangkan? Usahlah dibangkitkan lagi usaha membawa balik pemimpin komunis ke negara ini, apatah lagi untuk mengamalkan fahaman yang ternyata memudharatkan negara. Kalau hendak memperjuangkan juga, tinggalkanlah negara ini. Carilah mana-mana negara yang mengamalkan komunis. Kenapa perlu tinggal di Malaysia?. Jasa apa yang komunis berikan untuk rakyat Malaysia? Jasa untuk membunuh orang-orang yang tidak bersalah kerana dikatakan tidak menyebelahi komunis? Kalau penjajah Inggeris saja yang dibunuh, lainlah ceritanya. Ini tidak, anak-anak yang kecil dan kaum ibu pun dibunuh mereka. Adakah golongan yang tidak berdosa ini semuanya proxi penjajah? Masih ingatkah lagi trajedi Bukit Kepong?. Itu sebahagiannya saja. Apa yang terjadi di Sarawak? Siapa tahu? Hanya anggota keselamatan yang bertugas dan mangsa-mangsa mereka di waktu itu yang tahu akan cerita sebenarnya.

Jangan cuba nafikan pengorbanan anggota keselamatan negara selama ini. Bagiku, penerimaan kembali Chin Peng untuk kembali menetap di negara ini umpama suatu penghinaan besar kepada parajurit negara. Aku pernah merasai zaman aktifnya gerakan komunis ketika menetap di Sibu. Walaupun ketika itu usia aku baru sekitar 5 hingga 9 tahun, aku dapat mengingatinya. Peristiwa pertempuran di Durin sememangnya tidak pernah aku lupakan. Melalui sisi jendela, aku melihat percikan api bagaikan mercun di seberang Sungai Rajang dari Kem Lanang. Malam itu helikopter berligar-ligar di udara sambil menyuluh dengan 'spot light'. Sebelum itu, di sebelah petangnya aku dan adik telah menerima habuan dari ayah (kami disebat) gara-gara pergi menonton helikopter di padang kawat. Ingatkan pertunjukkan, rupa-rupanya ketika itu sedang darurat. Malamnya, kami sekeluarga tidur di lantai kerana dikhuatiri ada peluru menembusi tingkap jika berlakunya tembakan komunis.

Siapa mereka yang mahu memperjuangkan erti kemanusiaan untuk pemimpin komunis itu? Tidak adakah perkara yang lain lagi untuk diperjuangkan? Atau hanya sebagai mengambil kesempatan atas dasar kebebasan bersuara? Jangan hanya seorang pemimpin komunis, kita gadaikan maruah ribuan parajurit di negara kita. Cit! itulah, kecik-kecik hingga dewasa tidak cuba memahami subjek TAWARIH! akhirnya hilang sensitiviti dan buta sejarah.> eD Senggora
info lanjut tentang komunis


Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

Penghargaan dari SIFAR, kami akan terus 'Belayar!' demi Ibu Pertiwi.

SIFAR dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Putu Wijaya - penulis nashkah 'Lautan Bernyanyi', agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019. TERIMA KASIH Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak SK Matang Jaya Panel Juri FTM peringkat negeri Sarawak 2019 Para Media khususnya RTM, BERNAMA, UTUSAN SARAWAK, SARAWAKVOICE dan para media yang membuat liputan FTM peringkat negeri Sarawak 2019. Tetamu-tetamu kehormat, keluarga SIFAR, rakan-rakan serta khalayak kesenian. Semua yang baik adalah dari-Nya, yang sebaliknya adalah kelemahan kami.