Skip to main content

Pembunuh atau Pejuang?


“Selamat tinggal semua…Saya akan menghadap Allah S.W.T. Saya tahu saya tidak bersalah. Suatu hari nanti, biar anak cucu kita mengadili sejarah. Siapa yang benar dan siapa pula pengkhianat”.

Saksikan di siaran Astro Prima
7 Jun 2009 Ahad 6.30 petang

Mungkin dapat dijadikan 'input' untuk projek akan datang. Kalau ada idea, sila catatkan. Agar pementasan nanti lebih memberi impak. Dalam kepalaku, di usia 17 tahun, pemuda ini sudah punya semangat untuk bertindak demi kemerdekaan tanahairnya dan salah satu persoalan, apakah yang generasi sekarang fikirkan di usia ini? Adakah sejarah cuma sejarah? Kita bukan mendokong tindakan fizikal yang ekstrem tetapi semangat itu yang kita mahukan. Semangat Sayangkan Negara daripada putar-belit penjajah. Penjajah yang kita tidak sedari. > eD Senggora

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

Penghargaan dari SIFAR, kami akan terus 'Belayar!' demi Ibu Pertiwi.

SIFAR dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Putu Wijaya - penulis nashkah 'Lautan Bernyanyi', agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019. TERIMA KASIH Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak SK Matang Jaya Panel Juri FTM peringkat negeri Sarawak 2019 Para Media khususnya RTM, BERNAMA, UTUSAN SARAWAK, SARAWAKVOICE dan para media yang membuat liputan FTM peringkat negeri Sarawak 2019. Tetamu-tetamu kehormat, keluarga SIFAR, rakan-rakan serta khalayak kesenian. Semua yang baik adalah dari-Nya, yang sebaliknya adalah kelemahan kami.