Skip to main content

AWAS! Wabak Menular Lagi


Minggu-minggu berlalu, wabak telah menular lagi ke merata dunia. Bermulanya demam yang tidak dapat dikenalpasti apa puncanya yang dihidapi oleh seorang kanak-kanak di sebuah perkampungan di Mexico hinggalah kepada pengumuman oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang wabak yang telah meragut lebih puluhan nyawa dan menyakiti ribuan penduduk di merata dunia. H1N1, itulah istilah yang diberikan. Walaupun begitu, di negara kita lebih dikenali dengan SELSEMA BABI dan terkini dikenali pula sebagai INFLUENZA-'A'.

Dulunya burung menghidapi selsema yang mengakibatkan pelupusan ribuan ayam-ayam di seluruh dunia. Dan kini babi pula. Itulah hakikat yang kita terima bila sesuatu yang ternyata kotor dihalalkan saja dalam kehidupan. Sedangkan burung dan ayam ternyata lebih bersih telah menjadi mangsa keadaan selsema itu. Apatah lagi babi yang ternyata kotor. Sudah diketahui umum babi itu kotor tapi ada lagi pihak yang cuba mempertahan untuk memakannya dengan mengatakan makan dagingnya tidak mendatang sakit, cuma air hingusnya saja yang boleh merebakkan penyakit. Bagi mereka, semua yang mendatangkan keuntungan dari penjualan daging babi itu dihalalkan saja. Kalau diri mereka dan keluarga mereka dijangkiti penyakit SELSEMA BABI itu baru padan muka. Itupun kalau sedar. Entah-entah mereka cuba menyalahkan haiwan lain. Selsema itu datangnya dari ikan keli jadilah SELSEMA IKAN KELI, kata mereka barangkali.

Dunia...dunia. Ada saja alasan yang digunakan untuk kepentingan diri. Sama-lah apa yang terjadi pada golongan yang mewar-warkan projek berkaitan kesenian. Bila dah tak mampu membuat pementasan pada tarikh yang ditetapkan. Mula-lah memberi alasan-alasan hinggakan ada yang semacam terlalu memberi impak kepada masyarakat sekeliling dan perasan boleh diambil tindakan di bawah akta-akta tertentu perundangan negara. (Perasan tak sudah) Kalau dah tak ikhlas dan tak mampu, usah digembar-gemburkan di mana-mana pun. Menyebarkan wabak dalam kesenian jadinya. AWAS! khabarnya H1N1 itu telah mula menular ke negara kita walaupun bilangannya masih sedikit. Jika tak terkawal, sikit-sikit lama-lama berjangkit jugak sampai membukit. > eD Senggora

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

PELAYARAN SIFAR 2019

Sudah terlalu lama menyepi di laman ini kerana dibuai media sosial facebook mahupun whatsapp . Sekadar untuk catatan sejarah buat kali ini, SIFAR muncul lagi dengan karya Putu Wijaya dengan judul LAUTAN BERNYANYI. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya datang lagi. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada saudara Anwar Pisang kerana telah memperkenalkan skrip gurunya itu. Mohon kebenaran dan sampaikan salam pada penulis untuk mementaskan nashkahnya. Semoga kita terus berkarya lagi & sentiasa dijalan yang diredhai-Nya. Aamiiin.

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.