Skip to main content

Eh,Tuah yang mana ya?


Kemas punya kemas fail di dalam komputer, aku terjumpa gambar kenangan. Kenangan pahit manis di CITRAWARNA 2004. Masih ter-'ngiang-ngiang' lagu yang dinyanyikan CT No-Hali-Ja...:"Citrawarna Oh Citrawarna....." Malam itu perarakan diadakan di Stadium Bukit Jalil. Lihat saja gelagat di dalam gambar. Kumpulan yang mewakili penggiat teater untuk projek Citrawarna 2004 wakil Sarawak. Kenangan Citrawarna yang tak pernah dilupakan kerana tidak dibayar untuk props yang dihasilkan. Itulah nasib bila terlalu jujur kepada orang yang terlalu mengejar pujian hinggakan lupa berterima kasih pada orang lain. Malah "senjata telah memakan tuannya". Apa-kan tidak, aku terasa semacam di dalam 'oven' sepanjang perarakan malam 'rehearsal' pertama kerana memakai kostum berbentuk periuk kera. Nasib baik tak jadi macam kera kena belacan. Malam keduanya pula, malam sebenar, tangan aku bagaikan nak patah dek sebabkan menjadi burung kenyalang. Aku masih ingat lagi nama orang yang tidak membayar itu. Tuah? Huah huah huah! "Nang Jerak Ikor Jerak Palak! ngan si Tuah yang sorang ya."> eD Senggora

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

PELAYARAN SIFAR 2019

Sudah terlalu lama menyepi di laman ini kerana dibuai media sosial facebook mahupun whatsapp . Sekadar untuk catatan sejarah buat kali ini, SIFAR muncul lagi dengan karya Putu Wijaya dengan judul LAUTAN BERNYANYI. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya datang lagi. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada saudara Anwar Pisang kerana telah memperkenalkan skrip gurunya itu. Mohon kebenaran dan sampaikan salam pada penulis untuk mementaskan nashkahnya. Semoga kita terus berkarya lagi & sentiasa dijalan yang diredhai-Nya. Aamiiin.

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.