Sakit, sakit, sakit......itulah yang saya alami semenjak sebulan yang lalu. Walau apa pun, semuanya itu harus dihadapi dengan tenang. Semalam 3 Julai 2008 merupakan latihan terakhir Tukang Ensera sebelum pementasan di peringkat kebangsaan yang dijadualan pada 17 Julai 2008 ini. Debar itu memang ada, namun semangat untuk mempersembahkan yang terbaik harus dikekalkan sampai bila-bila. SIFAR bertuah pada malam itu kerana ada penonton yang hadir itu dari Kuantan Pahang. Mereka mewakili sebuah kumpulan teater yang akan mempersembahkan pementasan yang berjudul ANAK ADAM di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada 4 dan 5 Julai 2008. Segala komen rakan-rakan dari Pahang itu SIFAR ucapkan jutaan terima kasih. Semoga Tukang Ensera akan dapat dipentaskan dengan mantap nanti. Eh! sebelum terlupa,macam kenal lah pakcik tu......oh ya!, rupanya PAK TAM dari rancangan raja lawak 2 Astro ada juga bersama rakan-rakan dari kuantan. Pak Tam.....tengok Tukang Ensera.....HeHeHe.....> eD Senggora (Tulisan ini dihasilkan sebelum pementasan ANAK ADAM)
Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...