Skip to main content

Sebuah Karya Seribu Kenangan Suatu Pengajaran




'Tukang Ensera' sudah selesai dipentaskan di MATIC. Sekitar tempat latihan kembali sepi. Semestinya perasaan rindu untuk berlatih bersama akan muncul. InsyaAllah, sesi latihan untuk produksi seterusnya akan menyusul. Walaupun pementasan sudah hampir 2 minggu berlalu, masih ada cakap-cakap yang seumpama produksi 'Tukang Ensera' sanggup mengorbankan nilai-nilai persahabatan. Persahabatan manakah yang dikorbankan? Sedarkah mereka erti persahabatan? Adakah sahabat itu hanya seperti topengan.? Salahkah kita berterus-terang? Salahkah jika kita memperbaiki sesuatu khususnya sewaktu berkarya jikalau sudah berkali-kali cuba diperbetulkan tapi tidak dihiraukan? Sedarkah tugas kita dalam produksi? Jangan hanya kita merasakan kita dikatakan bagus tapi sebenarnya hancus!. Hancus kerana syok sendiri, tidak tahu tanggungjawab dalam produksi hingga bisa menjahanamkan seluruh produksi. Apa tidaknya, jikalau sudah berkali-kali diingati dan dinasihat supaya melakukan seperti yang dikehendaki tapi sewaktu pementasan sebetulnya melakukan sesuatu yang tidak dipersetujui pengarah dan ahli produksi yang lain, atas alasan 'EXPLORE' (Kalau dilakukan di dalam pementasan sebetulnya, itu bukan 'EXPLORE', itu 'EXPLODE' namanya.....) Bila dah 'EXPLODE', mati lah rakan-rakan produksi yang lain.....dan adakah ini dinamakan SAHABAT? Harus diingat, jika kita ingin sesuatu yang terbaik, seharusnya kita punya usaha untuk kearahnya. Semestinya usaha itu datang dengan nasihat-nasihat SAHABAT yang sebetulnya. BUKANnya tindakan yang suka-suka. Adakah suatu kesilapan kepada pengarah atau golongan sahabat yang terdiri dari golongan-golongan yang berpengalaman untuk memperbetulkan sesuatu yang tidak elok sehingga sanggup melakukan tindakan seperti penukaran pelakon demi kebaikan sebuah KARYA? Kalau pelakon itu sebetulnya mampu dalam peranannya, mengapa dia harus ditukar? Adakah golongan sahabat-sahabat yang berpengalaman dalam dunia teater ini BODOH menilai? dan Apakah tingkah laku yang seperti memperkecilkan bakat khususnya golongan yang baru itu diertikan sahabat? Adakah sikap hilang dan muncul sewaktu persiapan pementasan itu dianggap sebagai sahabat? Kami TIDAK BUTA mata dan hati, kerana semuanya itu kami tanggapi seawalnya hingga tamatnya pementasan. Sedarlah diri kita, jangan hanya melatah bila sesuatu keputusan itu dilakukan. Bukan tidak dijelaskan tapi individu itu yang tak faham-faham (sememangnya BEBAL barangkali). Sejujurnya saya menulis demi kebaikan bersama bukan bermaksud untuk mengorbankan sahabat tetapi untuk dikongsi bersama demi menghasilkan karya yang bermutu dan mantap bukan semata-mata untuk menjaga hati seseorang hingga sanggup mengorbankan kualiti pementasan. Perlu diingat, BUKANNYA anugerah dan kemenangan yang dikejar, KEUTAMAANNYA ADALAH KUALITI!. Yang pasti saya rasai, sebuah karya, seribu kenangan, suatu pengajaran. Cukup sampai di sini dulu, jangan lupa hadirkan diri untuk menonton teater berkala. Hasilkanlah karya yang bermutu, usah dilayani jiwa-jiwa yang buntu. > eD Senggora

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

Penghargaan dari SIFAR, kami akan terus 'Belayar!' demi Ibu Pertiwi.

SIFAR dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Putu Wijaya - penulis nashkah 'Lautan Bernyanyi', agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019. TERIMA KASIH Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak SK Matang Jaya Panel Juri FTM peringkat negeri Sarawak 2019 Para Media khususnya RTM, BERNAMA, UTUSAN SARAWAK, SARAWAKVOICE dan para media yang membuat liputan FTM peringkat negeri Sarawak 2019. Tetamu-tetamu kehormat, keluarga SIFAR, rakan-rakan serta khalayak kesenian. Semua yang baik adalah dari-Nya, yang sebaliknya adalah kelemahan kami.