Skip to main content

O....Ha...... (petikan dari laman PEKASA SARAWAK)

19 Julai 2008. Sekali sejarah telah terukir di persada Festival Teater Malaysia di Kuala Lumpur. Sarawak berjaya mengukir nama sebagai Johan Festival. Kemenangan yang dikatakan (oleh juri dan aktivis teater seluruh Malaysia) sebagai yang luar biasa. Hampir semua kategori yang dipertandingkan dibolot oleh Sarawak pada malam tersebut. Antaranya:

Sarawak:
1. Johan
2. Pengarah Terbaik (Suffian Bin Haji Jalet)
3. Pelakon Lelaki Terbaik (Malek Bin Hassan)
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hassan Bin Ahmad)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Serivina Sanina -pelajar sek. seni)
6. Pelakon Harapan Lelaki (Alik Bin Hassan)

Selangor:
1. Naib Johan
2. Pelakon Wanita Terbaik
3. Pelakon Harapan Wanita

Kedah:
1. Tempat Ketiga

Sekembalinya kami dari Festival (20 Julai) jam 8:30pm. Terharu rasa hati apabila melihat saudara Hashim Tahot sedang melambai-lambai dengan ukiran senyuman gembira. Semua peserta dipeluk dan dirangkul oleh beliau. Untuk saya, beliau merangkul dan berbisik : "Tahniah! Bangga kamek dengan kitak orang. Terima kasih kerana ngembak Piala Johan tok ke Sarawak. Tapi, (sambil berginang airmata beliau) kepulangan kitak orang sik ada orang nyambut. Sedih Pak Hashim...Seketika lagi, muncul saudara Ali Mohamad yang dari jauh sudah menjerit dan melompat-lompat gembira. Yahoo....Tahniah! Luar biasa! Kitak orang sik tauk betapa bangganya kamek dengan kitak orang! Kitak telah membuktikan bahawa Sarawak boleh! Sekali lagi saya perasan air-air jernih terkumpul di kelopak mata beliau.Sejurus kemudian, muncul pula saudara Awangku Merali (penulis skrip) bersama isteri. Tahniah! Sememangnya anda telah membuktikan bahawa anda dan kumpulan LAYAK untuk ke Festival ini. Makanya keputusan hakim di peringkat negeri seharusnya dipersoalkan!Terima kasih kami ucapkan kepada 3 orang OTAI teater yang berada di Lapangan Terbang Kuching pada malam itu. Kami sesungguhnya amat terharu...Keesokan harinya ada rakan yang memberitahu kepada saya, ada sesuatu dalam Blog Pekasa tentang kemenangan SIFAR.

Dipetik: soalan peribadi aku: berbaloikan jika kemenangan ini yang aku rasakan telah sedikit-sebanyak 'mengorbankan' nilai persahabatan? salam.sukar untuk aku mengucapkan tahniah kepada sifar tetapi aku begitu teruja dan berkobar-kobar untuk mengucapkan tahniah kepada ahli pekasa yang menganggotai produksi sifar hingga muncul johan festival teater kebangsaan.aku rasakan kemenangan ini memberikan banyak persoalan yang mungkin orang seperti aku dan orang tertentu yang telah merasai sedikit kepahitan daripada kemanisan kemenangan ini. Untuk Pengetahuan semua beberapa orang dlm grup Sifar juga adalah ahli PEKASA seperti Saudara Wezan Saili dan yang lain-lain tu saya tak berapa pasti seperti Malek Hassan dan yang lain-lain dlm Sifar samada mereka sudah berdaftar atau tak kerana mereka memang ada memohon menjadi ahli PEKASA suatu masa dulu.

Respon saya: Alhamdulillah, saudara2 ada juga yang 'prihatin' kepada perkembangan seni teater di negeri Sarawak. Namun, ingin aku berkongsi sedikit pengalaman sebelum meraih johan festival. 2 tahun lamanya, SIFAR berlatih dengan bekalan kekentalan di jiwa. berlatih tanpa ada sesiapa (antara yang berkomen) yang menjengok bertanyakan khabar maupun menyumbang idea2 untuk memantapkan lagi persembahan. mungkin dikatakan "kami tidak dijemput". Tapi apakah perlu kad jemputan untuk berkongsi ilmu. Kalau jiwa ikhlas untuk berseni rasanya tidak perlu jemputan malah persembahan SIFAR sebanyak 3 kali (Pertandingan peringkat negeri, Penilaian Kebangsaan dan Teater Berkala) pun suadara2 tidak menjengok. Keperitan dan dengan serba kekurangan kami gagahi juga sehinggalah ke Kuala Lumpur berbekalkan tekad dan semangat untuk mengharumkan nama Sarawak di persada teater kebangsaan. Nah, kini sudah berhasil. Sedihnya, dipersoalkan lagi ada orang yang dikorbankan? Siapa? Tolong jelaskan dengan terperinci. Apakah saudara tahu erti makna korban? Setahu saya, tidak ada sesiapapun yang terkorban dalam hal ini. Mungkin saudara penulis ingin menyatakan bahawa yang terkorban persahabatan itu ialah antara Grup Ngoncong dan SIFAR. Tapi pada saya, hubungan antara kami tidak pernah tergugat. Kalau kita bertindak secara profesional kita tidak akan terasa. Lagipun, keputusan peringkat negeri tidak pernah ditarik balik. Ngoncong tetap Johan Teater Negeri 2007. Namun setelah penilaian semula untuk memilih yang layak ke peringkat kebangsaan sahaja, kumpulan SIFAR yang terpilih antara 6 kumpulan yang terbaik di seluruh Malaysia. Pemilihan dibuat dengan adil dan saksama oileh 5 orang hakim yang siapalah kita untuk mempertikaikan. Menuntut yang hak amat dituntut oleh Islam. Seperkara lagi, research perlu dibuat sebelum berkata apa2. Mungkin tujuan saudara penulis hanya untuk mencetuskan provokasi. Namun biarlah berpada-pada.

Sedikit perkongsian urutan peristiwa Pertandingan Teater Peringkat Negeri 2007:
1. Keputusan pihak juri dipertikaikan oleh kebanyakan pihak yang bertanding termasuk oleh otai-otai teater negeri Sarawak.
2. Penulis-penulis skrip di Sarawak meerasakan keputusan tersebut merupakan satu bentuk 'penghinaan' terhadap mereka kerana dikatakan kumpulan yang bertanding rata2nya salah pilih skrip. Skrip yang lemah! Apakah ini harus dibiarkan oleh saudara2 yang kononnya 'penulis'?
3. Hasilnya surat ditulis (kebetulan saya yang menulis kerana tidak ada yang sanggup atau 'berani' berbuat demikian-apatah lagi saudara2). Isi kandungan dibaca oleh semua pengarah dan ketua kumpulan yang terlibat dalam pertandingan peringkat negeri dan mereka memahaminya. Dalam isi surat tersebut tidak ada satupun klausa yang meminta untuk memilih SIFAR sebagai wakil negeri. Dan kita hanya ingin untuk menyuarakan kepada pihak pusat supaya lain kali kalau menghantar hakim biarlah betul2. Itu sahaja. Kita faham benar bahawa keputusan hakim adalah muktamad. Tidak pula disangka diperingkat pusat mengambil tindakan terhadap perkara ini. Alhamdulillah, suara kita didengari.
4. Pihak penganjur pusat telah menubuhkan satu panel khas penilai yang terdiri dari : Datuk Dr. Prof Ghaouse(Ketua), Rosminah Tahir (ASWARA), dan Badrul (Istana Budaya) untuk menilai kandungan CD pertandingan teater negeri. Keputusannya: panel memilih Tukang Ensera dan Hikmah untuk menyertai penilaian teater kebangsaan.
5. Untuk pengetahuan pembaca, tidak semestinya sudah johan negeri makanya kita akan terpilih untuk ke peringkat kebangsaan. Panel hanya akan memilih 6 yang terbaik sahaja dari belasan johan di seluruh Malaysia. Sekiranya tidak mencapai tahap kebangsaan, makanya tidak akan terpilih. Seperti di Festival Baru2 ini hanya : Sarawak, Wilayah Persekutuan KL, Selangor, Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan sahaja yang terpilih. Negeri lain tidak walaupun telah johan di peringkat negeri.

Rezeki memihak kepada SIFAR dalam pemilihan tersebut. Andainya kumpulan lain terpilih, kita pun akan akur. Perjuangan ini bukannya untuk SIFAR seorang tetapi lebih kepada maruah seni di SARAWAK secara keseluruhan!

Mengapa perlu dipersoalkan ada di antara anggota SIFAR juga anggota PEKASA? Bukan kah PEKASA bertindak sebagai satu badan yang sepatutnya menaungi keseluruhan sastera di negeri SARAWAK? Saya melihat PEKASA sebagai bukannya sebuah kumpulan yang bertindak sebagai sebuah entiti yang lain. Jika inilah yang digembar gemburkan dan menjadi semacam 'tuntutan' kepada saudara, saya amat berasa sedih. Selama ini saya menHALALkan untuk ahli persatuan SIFAR untuk membantu kepada kumpulan serta persatuan yang lain jika diperlukan supaya mereka mendapat ilmu dan pengalaman dan juga saya sering berpesan supaya untuk mereka memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi apabila mengikuti kumpulan serta persattuan yang lain. Tettapi lain pulak halnya dengan sudara yang menulis. Semacam ada seperti: mun sik tegal sidak yang ahli PEKASA ya, sik sidak ya menang! Apuh...kenapa jadi begitu soalnya? Sedih...Pedih...

Saya boleh sekiranya mahu, untuk menarik balik penyertaan ahli2 SIFAR dalam PEKASA, jika itu yang saudara inginkan. Mungkin saudara boleh mencari sesiapa sahaja yang boleh 'diikat'. Untuk pengetahuan sudara SIFAR adalah persatuan utama mereka2 yang disebutkan seperti Wezan Saili dsbgnya. Janganlah kita disuruh untuk terpaksa memilih. Pasti merugikan semua pihak...

** Terus terang, saya juga pernah untuk ingin menyertai PEKASA setelah dinasihati oleh YB Fadilah yang juga merupakan Penaung kepada SIFAR dan juga PEKASA. Tetapi andainya seperti inilah sifatnya, terima kasih sahaja lah. mungkin saya tidak 'layak' untuk menganggotai PEKASA kerana saya budak baru belajar.

Saya juga hairan kenapa kemenangan SARAWAK ini terlalu dipersoalkan, bukankah kita sepatutnya sama-sama bangga? Mungkin saudara lebih suka melihat SARAWAK tumpas di persada teater kebangsaan? Dan mungkin tatkala itu juga saya pasti sudara2lah orangnya juga yang akan tersenyum sambil mengukir kata2 kutukan terhadap kumpulan yang mewakili SARAWAK tersebut. Demikian juga mungkin berpuas hati seandainya tidak ada wakil dari Sarawak yang ke Festival Kebangsaan.

Tidak hairanlah kenapa seni dan sastera di negeri kita ini tidak berkembang kerana masih ada manusia yang berpenyakit hati. Sikap keAKUan masih menebal dalam diri.

Saya minta maaf seandainya kata-kata saya mengusik jiwa dan perasaan saudara2 namun cuma saya tidak menyukai orang-orang yang hipokrit. Maaf.

Dari Penagunung:

memang ada harganya yang harus dibayar. seperti juga setiap peperangan akan pasti ada casualtiesnya.rasanya sifar menyedari akan hal ini. yang penting bukan kemenangan itu tetapi bagaimana kemenangan itu dicapai. jalan yang diambil ternyata merupakan perhitungan yang silap. namun pada akhirnya sifar berjaya juga dengan misinya, untuk bergelar juara.namun saya percaya kejayaan itu akan mudah dilupakan, sebaliknya segala kebobrokan yang berlaku sebelum itu juga yang akan diingati.pastinya didalam sifar sendiri akan mula berbibit rasa bangga dan megah kerana telah menghambat segala rintangan yang datang, against all odds.namun tanpa muhasabah, sifar akan mudah tenggelam dalam kemelut kemasyhuran ini.

Untuk Penagunung:

Terima kasih kerana mengingatkan. Sesungguhnya, insyaAllah kami tidak akan bermegah dengan hasil kemenangan yang diperolehi. Bangga? sememangnya kami berbangga kerana memperolehi kemenangan yang disifatkan besar ini namun tidak akan bermegah serta lupa daratan. Semua ahli2 yang telah menang serta ahli produksi keseluruhannya sememangnya dipesan supaya jangan lupa diri kerana kemenangan ini bukan untuk individu tetapi lebih kepada kemenangan yang dikongsi kepada seluruh aktivis seni teater di Negeri Sarawak.

Satu pembetulan: Johan Kebangsaan bukanlah Misi utama SIFAR dalam Festival Kebangsaan. Tetapi mempersembahlkan teater dan mengenengahkan budaya kaum di Sarawak dalam bentuk teater sebagai misi utama kita. Juga untuk membuktikan bahawa skrip anak tempatan juga mampu bersaing di peringkat kebangsaan! Kemenangan ini cumalah disifatkan sebagai rezeki. Alhamdulillah.

Kemasyuran? Hmmm...Masyurkah? Rasanya tidaklah. Kami tetap seperti adanya. SIFAR yang dulu. "Mengimplimentasikan Kemurnian Jiwa" ketika berseni. Moga-moga hasil yang diperolehi ini akan lebih memantapkan lagi jiwa kami yang berseni kerana kejujuran untuk berseni. Selebihnya terpulanglah kepada ALLAH yang maha esa untuk mengaturnya.

Saya juga ingin untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada:

1. Abang Ramli (Kampung Budaya), Abang Badwi Narawi, Abdillah Untong, Cikgu Zainoren dan lain2 yang banyak membantu produksi.
2. Saudara Hazis Wahab (Ngoncong), Saudara Sabri (Ngoncong) kerana memberi sokongan dengan kata-kata semangat dan saudara Sabri sendiri berada di KL untuk memberi sokongan moral kepada kami. Terima Kasih banyak2.
3. AB Nor yang datang ketika malam persembahan kami di Matic, KL
4. YB Haji Fadillah Bin Haji Yusof serta isteri yang sentiasa memberi sokongan dan hadir semasa persembahan Tukang Ensera di Festival teater Kebangsaan.
5. Semua rakan yang memberi sokongan kepada SIFAR selama ini.
6. Kepada semua rakan2 yang telah mengucapkan tahniah. Terima kasih. Sesungguhnya semua itu amat bermakna buat kami.

Kemenangan ini, kami hadiah dan kongsikan kepada semua aktivis teater negeri Sarawak sempena 45 Tahun Sarawak Merdeka dalam Malaysia.

Pesanan: Semoga apa yang dibaca, akan membuka mata dan jiwa. Kita berseni bukan untuk mengejar populariti tetapi lebih kepada keikhlasan untuk mengimplementasikannya. Jiwa mahu bersih.

O....Ha......

(SUFFIAN BIN HAJI JALET)

Popular posts from this blog

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

PELAYARAN SIFAR 2019

Sudah terlalu lama menyepi di laman ini kerana dibuai media sosial facebook mahupun whatsapp . Sekadar untuk catatan sejarah buat kali ini, SIFAR muncul lagi dengan karya Putu Wijaya dengan judul LAUTAN BERNYANYI. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya datang lagi. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada saudara Anwar Pisang kerana telah memperkenalkan skrip gurunya itu. Mohon kebenaran dan sampaikan salam pada penulis untuk mementaskan nashkahnya. Semoga kita terus berkarya lagi & sentiasa dijalan yang diredhai-Nya. Aamiiin.

SIFAR mempersembahkan TUKANG ENSERA

SINOPSIS O……Ha……. Tabik bala kaban akik dan inik,.. Antara realiti dan illusi. “Tukang Ensera” membawa makna ‘Tukang Cerita’. Bercerita tentang dewa-dewa, tentang kebaikan jua kemungkaran, perasaan dendam dan tentang harapan merupakan warisan tradisi kaum Iban. Akik (datuk), seorang tua yang masih mempertahankan tradisi bercerita tentang alam buana dan harapan pendengarnya pada cucunya Sunti. Akik dalam penghujung perjalanan hidupnya amat berharap agar cucunya Sunti dapat mewarisi tradisi dan meneruskan kemahiran bercerita darinya. “Bercerita mestilah sungguh-sungguh….” Itulah kata Akik pada Sunti. Bagaimanakah sungguh-sungguh yang dimaksudkan oleh Akik? Mungkinkah Sunti, generasi muda akan menyambung warisan tradisi bercerita atau cerita Akik sudah kehilangan pendengarnya? Saksikanlah penceritaan Akik dalam ”Tukang Ensera”...... O……Ha…… Aku ceritakan satu kisah pendek…. Kisah Remong dan Mengga, Putera Iban ternama, Diturunkan kebumi oleh Ratu Senayan, O……Ha…..