Skip to main content

'Tukang Ensera' ke Istana Budaya?


Wah, ini sudah cukup bagus walaupun pementasan itu cuma di Lambang Sari. Setidak-tidaknya dapatlah menimba pengalaman dari pakar-pakar di situ. Bukan hanya syok sendiri apatah lagi untuk bermegah-megah. Bangga itu tetap ada demi memotivasikan generasi baru khususnya di Sarawak dalam meneruskan seni teater.

Translasi petikan tulisan Jawi dari Utusan Melayu, 28 Julai 2008, Ruangan Seni dan Warisan muka surat 7 :

SIFAR DIBERI PELUANG KE ISTANA BUDAYA

Johan Festival Teater Malaysia 2008, Persatuan Seni Persembahan Sifar akan diberi peluang mementaskan 'Tukang Ensera' di Lambang Sari, Istana Budaya tahun depan sebagai hadiah tambahan kejayaan mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Dato' Norliza Rofli ketika ditemui berkata, peluang tersebut sama seperti johan dua tahun yang lalu.


SIFAR dari Kuching telah mengalahkan lima wakil negeri lain untuk meraih wang tunai RM15,000, piala pusingan dan piala iringan. Kumpulan tersebut pada keseluruhannya membawa pulang RM22,500.

Naib Johan teater bertajuk 'Wajah Lumpur' persembahan kumpulan The Art Stage Club (ASC) dari Selangor mendapat RM10,000 dan piala iringan. Ketiga Persatuan Pengerak Warisan Budaya (AKRAB) yang memperolehi RM8,000 dan piala iringan dengan teater bertajuk HAMLET.

Pengarah terbaik dengan hadiah RM3,000 dan piala iringan dimenangi Suffian Jalet dari SIFAR, pelakon lelaki terbaik, Malek Hassan mendapat RM2,000 dari kumpulan yang sama dan pelakon wanita terbaik dimenangi Nur Ameera Mohd. Ramli dari ASC yang memperoleh RM2,000.

Pelakon pembantu terbaik dengan hadiah RM1,000 dimenangi Hassan Ahmad dari SIFAR dan pelakon pembantu wanita terbaik oleh Serivina Sanina juga dari SIFAR dengan hadiah yang sama. Pelakon lelaki harapan terbaik dengan hadiah RM500 dimenangi Alik Hassan dengan hadiah RM500 dan pelakon wanita harapan terbaik pula dengan hadiah yang sama oleh Nursaielin Sailillah dari ASC manakala reka bentuk produksi terbaik dengan hadiah RM1,000 dimenangi oleh kumpulan ASC.



Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

Penghargaan dari SIFAR, kami akan terus 'Belayar!' demi Ibu Pertiwi.

SIFAR dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Putu Wijaya - penulis nashkah 'Lautan Bernyanyi', agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019. TERIMA KASIH Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak SK Matang Jaya Panel Juri FTM peringkat negeri Sarawak 2019 Para Media khususnya RTM, BERNAMA, UTUSAN SARAWAK, SARAWAKVOICE dan para media yang membuat liputan FTM peringkat negeri Sarawak 2019. Tetamu-tetamu kehormat, keluarga SIFAR, rakan-rakan serta khalayak kesenian. Semua yang baik adalah dari-Nya, yang sebaliknya adalah kelemahan kami.