Skip to main content

'MENCARI' di Kem Belia Mukah.

Foto kenangan bersama tetamu kehormat, urus setia dan peserta bengkel.

25 hingga 27 Julai 2007, sekali lagi saya berkesempatan ke Mukah untuk mengendalikan bengkel asas teater anjuran KPSU. Pengalaman menaiki pesawat 'twin otter' sememangnya mencabar bagi saya. Itulah pengalaman pertama saya menaiki pesawat sekecil itu. Sepanjang bengkel, para peserta telah memberikan kerjasama yang baik walaupun kadangkalanya ada di kalangan mereka yang 'blur' (namun masih dapat diselamatkan :)) Pesertanya terdiri daripada individu-individu serta pelajar dari beberapa buah sekolah dan persatuan di sekitar bahagian Mukah. Persatuan yang dimaksudkan adalah 'MESRA', kesinambungan 'PERMATA' seperti dimaklumkan oleh salah seorang ahli MESRA yang mengikuti bengkel iaitu Encik Abdul Khalik yang lebih mesranya Abg. Alik. Walaupun pengalaman beliau sememangnya lebih lama daripada saya dalam berteater, namun atas dasar untuk terus menyuburkan ilmu dan berkongsi pengalaman, beliau sanggup mengikuti bengkel asas itu sehingga tamat. "untuk REFRESH balik" katanya. Suatu semangat yang jarang saya temui. Syabas dan tahniah buat Abg Alik. Semoga beliau terus memangkinkan seni teater khususnya di bahagian Mukah. Di akhir bengkel, para peserta telah mempersembahkan sebuah sketsa yang berjudul 'Mencari' yang mengisahkan perjalanan seorang ayah yang mencari anaknya yang hilang. Harapnya kesemua peserta tak menghilang dan tercari-cari lagi, semoga dapat meneruskan serta memurnikan seni teater. > eD Senggora

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

PELAYARAN SIFAR 2019

Sudah terlalu lama menyepi di laman ini kerana dibuai media sosial facebook mahupun whatsapp . Sekadar untuk catatan sejarah buat kali ini, SIFAR muncul lagi dengan karya Putu Wijaya dengan judul LAUTAN BERNYANYI. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya datang lagi. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada saudara Anwar Pisang kerana telah memperkenalkan skrip gurunya itu. Mohon kebenaran dan sampaikan salam pada penulis untuk mementaskan nashkahnya. Semoga kita terus berkarya lagi & sentiasa dijalan yang diredhai-Nya. Aamiiin.

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.