Atas dasar untuk berkembang dan memajukan individu dan masyarakat melalui kesenian, SIFAR memurnikan lagi jiwa dengan mendalami seni musik tradisonal kreatif. Sememangnya usia SIFAR di dalam seni musik tradisonal kreatif masih terlalu muda, namun dengan adanya ilmu, pengalaman dan kesungguhan Encik Jamahari Mat dalam memberi tunjuk ajar, ternyata ia mula menampakkan hasil yang positif. SIFAR berjaya melatari serta mewarnai seni tari silat untuk beberapa buah sekolah bahagian kuching sempena karnival seni silat di SMK Bandar Samariang yang berlangsung dari 20 hingga 23 Mei 2008. Karnival selama empat hari ini disertai lebih daripada 20 buah sekolah dari bahagian Kuching. Pertandingan ini diadakan sebagai mencari wakil untuk kejohanan peringkat sekolah-sekolah kebangsaan. Semoga seni silat sarawak dan kesenian yang lain akan terus berkembang dan semakin mantap. SIFAR mengucapkan syabas kepada para pesilat dan ribuan terima kasih diatas kepercayaan yang telah diberikan oleh sekolah-sekola...