Pada 27 April hingga 1 Mei 2008 yang lepas, saya telah berpeluang untuk memberi bengkel asas teater di Belaga bersempena Program Praktikum Seni 2008 anjuran Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Negeri Sarawak. Rata-ratanya mereka belum pernah mengenali teater malah jarang mahupun tidak pernah menonton persembahan teater. Terima Kasih kepada Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Negeri Sarawak kerana telah memberi peluang kepada beberapa penggerak SIFAR untuk memperkembangkan seni teater kepada para pelajar sekolah khususnya dan masyarakat amnya. Terima kasih juga diucapkan kepada para peserta di atas komitmen dan kerjasama anda sepanjang berbengkel. Sememangnya perjalanan mengharungi gaung-gaung, bukit-bukau di bahagian pendalaman, jalan-jalan tanah yang becak, berbatu serta menggegarkan seluruh anggota badan dari hujung kaki ke hujung kepala yang semestinya meletihkan sudah tidak dirasai lagi apabila anda semua mula mengenali, mencambah serta menyuburkan seni teater ini. Semoga seni teaternya ”terus mengalir jernih.” > eD Senggora
Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...