Skip to main content

PERIHAL PERSATUAN SENI PERSEMBAHAN SIFAR, KUCHING (SIFAR)

SIFAR
  • ditubuhkan pada 26 November 2006 bagi merealisasikan kesinambungan perjuangan SEDAR dengan merubah beberapa perkara dalam pentadbirannya termasuklah visi dan misi yang dimurnikan mengikut masa sezaman.
Moto SIFAR
  • “Implementasi Kemurnian Jiwa” membawa erti keindahan seni yang akan menjurus ke arah murninya jiwa dengan aktiviti-aktiviti mendukung kemurnian serta kesejahteraan sosial setempat.

DASAR

  • Dasar SIFAR ialah untuk menyemarak suasana kesenian di Sarawak dengan matlamat untuk menjadikan seni persembahan sebagai sumber pembangunan moral dan mental generasi-generasi baru serta sebagai mata fikir masyarakat.
ANGGOTA (AHLI)
  • Terdiri dari aktivis-aktivis seni teater yang telah lama bergiat dan juga peminat seni teater yang baru.
OBJEKTIF
  • Menjadikan seni persembahan sebagai pergerakan sosio-budaya yang serius dan berorganisasi teratur.

  • Mengembang dan memajukan seni persembahan tempatan.

  • Menyemarakan dan memeriahkan aktiviti seni persembahan.

  • Memperjuang dan mempertahankan hak-hak dan kepentingan-kepentingan seni persembahan.

  • Merancang, melaksanakan kegiatan seni persembahan.

  • Memberi sumbangan moral dan material dan mengusahakan peluang-peluang untuk kemajuan seni persembahan.

  • Memberi peluang kepada golongan remaja melibatkan diri dalam apa jua bidang seni persembahan bagi menyumbang peranan ke arah pembenterasan gejala sosial.

KEGIATAN-KEGIATAN

  • Memproduksikan pementasan seni persembahan.

  • Menyertai dalam persidangan dan pertemuan seni atau yang berhubungan dengan seni persembahan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

  • Mengusahakan sebarang maklumat dan bahan seni persembahan serta sastera amnya.

  • Penerbitan karya dan bahan yang berhubungan dengan seni persembahan.

  • Menjalankan sebarang usaha yang difikirkan sesuai untuk SIFAR sebagai mengisi tabung kewangan termasuk memiliki harta bagi menjalankan tujuan dan kegiatan.

  • Mengadakan festival, seminar, bengkel dan apa jua kegiatan mengenai seni persembahan.

  • Bekerjasama dengan mana-mana pihak yang difikirkan sesuai untuk merancang dan melaksanakan kegiatan seni persembahan.



PENGALAMAN PRODUKSI-PRODUKSI TERDAHULU SEDAR DAN SIFAR

SUARA TENGGANG (1991) · EMBRIO (1992) · SASAU (1992) · NGONCONG (1992) · DEKON LAZRI MEON A. SAMAD SAID (1992) · DEKLAMASI PUISI SG. MAONG (1993) · RAJA PENGGEMIS (1993) · SANGKAR MADU (1993) · TEATER LAGU RAKYAT (1994) · TEATER KELILING: DUNIA DIATAS RANJANG (1994) · IMPROMPTU 1 (1995) · IMPROMPTU 2 (1995) · TEATER KELILING: IMPROMPTU 3 (1996) · SEL (1997) · BUKAN BUNUH DIRI (1998) · IMPROMP2000 (2000) · IMPROMPTU MEGA (2000) · AMUK (2000) · PEMBURU (2004) · TERPUT,...PUT!...TERCIS,...CIS! (2007) · TUKANG ENSERA (2007 & 2008)







Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

PELAYARAN SIFAR 2019

Sudah terlalu lama menyepi di laman ini kerana dibuai media sosial facebook mahupun whatsapp . Sekadar untuk catatan sejarah buat kali ini, SIFAR muncul lagi dengan karya Putu Wijaya dengan judul LAUTAN BERNYANYI. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya datang lagi. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada saudara Anwar Pisang kerana telah memperkenalkan skrip gurunya itu. Mohon kebenaran dan sampaikan salam pada penulis untuk mementaskan nashkahnya. Semoga kita terus berkarya lagi & sentiasa dijalan yang diredhai-Nya. Aamiiin.

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.