Skip to main content

MUKADIMAH


Sepanjang dekad 90an SEDAR (nama asal kumpulan Teater sebelum ini) tumbuh dan berkembang dan mengalir sebagai daya yang punya pengaruh mencorakkan atmosfera teater di Sarawak. SEDAR nalar bersama ekspresi surealisme bilang tahun. Satu dekad yang lalu menyaksikan SEDAR mementaskan hampir 20 produksi yang jelas menggambarkan kesejatian SEDAR yang punya jerit yang bara. Kali terakhir SEDAR hadir dipentas dengan PEMBURU, sebuah DRAMA KARYA Wolf Mankowitz yang diadaptasi oleh Rendra, aktivis teater tersohor Indonesia. Kehidupan yang sentiasa menuntut kewajaran antara material dan spiritual telah mendewasakan dan menjadikan SEDAR lebih matang dan punya “world view” yang semakin luas. Terpanggil dengan keadaan itu, SEDAR beriltizam untuk terus mewarnai kanvas teater di Sarawak dengan warna SEDAR yang akan menggunakan nama baru bagi persatuannya yakni PERSATUAN SENI PERSEMBAHAN SIFAR, KUCHING yang hanya akan dikenali dengan nama SIFAR untuk produksinya. Warna yang segar dan dinamik. Dengan semangat yang selama ini meronta mahu dilepaskan, SIFAR telah terpilih antara 6 kumpulan terbaik di Malaysia untuk mewakili Negeri Sarawak ke Festival Teater Malaysia 2008 dengan pementasan berjudul ‘TUKANG ENSERA’ karya Awangku Merali Pengiran Mohamed dan di arah sendiri oleh pengasas dan pengerusi SIFAR. Bantuan dan sokongan pihak berwajib merupakan pemangkin kepada kewujudan kerabat seni di Sarawak lebih-lebih lagi bagi sebuah NGO seperti SIFAR.

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

PELAYARAN SIFAR 2019

Sudah terlalu lama menyepi di laman ini kerana dibuai media sosial facebook mahupun whatsapp . Sekadar untuk catatan sejarah buat kali ini, SIFAR muncul lagi dengan karya Putu Wijaya dengan judul LAUTAN BERNYANYI. Alhamdulillah, rezeki dari-Nya datang lagi. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada saudara Anwar Pisang kerana telah memperkenalkan skrip gurunya itu. Mohon kebenaran dan sampaikan salam pada penulis untuk mementaskan nashkahnya. Semoga kita terus berkarya lagi & sentiasa dijalan yang diredhai-Nya. Aamiiin.

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.