Skip to main content

Pengalaman menonton teater: WRONGSANG





Tiap kali melangkah masuk ke dalam dewan pementasan, sudah pasti saya akan mencari ruang yang paling selesa untuk menonton. Pada kebiasaannya, saya pasti akan cuba untuk menyelami set yang digunakan sebelum sesuatu pementasan bermula. Begitu juga untuk pementasan WRONGSANG dari Persatuan Kias Kasturi, karya dan arahan Zakaria Hassan bersempena program pementasan teater berkala yang dipentaskan 10 Mei 2008 di Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak, Kuching. Detik pertama di hati saya apabila melihat rekabentuk dan kedudukan set yang disediakan, saya sudah merasakan akan timbul masalah untuk menonton dari bahagian tengah mahupun belakang tempat duduk di dalam dewan. Maka saya pun naik ke tempat duduk di bahagian atas. Sesampai sahaja di bahagian atas dewan, saya mengamati lagi set untuk pementasan. Sekali lagi, saya masih tidak selesa di tempat tersebut lalu saya dan rakan pun mengambil keputusan untuk duduk di kerusi paling hadapan iaitu berdekatan dengan ruang pementasan. Sewaktu pementasan, timbul pula satu masalah yang tidak saya duga kerana kedudukan itu terlalu dekat dengan ruang lakon. Ternyatanya pilihan tempat menonton untuk kali yang ketiga menyebabkan tengkuk saya menjadi sakit setelah pementasan tersebut. Barulah saya perasan, saya telah WRONG SANG dibuatnya. TESTOSTERON, ESTROGEN, ORANG JUAL ORANG dan MAN-OLO BLANIK? (Manolo Blahnik : jenama kasut) antara persoalan-persoalan yang sempat saya ingati secara sepintas lalu di dalam pementasan tersebut. Apa yang menarik tumpuan saya pada persembahan itu adalah permainan watak BARA (Joanna Gilbert) yang bersahaja membuatkan saya lupa seketika tentang tengkuk yang semakin letih. Dalam sesebuah persembahan, seharusnya difikirkan juga bagaimana untuk memberi keselesaan kepada penonton sepanjang pementasan, agar penonton lebih mudah untuk mengikuti dan memahami mesej yang cuba disampaikan. Pada pandangan saya sememangnya pementasan tersebut sedikit sebanyak dapat memberi input kepada saya walaupun hubungan beberapa watak di dalam pementasan tersebut yang semacam tidak berapa menjadi. Merujuk kepada set yang dipaparkan, jika ringkas yang disandarkan, apakah kreativiti untuk pengolahan set yang serba ringkas cuma setakat itu? Kalau penonton yang hadir menonton adalah dari golongan yang baru atau jarang mahupun tidak pernah menonton pementasan teater, apa pula pendapat mereka? Sudikah mereka hadir menonton lagi? > eD Senggora


SINOPSIS

Wrongsang mengisahkan tentang watak Indong Mutiara dan perhubungannya dengan manusia lain untuk memajukan dirinya. Persekitaran Indong Mutiara dipenuhi watak-watak yang masing-masing mempunyai agenda tersendiri untuk maju dengan menumpang usaha Indong Mutiara. Dalam kancah perhubungan watak-watak yang berbaur dalam alam Indong Mutiara ini sebagai wanita yang bijak dan licik, Indong Mutiara berjaya membuktikan betapa ketabahan dan kecekalan untuk menghadapi kerenah manusia, alam sekeliling dan ketentuan takdir memainkan peranan penting mencorak kemanusiaan seseorang.

Tenaga Produksi:
Penulis Skrip dan Sutradara – Zakaria Hassan
Pengurus Produksi – Mohamad Helmi Isa
Penolong Sutradara – Hartini Adurahman
Pengurus Pentas – Nuralizacaliph Osmina
Pengarah Teknik – Mohd.Asri Ibrahim

Tenaga Lakon:
Indong Mutiara – Hartini Adurahman
Tet – Mohd. Khaider Khaldin
Bara – Joanna Gilbert
Miss Violet – Robson Jelian Jatan
Rio – Iwanmulya Esmanto
Jati – Mohd. Awet bin Mohd. Lukman

Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

Penghargaan dari SIFAR, kami akan terus 'Belayar!' demi Ibu Pertiwi.

SIFAR dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Putu Wijaya - penulis nashkah 'Lautan Bernyanyi', agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019. TERIMA KASIH Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak SK Matang Jaya Panel Juri FTM peringkat negeri Sarawak 2019 Para Media khususnya RTM, BERNAMA, UTUSAN SARAWAK, SARAWAKVOICE dan para media yang membuat liputan FTM peringkat negeri Sarawak 2019. Tetamu-tetamu kehormat, keluarga SIFAR, rakan-rakan serta khalayak kesenian. Semua yang baik adalah dari-Nya, yang sebaliknya adalah kelemahan kami.