Atas dasar untuk berkembang dan memajukan individu dan masyarakat melalui kesenian, SIFAR memurnikan lagi jiwa dengan mendalami seni musik tradisonal kreatif. Sememangnya usia SIFAR di dalam seni musik tradisonal kreatif masih terlalu muda, namun dengan adanya ilmu, pengalaman dan kesungguhan Encik Jamahari Mat dalam memberi tunjuk ajar, ternyata ia mula menampakkan hasil yang positif. SIFAR berjaya melatari serta mewarnai seni tari silat untuk beberapa buah sekolah bahagian kuching sempena karnival seni silat di SMK Bandar Samariang yang berlangsung dari 20 hingga 23 Mei 2008. Karnival selama empat hari ini disertai lebih daripada 20 buah sekolah dari bahagian Kuching. Pertandingan ini diadakan sebagai mencari wakil untuk kejohanan peringkat sekolah-sekolah kebangsaan. Semoga seni silat sarawak dan kesenian yang lain akan terus berkembang dan semakin mantap. SIFAR mengucapkan syabas kepada para pesilat dan ribuan terima kasih diatas kepercayaan yang telah diberikan oleh sekolah-sekolah yang telah menggunakan khidmat pemuzik SIFAR ketika karnival tersebut. Diharap hubungan serta kerjasama ini akan terus berkekalan demi memurnikan kesenian untuk diteruskan generasi masa depan. Bersama-samalah kita memurnikan serta memartabatkan seni budaya bangsa. Jangan asyik mengimbau kegemilangan lampau serta terleka oleh isu-isu yang sengaja untuk disensasikan oleh golongan yang merasakan diri mereka semacam seorang revolusioner. (Betulkah REVOLUSIONER? atau REVOLOOSER?)
> eD Senggora
Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...