Skip to main content

Ke mana perginya EMBRIO?



Video ini saya jumpa ketika mengemaskinikan ‘folder’ di dalam komputer peribadi saya. Teater ini dipentaskan sekitar tahun 2004 di Festival Teater Negeri Sarawak. Pada ketika itu saya terlibat dengan Grup Teater Embrio dari Kampung Bako, Kuching. Rata-rata mereka semuanya remaja lepasan sekolah. Menyingkap kembali tentang penglibatan saya di dalam Grup Teater Embrio ini, ianya bermula apabila rakan saya iaitu Jamshari Saili mempelawa saya untuk membantu serta berlakon di dalam sebuah pementasan teater arahan beliau (2003) berjudul ”Istiqamah” (Skrip Ismail Kassan). Perlawaan itu disampaikan kepada saya ketika kami menyertai produksi teater yang berjudul ”Pemberontakan Di Kuching” (Skrip Abang Padeli Abang Muhi) sempena Dialog Borneo Kalimantan 2003 yang diadakan di Banjarmasin, Indonesia. Pada mulanya saya agak keberatan untuk menerima perlawaan tersebut. Ini disebabkan saya sudah lama tidak berlakon kerana lebih tertumpu kepada aspek teknikal. Sejak itu, semangat saya mula semakin bangkit dalam membantu Jamshari dan saudara Wezan membangunkan kegiatan teater di kampung Bako tersebut. Pementasan Grup Teater Embrio yang berjudul ”Syajar” (Skrip Ismail Kassan) di dalam video ini merupakan pengalaman terakhir saya bersama mereka di dalam produksi EMBRIO. Ke mana perginya EMBRIO? Sememangnya mereka ini berbakat. Amat sayang sekali sekiranya mereka-mereka ini terus lenyap. Biarpun nama EMBRIO semakin lenyap, harapnya bakat dan semangat kesenian mereka jangan terus dikuburkan. > eD Senggora






Popular posts from this blog

Kemana perginya SIFAR setelah Penggali Intan?

Dengan kesempatan ini, SIFAR ingin merakamkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2018. Sememangnya agak lama menyepi di laman blog ini namun SIFAR tetap muncul dengan karya-karyanya. 2015, SIFAR telah mementaskan 'SI PANJI RUMPUT' karya Jamshari Saili di Festival Teater Malaysia(FTM) 2015 dan telah berjaya ke peringkat 6 kumpulan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Walaupun SIFAR tiada merangkul anugerah pada FTM 2016, ianya tidak sesekali mematahkan semangat SIFAR untuk terus mementaskan karya-karya seterusnya. Anugerah bukanlah segalanya bagi SIFAR, yang UTAMAnya adalah prosesnya. Proses untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu di masa hadapan serta melahirkan generasi baru yang mampu meneruskan kesenian Teater khususnya serta kesenian-kesenian yang lain amnya. Menyusuli 'SI Panji Rumput', SIFAR mementaskan 'Mendung Berlalu' karya Jais Sahok di FTM peringkat negeri Sarawak 2017. Biarpun tiada kejayaan anuge...

'Lautan Bernyanyi' di Astro AWANI SARAWAK

Alhamdulillah, SIFAR diberi kesempatan untuk muncul seketika di Astro AWANI SARAWAK 3 OKTOBER 2019. Terima Kasih Astro AWANI SARAWAK.

Penghargaan dari SIFAR, kami akan terus 'Belayar!' demi Ibu Pertiwi.

SIFAR dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Putu Wijaya - penulis nashkah 'Lautan Bernyanyi', agensi-agensi yang terlibat dalam penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019. TERIMA KASIH Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak SK Matang Jaya Panel Juri FTM peringkat negeri Sarawak 2019 Para Media khususnya RTM, BERNAMA, UTUSAN SARAWAK, SARAWAKVOICE dan para media yang membuat liputan FTM peringkat negeri Sarawak 2019. Tetamu-tetamu kehormat, keluarga SIFAR, rakan-rakan serta khalayak kesenian. Semua yang baik adalah dari-Nya, yang sebaliknya adalah kelemahan kami.